nnbhh_'s Reading List
2 stories
TRUE LOVE NEVER FADES  by nnbhh_
nnbhh_
  • WpView
    Reads 384
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 115
"True Love Never Fades" Nuha Wardina, seorang gadis yang pernah terluka oleh cinta yang salah, kini berusaha untuk melupakan masa lalu yang penuh dengan kesakitan. Namun, luka itu masih ada, menghalang hatinya untuk sepenuhnya membuka diri kepada cinta yang baru. Kehidupan Nuha berubah apabila Firas, seorang lelaki yang penuh perhatian dan keikhlasan, muncul dalam hidupnya. Walaupun hati Nuha masih terluka, Firas berusaha membuktikan bahawa cinta sejati tidak akan pudar, tidak kira betapa berat ujian yang datang. Firas yang sudah jatuh cinta pada Nuha sejak pertama kali bertemu, tidak pernah berhenti memperjuangkan hati Nuha. Tetapi, Nuha masih dihantui oleh bayang-bayang masa lalu dan ketakutannya untuk jatuh cinta lagi. Firas berjanji untuk sentiasa ada, sabar menanti Nuha membuka hatinya. Namun, mereka tidak hanya diuji dengan perasaan, tetapi juga dengan halangan dari masa lalu yang tidak dapat dihindari. Cinta sejati tidak datang dengan mudah, dan bagi Nuha, ia adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan rasa takut dan ragu. Tetapi, apakah cinta antara mereka cukup kuat untuk mengatasi semua dugaan? Dalam "True Love Never Fades", temui bagaimana hati yang terluka boleh sembuh dan bagaimana cinta sejati tidak akan pernah pudar, walaupun diuji oleh masa dan cabaran.
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 998,923
  • WpVote
    Votes 27,717
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?