YattyZulkifly's Reading List
18 stories
Arah Semesta Kita by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 1,127
  • WpVote
    Votes 100
  • WpPart
    Parts 5
Muhammad Zyair, seorang Pakar Bedah Saraf di hospital Medina Medical Centre, sebuah hospital swasta elit milik keluarganya. Di bawah lampu dewan bedah, dialah Raja yang tak boleh dibantah. Ketegasannya usahlah diperkatakan. Dia juga seorang yang perfectionist. Bagi Zyair, kesilapan bermakna maut. Pada usianya 39 tahun, prinsip hidupnya hanya satu, kerja. Cinta? Tiada dalam kamus hidupnya, malah dia menganggap emosi hanya akan menumpulkan mata pisau pembedahan. Aireen Qaisarah merupakan House Officer (HO) tahun akhir. Malang tidak berbau apabila dia diletakkan betul-betul di bawah bimbingan singa kelaparan ketika program kolaborasi. Aireen mengakui dia berhati tisu, tetapi itu tidak bermakna dia akan menyerah kalah begitu sahaja. Di celah ketegangan, Hospital Sungai Buloh bermulanya pertelingkahan yang sering kali menggamit suasana hospital. "Air mata kau tak boleh selamatkan nyawa pesakitlah, Doctor Aireen! Baru kena bentak sikit kau dah menangis macam budak tadika. Aku tak perlukan orang macam kau dalam team aku." - Muhammad Zyair. "Saya menangis sebab hormon kortisol saya tengah tinggi! Lagipun, dalam manual hospital, tak ada pula tulis doktor dilarang keluarkan air mata, kan?" - Aireen Qaisarah. Apabila malam-malam on-call yang panjang mempertemukan dua jiwa ini dalam situasi hidup dan mati, tembok yang dibina Zyair retak. Di sebalik ketegasan Zyair, air mata kecekalan Aireen mencuri perhatian sang pakar bedah. Tanpa disedari, degup jantung yang sering diperiksa, berentak aneh setiap kali mereka bertentang mata. Cinta pun berputik di ruang yang tidak dijangka. Adakah ego seorang Muhammad Zyair akan runtuh demi mempertahankan seorang gadis yang berjaya merempuh pintu ke takhta hatinya? Mampukah Aireen bertahan saat dia menyedari bahawa dia bukan sahaja perlu merawat pesakit, tetapi juga perlu menyembuhkan hati seorang pakar bedah yang telah lama membeku? Di bawah bilah pisau bedah, takdir mereka bertaut.
CODE OF VALOR  by hanaaeh__
hanaaeh__
  • WpView
    Reads 66,437
  • WpVote
    Votes 2,004
  • WpPart
    Parts 6
Lima tahun berlalu sejak Adara Darlene meninggalkan kisah lamanya bersama Darien Shah.Kini,Adara kembali bertemu lelaki itu tanpa pernah menyangka bahawa Darien bukan lagi lelaki yang pernah dikenalnya di kolej. "Jiran baru tu..macam serupa Darien!" -ADARA DARLENE "Kita pernah kenal ke?" -DARIEN SHAH Lelaki yang pernah disayangi dan pernah menjadi sebahagian dari hidup Adara,kini sudah menjadi seorang Kapten Tentera Darat.Lebih matang, lebih tenang dan menyimpan terlalu banyak perkara yang Adara tidak tahu. Termasuk satu hakikat bahawa lelaki itu pernah menjadi seorang suami kapada wanita lain. "Kau benci aku atau kau tak mampu untuk beritahu hati kau yang kau rindukan aku?" -DARIEN SHAH Pertemuan semula yang pada awalnya dianggap kebetulan perlahan-lahan membuka kembali kisah yang pernah mereka tinggalkan. "Semua orang benci aku.Semua orang benci kita,Darien!" -ADARA DARLENE "Five years changed everything about me,except the way i still look at you." -DARIEN SHAH Mampukah cinta lama kembali bersemi apabila kedua-duanya sudah berubah?Atau kali ini,mereka hanya dipertemukan untuk saling mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir? CODE OF VALOR
MURTAZA AKBARI: HIS GREATEST WEAKNESS (OG) by arabellaverea
arabellaverea
  • WpView
    Reads 8,443
  • WpVote
    Votes 747
  • WpPart
    Parts 14
Murtaza Akbari & Kasra Fresia
The Silent Voice Is My Wife | OG by Lxyhavreb_
Lxyhavreb_
  • WpView
    Reads 73,342
  • WpVote
    Votes 5,214
  • WpPart
    Parts 47
π“π“žπ“π“— π“—π“π“˜π“šπ“π“› β€’ Seorang lelaki yang tegas, dingin dan sukar dibaca. Pernah menjadi pembuli kepada Arissa ketika kecil tanpa menyedari kesan yang ditinggalkan. Kini, dia membesar sebagai seorang yang berbeza, namun masa lalu tetap menghantui dirinya. π“π“‘π“˜π“’π“’π“ π““π“π“π“˜π“”π“›π“›π“” β€’Seorang gadis yang bisu sejak kecil. Lembut, pendiam dan menyimpan seribu rasa dalam diam. Di sebalik kekurangannya, Arissa memiliki hati yang kuat walaupun pernah melalui luka akibat dibuli pada zaman kanak-kanak. πšŽπš—πš“πš˜πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš πšπšŠπš— πš“πšŠπš—πšπšŠπš— πš•πšžπš™πšŠ πš‹πšŠπšπš’ 𝚟𝚘𝚝𝚎! Start: 29 March 2026 End:
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 406,778
  • WpVote
    Votes 30,946
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Mr. Perfectly Fine ( REVAMP ) | OG by mryein
mryein
  • WpView
    Reads 8,219
  • WpVote
    Votes 1,134
  • WpPart
    Parts 14
π‘πšπ²π²πšπ§ 𝐄𝐦𝐒𝐫 || π’π¨πŸπžπš π™πšπ‘π’π«πš Hanya dua hati yang pernah saling mencintai... memilih untuk berpisah. Sofea tidak pernah menyangka perkahwinannya dengan Rayyan Emir akan berakhir dengan satu ayat yang terlalu mudah diucapkan... cerai. Bukan kerana orang ketiga, bukan kerana benci. Tetapi kerana keletihan yang perlahan-lahan mematikan cinta mereka. "Abang dah cakap Sofea... Abang tak boleh teruskan perkahwinan ni lagi." - Rayyan Emir Bin Mohd Danial "Jangan sebab abang dah penat dengan saya... dah putus asa dengan saya, abang pilih keputusan ni. Jangan sampai suatu hari nanti... abang menyesal dengan keputusan yang abang pilih untuk lepaskan saya." - Sofea Zahira Binti Abdullah Dua tahun berlalu, Sofea cuba membina semula hidupnya. Dia belajar menerima takdir, memperbaiki dirinya, dan berdiri tanpa lelaki yang pernah menjadi seluruh dunianya. Namun, takdir mempunyai cara tersendiri untuk mempermainkan manusia. Apabila mereka dipertemukan semula dalam sebuah mesyuarat kerja, Sofea sedar satu perkara... melupakan Rayyan tidak pernah semudah yang dia sangkakan. "Meet me after work hour. Please?" - Rayyan Emir Bin Mohd Danial "I'm sorry, did he just?" - Sofea Zahira Binti Abdullah Rayyan pula mula menyedari bahawa keputusan yang pernah dia anggap betul mungkin sebenarnya kesilapan terbesar dalam hidupnya. Namun, dapatkah Rayyan menawan semula hati yang sudah dia sakiti? Atau dia akan diberi peluang kedua?
Embassy of Desires by missaeluna
missaeluna
  • WpView
    Reads 7,112
  • WpVote
    Votes 631
  • WpPart
    Parts 16
[ SLOWBURN SERIES ] Tengku Zayne Larsen x Engku Irene Lauren Engku Irene Lauren merupakan seorang supermodel antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia. Dengan kerjaya yang cemerlang dan kehidupan yang menjadi impian ramai, dia percaya bahawa hidupnya sudah cukup sempurna tanpa kehadiran sesiapa di sisinya. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Tengku Zayne Larsen, seorang CEO muda yang terkenal dengan sikap dingin dan ketegasannya. Pertemuan pertama mereka bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang. Malah, setiap kali takdir menemukan mereka, pasti ada sahaja perkara yang membuatkan mereka bertelagah. Bagi Irene, Zayne ialah lelaki yang paling menyebalkan pernah ditemuinya. Bagi Zayne pula, Irene ialah wanita yang sentiasa menguji kesabarannya. Namun apabila satu kejadian yang tidak dijangka memaksa mereka menjalinkan hubungan di hadapan dunia, kedua-duanya terpaksa memainkan peranan yang tidak pernah mereka rancangkan. Di sebalik segala lakonan, pertengkaran dan perasaan yang cuba disembunyikan, Irene dan Zayne mula menyedari bahawa ada perkara yang lebih sukar daripada berpura-pura mencintai seseorang. Iaitu apabila perasaan itu perlahan-lahan menjadi nyata. Mampukah hubungan yang bermula atas sebab yang salah membawa mereka kepada pengakhiran yang bahagia? Atau adakah mereka hanya akan menjadi dua insan yang ditakdirkan untuk saling menyakiti?
Whispered Love by amorealyn
amorealyn
  • WpView
    Reads 133,667
  • WpVote
    Votes 6,258
  • WpPart
    Parts 46
Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga. Bukan kerana cinta, tapi kerana nama. Tapi dalam diam, perasaan mula berbisik. "Loving you was never the plan but losing you was never an option either." - Evan Hernandez Richard "You were the silence I waited to hear from, and the noise I couldn't escape." - Evangeline Aurora Sinclair In the quiet between lies and longing, love whispered loudest.They didn't need the words.Because every kiss, every lingering hug, every choice was whispered love. Start : 14 July 2025 Status : ongoing Language : English, Bahasa Melayu and Bahasa Indonesia amorealyn's first ever debut wattpad story β™‘
πƒπ€π‹π€πŒ π‰π€π†π€π€πππ˜π€ (TERBIT) by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 598,667
  • WpVote
    Votes 6,326
  • WpPart
    Parts 14
[ Book 7 ] Fareeq Isyraf- Dia lelaki yang tidak akan bertolak ansur dengan keingkaran. Setiap arahan mahupun perintah, tidak diberi pilihan selain patuh. Namun, ketika dia diberikan arahan, dia juga harus patuh biarpun harganya harus dibayar seumur hidup. "Aku penjaga kau sekarang dan selamanya." -F.I "I don't need anyone to take care of me. Especially you." -J.A Menjaga dan melindungi. Siapa tahu, arahan yang dijatuhkan kepadanya kali ini cukup berat apabila dia dipertemukan dengan seorang gadis yang keras kepala dan mempunyai pendirian sendiri. Setiap suruhannya, tanpa bersalah diingkari. Setiap yang dia kata, semudah itu dipatahkan. Dia yang bukan seorang penyabar, disatukan dengan gadis yang sering menguji kesabaran. Tak boleh bertentang mata, ada saja yang mahu ditelagah. "I don't tolerate with disobedience. Don't provoke me." -F.I "Semakin you larang, semakin I akan buat. I loves disobedience." -J.A
Aydeen's Untold Heart (Completed) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 491,128
  • WpVote
    Votes 32,620
  • WpPart
    Parts 51
NEXT GENERATION (HEART SERIES 1) Tengku Aydeen Iskandar x Raja Khayra START: 20/11/2025 END: 8/7/2026 Bagaimana jika seseorang yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kita sejak kecil, akhirnya menjadi seseorang yang paling ingin kita cintai? RAJA KHAYRA membesar dengan seorang lelaki yang sentiasa ada di sisinya iaitu TENGKU AYDEEN ISKANDAR. Lelaki yang menjadi tempat dia bergantung, tempat dia mencari perlindungan dan seseorang yang tidak pernah gagal membuatnya berasa selamat. Dan semakin dewasa, perasaan itu perlahan-lahan berubah. Daripada kasih seorang adik kepada cinta seorang wanita. Raja Khayra tidak pernah menyangka bahawa perasaan yang selama ini disimpan kemas akhirnya menjadi sesuatu yang begitu sukar untuk dimiliki. Lebih menyakitkan apabila dia mengetahui Tengku Aydeen sudah mempunyai teman wanita. "Kenapa abang tak boleh sayangkan Ara balik?" -RAJA KHAYRA "Sebab abang takut abang tak mampu sayangkan Ara lebih dari seorang adik. Dan Ara... seseorang yang abang patut lindungi. Bukan seseorang yang abang boleh cintai." -TENGKU AYDEEN Antara cinta yang sudah lama berakar dan sebuah hubungan yang terlanjur dianggap seperti keluarga, mampukah mereka menemukan jalan pulang kepada satu sama lain?