ctn347's Reading List
178 stories
Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 227,621
  • WpVote
    Votes 8,597
  • WpPart
    Parts 50
○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
Radhia Ellara :you're the one [OG] by itsreneeza
itsreneeza
  • WpView
    Reads 11,426
  • WpVote
    Votes 740
  • WpPart
    Parts 68
RADHIA ELLARA & TENGKU RAEZ ERSHAAD. • • Pertemuan yang tak disangka di sebuah university antara seorang pensyarah lelaki yang tegas dan seorang pelajar perempuan yang dingin tapi memikat. Dalam diam, si pensyarah mula menyimpan rasa. Oh pasal pagi tadi sokayla, lagipun waktu tu awak bukannya tahu siapa saya kan ? -Raez Ershaad. Haah, waktu tu saya ingat security baru yang nak melamar kerja kat sini -Radhia Ellara. Satu pertemuan tak dirancang di university menyatukan seorang pensyarah lelaki dan pelajar perempuan. Cinta yang tumbuh dalam diam akhirnya membawa mereka ke jenjang perkahwinan. -Happy end- ---------------- ⚠️DON'T PLAGIARISM cerita ini 100% daripada idea saya. ⚠️DON'T COPY MY STORY. Tq. HAPPY READING !❤️
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA (COMPLETE) by mellowcrunch_
mellowcrunch_
  • WpView
    Reads 899,567
  • WpVote
    Votes 34,214
  • WpPart
    Parts 42
MY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PERSONA AWARD 2020 🏆THE BEST ACTION ETERNAL AWARD 🏆THE TOP HERO 2020 ETERNAL 🏆THE BEST SYNOPSIS ETERNAL 🏆THE BEST ACTION IN PATAHAN RANTING 🏆TOP 3 ACTION 2020 IN BRONZE AWARD Anggun Qhairah merupakan pemilik kafe iaitu 'Butterfly cafe' yang dibuka bersama dua orang sahabatnya. Dia juga merupakan seorang gadis yang bernasib malang. Sejak kecil dia telah dibesarkan oleh ibutirinya sehingga ayahnya meninggal dunia. Lebih malang lagi, ibu tirinya telah menjualnya kepada tauke kelab malam demi melangsaikan hutangnya. "Sampai hati mak buat Anggun macam ni. Mak dah tak sayang Anggun ke?" "Sayang? Kau tu bukan anak aku! Aku tak ada anak malang macam kau!" Pertemuannya dengan Tengku Danish Rafiqi yang melanggarnya membuatkan hidupnya berubah 360° darjah. Dia telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh keluarga Danish sehinggalah mereka membina masjid mereka. "MasyaAllah! Cantiknya." Tengku Danish Rafiqi seorang mafia yang terkenal dengan sikapnya yang kejam. Kehidupannya berubah 360° apabila dia telah berkahwin dengan Anggun Qhairah. Daripada seorang yang dingin berubah menjadi seorang yang romantik. "If i tell you that i love you, will you love me back?" "Right now the only thing that i really sure about is that i love you." Mahligai yang dibina sangat bahagia tanpa ada sebarang halangan. Namun, apakah yang akan terjadi apabila musuh ketat Danish, Syed Naufal datang untuk membalas dendam? Apakah yang akan terjadi diantara mereka? Adakah kebahagian milik mereka atau sebaliknya? Jemputlah membaca novel saya iaitu Cik Anggun Encik Mafia. START: 27 JANUARI 2017 END: 8 JANUARI 2019 THANKS! ---------------
Dia Jodoh Ku by blacknightpishh
blacknightpishh
  • WpView
    Reads 3,256
  • WpVote
    Votes 202
  • WpPart
    Parts 45
Rafie Rayyan bin Daud bukanlah lelaki biasa. Di sebalik wajahnya yang tenang dan rapi, dia adalah seorang pembunuh upahan yang paling dikehendaki dalam dunia gelap. Dia tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan mafia; dia bergerak sendiri, hanya bertemankan sebilah pisau dan kelajuan yang melampau. Baginya, setiap tugasan hanyalah satu transaksi perniagaan-sehinggalah dia menerima satu sampul surat coklat yang mengubah segalanya. Sasaran seterusnya: Batrisya Raisya binti Aliyas. Dunia Rafie seakan berhenti berputar. Batrisya bukan sekadar nama, tetapi dia adalah satu-satunya memori indah yang Rafie miliki. Mereka adalah kawan rapat sejak kecil, membesar bersama sebelum takdir memisahkan mereka dalam satu tragedi berdarah bertahun-tahun yang lalu. Kini, Rafie berdiri di persimpangan jalan yang mustahil. Jika dia membunuh Batrisya, dia kehilangan satu-satunya cahaya dalam hidupnya. Jika dia membiarkan Batrisya hidup, nyawa mereka berdua akan diburu oleh pihak yang mengupahnya-individu misteri yang tahu segala rahsia masa lalu mereka. Demi melindungi Batrisya, Rafie terpaksa menculik gadis itu dan membawanya lari. Namun, Batrisya yang trauma tidak tahu bahawa lelaki yang menyelamatkannya itu adalah lelaki yang sepatutnya mencabut nyawanya. Dalam pelarian yang penuh dengan letupan, darah, dan pengkhianatan, rahsia demi rahsia mula terbongkar. Adakah Batrisya mampu menerima kenyataan bahawa "jodoh" yang dikirimkan tuhan untuk melindunginya adalah seorang pembunuh upahan? Dan mampukah Rafie membalas dendam terhadap mereka yang mengatur permainan maut ini sebelum masa mereka tamat?
Unfuture (V1) ✅ by imnotfifies
imnotfifies
  • WpView
    Reads 36,312
  • WpVote
    Votes 1,512
  • WpPart
    Parts 50
[Romance + Comedy + Mystery] Version pertama. "Je t'aime my lady"
𝕀𝕊𝕋𝔼ℝ𝕀 𝕄ℝ. 𝔹𝔸𝔻 𝔹𝕆𝕐 by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 1,737,756
  • WpVote
    Votes 48,074
  • WpPart
    Parts 44
ISTERI 18 TAHUN ➡️ ISTERI MR. BAD BOY ( IN EDITING )
My Husband Rayyan Adyan  by Nazreenayn
Nazreenayn
  • WpView
    Reads 385,398
  • WpVote
    Votes 3,724
  • WpPart
    Parts 15
1st story:- Kata orang, jangan dilawan cinta pertama. Bagi Rayyan Adyan cinta pertamanya tidak seindah mereka yang lain. Ketulusan dia dalam mencintai pernah dikhianati. Teman wanita sedang bermesra dengan lelaki lain di khalayak ramai tanpa memikirkan halal dan haram hubungan. Hati yang retak itu, Rayyan bawa pergi jauh ke negara luar. Kerana perbuatan cinta pertama, dia nekad untuk menggapai tahta yang tertinggi biar tiada sesiapa mampu menyakitinya lagi. Semangat untuk meraih gelaran atas apa yang diusahakan membuahkan hasil seiringi dengan hatinya yang mula tiada perasaan untuk mencintai mana- mana wanita. Kepulangan kembali ke tanah air tak indah seperti apa yang ada di minda. Dari perlanggaran dengan seorang wanita di lapangan terbang. Belum dikaitkan dengan mama yang tiba- tiba memaksa dia untuk mendirikan rumah tangga. Pilihan mama hanya dua, bawa pulang menantu ke rumah atau mama yang pilihkan calon pendampingnya itu. Pertemuan dengan wanita bernama Nayla Aleena membuka jalan penyelesaian buat Rayyan. Mana mungkin dia bersetuju dengan calon pilihan mama jika dia ada Nayla untuk dijadikan korban? "Kiranya kau tak cintakan dia?" -HARITH- "... selepas dapat anak, kami akan bercerai. Masa tu Nayla akan bebas dan aku tak akan tuntut apa- apa." -RAYYAN ADYAN- Kata- kata perancangan Rayyan telah menjerat dirinya sendiri setelah dia sah bergelar suami kepada wanita itu. Rayyan lupa bercinta dalam hubungan yang diredhai itu indah. "I love you, Sayang. How do I live without you? Oh no! Sayang jangan tinggalkan abang." -Rayyan Adyan- Pada ketika cinta telah mekar, badai menyapa pasangan itu. Rahsia sebenar perkahwinan terbongkar. Adakah perasaan Rayyan kepada Nayla tulus? Atau... yang dilakukan sekadar memenuhi apa yang diingini?
Dr. Adam Ukasyah by violetheree
violetheree
  • WpView
    Reads 7,548,768
  • WpVote
    Votes 333,665
  • WpPart
    Parts 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubungan Irish dan Dr. Adam boleh diibaratkan seperti kucing dan anjing. Tak pernah nak sebulu. Lebih-lebih lagi apabila Irish mempunyai masa silam menyebabkan dia membenci lelaki. Namun begitu, semakin Irish ingin menjauhkan dirinya dari Dr. Adam, semakin Dr. Adam ingin mendekatkan dirinya kepada Irish. "Dr., ini serius." - Irish Arissya "Saya tak cakap pun yang kita tengah buat lawak sekarang ni." Dr. Adam Ukasyah Hari demi hari, hubungan mereka semakin akrab. Tidak seperti hubungan seorang pensyarah dan pelajarnya. Apatah lagi selepas Irish terpaksa menjadi kekasih jadian kepada Dr. Adam. Hubungan mereka seperti selangkah ke hadapan. "So, are you done eye-raping me?" - Irish Arissya. "Yes. Thank you for the service." - Dr. Adam Ukasyah Namun begitu, apakah kesudahan bagi kisah mereka berdua? Adakah hubungan mereka akan berakhir sebagai status pelajar dan pensyarah? Atau sebaliknya? Teruskan membaca. Insyaallah tak akan menyesal. Start : Jan 15 2020 End : June 14 2020 Status : completed
Sehampar Langit Kasih [C] by CapitalR94
CapitalR94
  • WpView
    Reads 31,053
  • WpVote
    Votes 1,495
  • WpPart
    Parts 39
Muhd Shahreza yang dahulunya gagah, teguh berdiri sebagai lelaki penuh keyakinan, kini hanya tinggal bayang yang rapuh. Tragedi hitam itu merentap seluruh kehidupannya dan yang tinggal hanyalah luka dan penyesalan yang tidak pernah sembuh. Dunia yang pernah menjadi medan keberaniannya kini hanya terasa sunyi, dingin, dan penuh kehampaan. Disaat Reza mula menyerah pada takdir yang tertulis untuknya, dia hadir dalam hidupnya bukan dengan janji atau kata-kata, tetapi hadir dengan kesabaran dan keberanian untuk menyembuhkannya . Dalam diam, wanita itu menjadi pelindung dan penguatnya ketika dia rebah. Perlahan-lahan dia menggenggam takdir yang pernah dia percaya sudah hilang. "Teruskan jadi 'ubat' penenang untuk aku, Zarith Hanani. 'Ubat' yang boleh buat aku rasa tenang tanpa perlu rasa semua 'sakit' tu sendiri." - Muhd Shahreza "Aku akan jadi pelindung kau, walau apa pun yang terjadi." - Zarith Hanani Spin Off - Penakluk Sang Cahaya Rindu Prequel - Yang Tertulis Dilangit Start Writing : July 2025 Publish : 31 August 2025 Complete : 24 September 2025
Tengku Zayn Michael : obsessive husband [revamp] by the_anbalqss
the_anbalqss
  • WpView
    Reads 37,065
  • WpVote
    Votes 868
  • WpPart
    Parts 41
Book 1 [revamp] 5 tahun lalu, Nurin Ariana diselamatkan oleh seorang lelaki yang tak pernah dia sangka akan mengikat hidupnya sampai hari ini, Tengku Zayn Michael. Lelaki dingin, tanpa perasaan, penuh rahsia... tapi satu-satunya yang melindunginya saat dunia membuang. Kini, nama Ariana sedang diperkenalkan sebagai wanita kepada pewaris Michael Holdings. Namun, dalam diam, Ariana mula menjadi sasaran. Ancaman datang tanpa suara. Bahaya datang dari orang yang paling dekat. Satu demi satu langkah hidupnya kini dipenuhi perangkap yang tak kelihatan. Rahsia lama keluarga. Dendam yang belum padam. Fitnah yang sengaja dipasang. Semua ini bukan kebetulan. Ada yang mahu melihat Ariana jatuh. Ada yang mahu melihat dia hilang. Di tengah semua kekeliruan itu, hanya satu perkara yang pasti. Tengku Zayn Michael takkan biarkan dia disentuh sesiapa. Biar seluruh dunia musuh, Ariana tetap miliknya. Tapi sampai bila Ariana mampu bertahan bila cinta yang melindunginya... juga cinta yang perlahan-lahan memenjarakan dirinya sendiri? Dan bila kebenaran terbongkar, siapa sebenarnya yang menyimpan dendam... dan siapa yang benar-benar mahu dia hilang selama-lamanya? ✦ mohon maaf atas kesalahan ejaan, kekeliruan di dalam cerita ini ✦ terdapat kata-kata kesat, senjata tajam seperti pisau dan pistol, adegan membunuh, harap para pembaca tak mengikuti.