dini_min
- Reads 1,024
- Votes 61
- Parts 7
꧁NOVEL INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA.DILARANG MENCIPLAK KARYA PENULIS꧂
Dhia Afsha merupakan seorang detektif muda yang cekal dan berprinsip.Hidupnya berubah apabila mengenali seorang ketua mafia Itali iaitu Alessandro Di Lauro atau lebih dikenali sebagai Alex.Pelbagai perkara tragis menimpa dirinya sepanjang pengenalan mereka- menguji kesetiaan, keimanan dan hatinya sendiri.
Namun, di sebalik kebencian dan permusuhan, muncul satu perasaan yang sukar untuk Dhia terima.Perasaan yang tidak sepatutnya wujud antara dua insan yang datang daripada dunia yang begitu berbeza.
Antara cinta dan dosa, pengampunan dan penebusan, mereka terperangkap dalam permainan hidup dan mati.
Mampukah Dhia mempercayai lelaki yang pernah menghancurkan hidupnya?
Dan sanggupkah Alessandro mengorbankan dirinya demi wanita yang menjadi mengaharnya erti cinta sebenar?
"The Mafia: Alessandro Di Lauro" membawa pembaca menyelami sisi gelap dunia mafia, diadun dengan kisah cinta, iman dan keinsafan. Sebuah kisah yang menguji sempadan antara dendam dan pengampunan - di mana kejahatan tidak selalu kekal hitam, dan cinta kadang-kadang lahir di tengah kegelapan.