FANTASY 🚚
114 stories
Rise of The Emperor [Completed] by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 135,868
  • WpVote
    Votes 14,226
  • WpPart
    Parts 188
Di sebuah alam yang terdiri daripada pelbagai jenis makhluk, manusia dan beast hidup saling bermusuhan. Haraki, seekor beast yang dipulau dan dilayan teruk oleh clannya sendiri kerana berdarah separuh manusia muncul memusnahkan clannya sendiri dengan kekuatan baru untuk membalas dendam. Berita kekejamannya tersebar ke semua clan beast sehingga dia digelar, The Reaper. Dan suatu hari, beast separuh manusia yang terkenal dengan kekejamannya itu dipertemukan dengan seorang budak manusia. Haraki: "Apa seekor beast buat, membela seorang manusia?" Momo, seorang budak misteri yang tidak diketahui asal-usulnya itu dipelihara oleh seekor beast. Momo: "Terima kasih pak cik!" Haraki: "Jangan panggil aku pak cik." Momo:"..... Mak cik?" Haraki: "..... Panggil aku Aki." Haraki yang pada asalnya ingin menjadikan manusia itu sebagai juadahnya tiba-tiba membuat keputusan untuk mengambil alih, membela budak tersebut???? Haraki beberapa bulan kemudian: "Jangan berani-berani sentuh anak aku!"
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed] by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 176,116
  • WpVote
    Votes 15,603
  • WpPart
    Parts 122
Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh keluarga nya sendiri kecuali ibu & abangnya. Hadi gembira sangat yang ibu & abangnya masih sayangkan dia. Tapi hidupnya mulai berubah sedikit demi sedikit. walaupun perit dia tetap perlu mengharungi cabaran itu. Kehidupan nya juga tidak semudah yang dia sangkakan, terutamanya pada waktu persekolahan nya. Ramai yang memandang rendah pada nya sehingga dia kerap dibuli. pelbagai perkara & peristiwa yang perit harus dia tempuhi. Daripada kehilangan segalanya kepada mempunyai sesuatu yang berharga. mampukah Hadi mengharungi cabaran itu? apakah yang sebenarnya terjadi sehingga buatkan keluarga nya membenci diri Hadi? ikuti kisah Hadi Haikal, budak bersayap hitam.
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete] by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 139,026
  • WpVote
    Votes 12,997
  • WpPart
    Parts 93
Yuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kerajaan kerana sebuah kejadian sehingga bangsa ini pupus melainkan Yuki yang kini merupakan bangsa yang terakhir. Disebabkan dia berbeza dari yang lain, dia di pulaukan oleh budak-budak yang seumur,lebih tua darinya atau lebih muda darinya kerana itu dia tidak mempunyai sahabat walaupun disayangi oleh penduduk di kampungnya atas jasa kebaikan yang dia buat. Tetapi dia tidak kisah, dia tetap bahagia kerana masih ada orang yang menyayangi nya. Apakah perkara yang akan Yuki hadapi selepas ini?Adakah hidupnya akan berubah? Adakah dia akan bertemu sahabat yang sudi bersamanya? Ikuti Kisah Hidup Yuki dalam meneruskan kehidupannya Tanpa Orang yang tercinta malah tanpa suaranya.
Zariel:Budak Berhood Putih by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 162,682
  • WpVote
    Votes 18,042
  • WpPart
    Parts 96
Kata orang, dunia tak adil, kejam, tidak sentiasa indah mahupun tenang & sebagainya. Itulah nasib seorang remaja lelaki bernama Zariel. sejak dari bayi lagi, dia sudah dibuang ke hutan pada malam yang dipenuhi salji. Ditinggalkan bersendirian pada malam yang dingin itu. Nasibnya mulai berubah sebaik saja dia ditemui oleh seorang lelaki yang sedang memburu di hutan yang sama. Akibat kasihan akan nasib Zariel yang masih bayi itu, dia terus saja mengambil keputusan untuk membesarkannya. Setelah beberapa tahun, dia membesar menjadi seorang remaja & harus mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya termasuklah di sekolahnya. Bukan senang untuk menyembunyikan rahsianya itu. Walaupun begitu, dia seorang yang kuat & tabah menghadapi setiap cabarannya itu. Tapi semuanya berubah sebaik saja dia didapati memiliki kuasa yang sangat overpowered sehingga menarik minat para gurdian yang menjaga kerajaan itu. Bermula dari situ, dia telah dipilih untuk menerima tawaran ke sebuah akademi istimewa yang melatih orang sepertinya untuk membunuh para raksasa yang digelar sebagai Demoniac. Dia turut digelar dengan nama Budak Berhood Putih. Mampukah dia terus mengharungi segala cabaran itu & mengapa dia digelar dengan gelaran Budak Berhood Putih? Ikuti kisah Zariel dalam pengembaraannya untuk menghadapi setiap cabarannya itu.
ELEMENTAL KEGELAPAN [C] by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 376,162
  • WpVote
    Votes 27,073
  • WpPart
    Parts 82
Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang tinggal di dunia ini termasuklah Haiwan dan Manusia Mitos. Shiro Ryuzaki. Siapa yang tidak mengenali sang lelaki yang malas tahap gaban ni? Kau tanya lah apa yang dia suka.. "Tidur. Aku suka tidur. " Apa yang dia suka buat.. "Same answer duhh. " Dan paling penting, apa matlamat hidup dia. "Tidur tak bangun-bangun. " Sakit hati. Gila kan? Apa boleh buat, inilah sifat sebenar lelaki itu. Tapi apa yang membuatkan dia istimewa? Kenapa ramai yang memburu dia? Puaknya? "Aku tak pernah mintak pun nak ada kuasa ni, sebab tulah kalau boleh aku rela jadi manusia biasa " "Kita mempunyai kuasa untuk melindungi diri kita dan orang yang kita sayang! " "Lucia peliklah, apa agaknya yang ada dalam otak abang sampai abang suka bermalasan sangat?" First Fantasy Book BEAUTIFUL COVER BY @airuml [6/2/2019] [EDIT] #ayat budak2. #typos banyakkk #dah kasi warning -Enjoy the story❤️
ELDERA, LELAKI BERDARAH SYAITAN (BOOK 1) [C] by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 325,045
  • WpVote
    Votes 30,513
  • WpPart
    Parts 120
[Villain's untold story] "Kalau tak tahu sangat guna kaki tu, baik kau guna tangan. At least, orang tak cakap kau buta tapi gila. "-Eldera Delwyn "Jahatnya mulut! "-Adrea Bellvania "Eldera? Nope. Dia bukan aje bestfriend aku. Tapi kekasih gelap aku jugak. Haha-Arghh!"-Eryl Ryuzaki Eldera, si kaki sinis dan beku. Mulut tak pernah tak kasi ayat yang menyakitkan hati! Lawannya pula Adrea, seorang gadis biasa yang memang suka bertikam lidah. Kemudian, muncul pula Eryl, si kasanova yang miang sampai tak boleh bawak bincang. Kau rasa, hidup diorang ni normal ke? Sudah tentunya tidak! "Eleh, nak acah sweet pulak.." -Eryl "Dari kau, acah jantan padahal pondan. Hattui."-Eldera "Boleh tak kau berdua jadi bestfriend yang normal untuk sehari?"-Adrea Segala tawa dan tangisan, mereka kongsi bersama. Tidak walaupun sesaat, mereka meninggalkan satu sama lain. Namun.. "Kau dan aku.. Nasib kita sama sahaja Eldera. Kau tak akan boleh lari daripada takdir kau. Hehehe."- unknown. Akan kah persahabatan yang terbina, kekal sehingga pengakhiran? Berapa banyak nyawa yang harus menjadi korban kegelapan yang zalim? "Terima kasih.. Untuk semuanya." #DALAM PROCESS NAK MENGEDIT #MEMANG TAK LOGIK PUNYA CITER #STORY ZAMAN2 TAK MATANG #MAAFIN GUE Enjoy ❤️
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)  by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 55,162
  • WpVote
    Votes 5,869
  • WpPart
    Parts 52
-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahun lamanya dan terjaga untuk berhadapan dengan hakikat yang menyakitkan. Terlalu banyak tangisan air mata dan darah yang tumpah sebelum kebangkitanya. Nyawa menjadi mainan. Kehidupan didunia bagaikan neraka! "Kenapa bonda dan ayahanda sanggup pergi sejauh ni demi Eryl?" "Ayahanda..Harapan." Siapa dia untuk menerima pengorbanan sebegini rupa daripada orang tuanya? Dari rakyat kerajaan ayahandanya? Mengapa harus dia yang memikul tanggungjawab yang belum tentu dia mampu laksanakan? Sesungguhnya, dia sendiri terhimpit. Terhimpit diantara janji dan pengorbanan. "Aku..Aku tak boleh bunuh dia." "Kau membelot kedua ibubapa kau!" Eryl Ryuzaki.. Apa yang takdir ada untuk sang naga yang akhirnya bangkit dari lena? "Lama tak berjumpa. Sang naga bermata satu.." "Yeah.. Lama tak jumpa. Sang syaitan yang lupakan kawan. Asal kau makin hot ni? Terliur lah pulak. Hahaha!" ". . ." "Cakap sesuatu!" "Bodoh." "Oi!"
Man Man Qing Luo (Versi Melayu) by SWEETCORNIce
SWEETCORNIce
  • WpView
    Reads 40,361
  • WpVote
    Votes 4,608
  • WpPart
    Parts 104
Mengisahkan seorang gadis moden yang kembali ke zaman silam. Menjadi anak gadis ketiga Perdana Menteri Ning Guo dari gundik yang ketujuh Kemudiannya terjebak dalam cinta 3 segi. Dapatkah dia kembali semula atau tetap tinggal didunia yang asing buatnya.
GENIAL [FIXI] ✨ by redd_aadhny
redd_aadhny
  • WpView
    Reads 77,837
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 2
Tajuk: GENIAL Penulis: Redd Aadhny Penerbit: Buku Fixi Mukasurat: 304 ISBN: 9786297693644 Harga: RM28 Sinopsis: Haifa Nabilah hanyalah seorang anak yatim piatu dan pelajar biasa di SMK Genial. Hidupnya jarang tenang kerana permusuhan dengan Sarah, saudara tirinya. Ketika sebuah kumpulan pelajar elit bernama Genial mengumumkan pencarian ahli baru, Sarah mencabar Haifa untuk bersaing merebut tempat tersebut. Halangan demi halangan ditempuh, hingga akhirnya Haifa terpilih sebagai ahli Genial. Namun kebenaran baru tersingkap saat dia menjejakkan kaki di kediaman yang disediakan khas untuk ahli kumpulan itu. Rupa-rupanya mereka semua adalah pemburu sejenis makhluk yang berupa seperti anjing besar bernama Beast, dan itu bukannya tugas yang main-main. Selepas mengetahui kebenarannya, Haifa menjadi ragu. Mampukah dia menggalas tugasan itu? Dan sanggupkah dia membayar harga sebenar untuk menjadi seorang Genial? (Gambar kulit depan @tash_rsd)
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,374
  • WpVote
    Votes 6,575
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.