We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
to be read🌟
15 stories
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 328,686
  • WpVote
    Votes 19,431
  • WpPart
    Parts 46
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
Always About Us. by misseshaa
misseshaa
  • WpView
    Reads 28,278
  • WpVote
    Votes 98
  • WpPart
    Parts 2
SHAHRIZAL ELIYAS | RAJA NADINE ALARA Isn't love supposed to be mutual? Begitulah yang selalu dipercayai manusia. Kononnya, cinta hanya akan bermakna apabila dua hati memilih untuk saling mencintai. "I think I like... no. I'm sure I like you, Rizal." -Raja Nadine Alara "The chance for Miss Nadine and me to date is... zero." -Shahrizal Eliyas Shahrizal hanyalah seorang lelaki yang membesar dengan mengabdikan dirinya kepada keluarga Naheesa Yoon. Kepercayaan yang diberikan menjadikan dia seorang yang setia, bertanggungjawab, dan tahu batas antara dirinya dengan keluarga majikannya. Jatuh cinta kepada Raja Nadine Alara tidak pernah menjadi sebahagian daripada rancangannya. Namun bagi Nadine, lelaki yang sentiasa dingin dan sukar didekati itulah tempat hatinya memilih untuk pulang. Walaupun perasaannya berkali-kali ditolak atas alasan status dan tanggungjawab, dia tetap memilih untuk mencintai Shahrizal tanpa syarat. Tetapi... sampai bila sebuah hati mampu bertahan sendirian? Adakah Shahrizal benar-benar tidak pernah menyimpan perasaan terhadap Nadine, atau dia sekadar menafikan cinta yang tidak sepatutnya wujud? Dan apabila Nadine akhirnya memilih untuk melepaskan, adakah ketika itu Shahrizal akan sedar bahawa dia bukan sedang melindungi hatinya... tetapi sedang kehilangan satu-satunya wanita yang pernah mencintainya sepenuh jiwa?
Unexpectedly Yours by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 16,168
  • WpVote
    Votes 414
  • WpPart
    Parts 3
[6th romance] Kaer Dhaffa | Ayreen Adreanna Ayreen Adreanna, anak tunggal kepada seorang tokoh korporat ternama, hidup dikelilingi kemewahan dan peraturan. Namun, dunianya mula goyah apabila Tan Sri Azzam membuat keputusan mengejut-dia harus berkahwin dengan anak kepada sahabat lamanya, seorang lelaki kampung yang jauh dari gaya hidupnya. Kaer Dhaffa, seorang lelaki sederhana dan berprinsip, tidak pernah terlintas untuk terikat dengan seseorang seperti Ayreen. Tapi apabila kepercayaan orang tua menjadi taruhan, dia bersetuju atas dasar tanggungjawab, bukan cinta. Ayreen pula menerima lamaran itu bukan kerana rela, tetapi demi keluar dari bayang-bayang ayahnya-dengan harapan perkahwinan ini akan menjadi titik penyesalan bagi mereka yang memaksanya. Namun dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, benih pengertian mula bercambah. Di sebalik perbezaan dunia dan sikap yang bertentangan, satu demi satu sisi baru mula terbuka-dan Ayreen mula melihat Dhaffa dengan pandangan berbeza. Mampukah dua hati dari dua dunia ini mencari erti bahagia?
kita, dunia, dan fasa-fasanya. by effxlee
effxlee
  • WpView
    Reads 61,602
  • WpVote
    Votes 7,993
  • WpPart
    Parts 42
Terlalu lama hidup di Amsterdam, Qisya Amaris dilihat semakin liar setelah pulang ke Malaysia. Apabila berita tentangnya semakin membimbangkan reputasi keluarga, Tan Sri Ibrahim memutuskan untuk menghantar Qisya ke kampung untuk belajar menjadi manusia yang lebih berguna. "Habis tu selama ni I tak berguna ke papa?" - Qisya Amaris "Manusia yang berguna tak bahagia bila nama dia diburuk-burukkan media." - Tan Sri Ibrahim Di Kampung, Qisya tidak dapat hidup mewah seperti biasa. Dia diajar untuk hidup sederhana. Dan diajar untuk menjadi manusia. "Selama ni I bukan manusia ke Tok Ma?" - Qisya Tok Ma menghantar Qisya ke rumah jirannya untuk belajar kelas agama. Di situlah Qisya berjumpa dengan Noah, cucu kawan baik Tok Ma. "Tok Ma! Tok Ma! Kenapa you tak bagitahu I cucu kawan you handsome nak mampus?" Maka, di sinilah bermulanya kisah mereka. Gadis penuh diva dan lelaki berkacukan yang sombong, di hujung kampung. Muahaha. in life, we need cliche and cringy material and romance! #stay halal
Hikayat Renjana Niskala || C by arizxxthetic
arizxxthetic
  • WpView
    Reads 1,521
  • WpVote
    Votes 267
  • WpPart
    Parts 17
Sebuah hikayat. Satu cerita. Dua rasa. Bersatukah jua? Renjana Niskala || Rasa yang tidak wujud Andai Renjana, Nirmala bahari, Ku susun aksara buat jumantra, Semakin aksa semakin sakit, Tetap si dia bertiti di atma. Duhai juwita, Indah bak ratna, Ku hadiahkan puspa, Sebelum ku pergi. Dua insan yang terpisah. Dua rasa yang menyelubungi diri. Ingin bersama namun terhalang. Satunya hilang. Yang satu pula pergi. "Aku tidak punya apa-apa harta. Namun, aku sanggup menghadiahkan bulan dan bintang padamu tuan puteri." Janji dimungkiri. Pada hari yang gembira. Hilang entah ke mana. "Ke mana kau pergi Juna?" 74 tahun berlalu.. Masih ada kah rasa itu? Dapatkah mereka bersatu. Buat selamanya?
[C] Hikayat Legenda Masa  by yuyuliora
yuyuliora
  • WpView
    Reads 1,476
  • WpVote
    Votes 135
  • WpPart
    Parts 41
[COMPLETE] Sebuah hikayat bermula bukan dengan peperangan, tetapi dengan satu kesilapan dan satu pertemuan yang tidak dirancang. Di antara dua zaman yang terpisah oleh takdir, seorang lelaki dari dunia moden tersesat di tanah yang ditelan legenda. Pada suatu zaman dahulu di sebuah perkampungan yang damai, tinggallah seorang gadis bernama Melur, anak kepada tukang ukir diraja yang hidup bersederhana. Melur bukan bangsawan, bukan juga hamba tetapi hanya gadis biasa yang mencintai tanah airnya dan langit biru di atas bumbung rumah kayu mereka. Namun takdir berubah saat satu malam kilat membelah langit dan muncul seorang lelaki asing di tepi sungai berpakaian pelik, bercakap seperti orang tidak waras, dan membawa alat aneh yang mampu bercahaya. Dialah Adrian, lelaki dari masa hadapan yang terperangkap dalam pusaran masa setelah projek sains rahsia merentas zaman tersilap kira. Tatkala langit mula retak dan tanah menggigil oleh kuasa yang tidak diketahui puncanya, dua jiwa asing disatukan oleh sesuatu yang menyimpan keberanian dalam diam, dan sekutu-sekutunya yang setia berdiri, menunggu saat yang belum pasti. Namun apabila perjuangan usai dan kebenaran ditegakkan, Adrian perlu pulang atau hilang selama-lamanya dalam zaman yang bukan miliknya. Di manakah batas masa jika hati belum mengalah? Cinta dan keberanian mereka tidak ditakdirkan, tetapi perjuangan mereka akan kekal dalam sejarah yang tidak pernah ditulis. Start: 31 July 2025 Finish: 7 March 2026
C | mimpi indah by LunaLavella
LunaLavella
  • WpView
    Reads 1,161,275
  • WpVote
    Votes 89,984
  • WpPart
    Parts 70
Melissa Adeera, trauma yang datangnya dari insan bergelar lelaki telah menghadirkan sebuah mimpi buruk padanya setiap hari. Setiap malam. Setiap waktu. Setiap saat. Masa lalu itu... menyakitkan. Akibat insiden yang lepas, dia berhenti mempercayai lelaki. Kaum adam itu ibarat musuh baginya. Hanya bertuhankan syaitan dan nafsu semata! Sebuah kehilangan telah menghadirkan seorang jejaka yang bersumpah ingin melindunginya. Khairul Hayyan, janji terikat utuh buat Melissa tatkala hadirnya satu rasa aneh di sudut hatinya. Pada awalnya semuanya sekadar di atas belas kasihan semata, namun siapa sangka hati bekunya terbuka ingin mencintai semula? Mereka, dua insan yang dikhianati dan disakiti. Rapuh dalam percintaan apatah lagi kepercayaan. Namun, aturan Tuhan itu maha hebat. Dua hati yang bersumpah untuk berhenti mencintai akhirnya terbuka semula untuk menerima sesama sendiri. Di saat nyawa Melissa menjadi taruhan, saat itu jugalah sisi charming Khairul muncul. Dia mahu melindungi Melissa ibarat nyawanya dan mencintai gadis itu sehingga ke hari tua. "Aku akan jaga kau, sampai mati." -KHAIRUL HAYYAN Dia, Khairul Hayyan akan menjadi pelindung untuk Melissa Adeera. Mimpi buruk yang selalu hadir dalam tidur Melissa akhirnya berubah menjadi mimpi indah yang selalu dia dambakan dengan kehadiran lelaki itu. Dalam sembunyi rahsia cinta mereka dijalin dan ketika mereka bersedia ingin membongkarkan segalanya, satu lagi badai datang menjelma. Trauma itu datang lagi. Menyerang dan membunuh dari dalam. Mengakibatkan hidup Melissa kembali kucar kacir tanpa bayang penyelesaian. Kepercayaannya musnah. Jiwanya hancur. 2022 © By lunalavella all rights reserved. (completed) started : 1 Sep 2021 ended : 17 Jan 2022
𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁𝐥𝐨𝐨𝐦 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 191,557
  • WpVote
    Votes 12,268
  • WpPart
    Parts 53
Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,312,177
  • WpVote
    Votes 2,918
  • WpPart
    Parts 3
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
Midnight and the Dawn by arisainwonderland
arisainwonderland
  • WpView
    Reads 46,879
  • WpVote
    Votes 5,595
  • WpPart
    Parts 33
Seorang pencuri, memanggul seluruh masa depan rakyat di punggungnya. Seorang penari, dianggap membunuh putri mahkota. Sejak permata bertuah hilang, Rangat Buhit dilanda kekeringan. Tugas Sahat adalah mengambil kembali Sitiur, yang ditatahkan pada mahkota putri kerajaan seberang. Arum tak sekadar menari, ia menenun sihir dalam tarian. Itu tugas utamanya selain menjadi pengiring putri mahkota di keraton Anantadwipa. Tapi ketika sang putri terbunuh, Arum tak punya pilihan selain kabur. Si pencuri dan sang penari bertemu di pelarian. Namun bukannya menjauh, mereka tak sadar telah terbelit semakin erat dalam intrik kekuasaan. [Dunia Dwipantara #1] Fantasy Adventure🔮✨ p.s. sudah end dan lengkap di WP September 2024