Kecantikan yang Tersembunyi
Nblntsha
- Membaca 48
- Suara 11
- Bagian 12
Sinopsis Novel: True Beauty - Bella
Bella, seorang pelajar sekolah menengah yang rendah diri dan pemalu, berjuang dengan rasa tidak yakin terhadap penampilannya. Dengan kemahiran solekan yang dipelajarinya secara diam-diam, Bella berjaya menyembunyikan jerawat dan wajah tanpa make-up yang sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan sekelasnya. Dia berubah menjadi gadis popular yang cantik di mata orang ramai. Namun, di sebalik wajah sempurna itu, dia tetap dihantui oleh ketakutan bahawa semua orang akan tahu kebenaran di sebalik kecantikannya.
Kehidupan Bella mula menjadi lebih rumit apabila dia berkenalan dengan dua jejaka kacak di sekolahnya-Rayyan (Rey), seorang pelajar yang popular dan pandai dalam segala hal, serta Haikal (Qarl), kawan baik yang ceria dan setia. Tanpa disangka, kedua-dua mereka menyimpan perasaan terhadap Bella. Rey yang pendiam dan tenang, serta Qarl yang ceria dan mudah mesra, mula bersaing secara senyap untuk menambat hati Bella.
Namun, Bella terperangkap di antara dua dunia-penampilannya yang "cantik" di hadapan semua orang dan dirinya yang sebenar, tanpa solekan. Apabila Rey dan Qarl masing-masing mengetahui rahsia di sebalik wajah sebenar Bella, mereka tetap menerimanya tanpa syarat. Tapi, Bella harus memilih bukan hanya antara dua jejaka yang mencintainya, tetapi juga berhadapan dengan penerimaan dirinya yang sebenar.
Dalam konflik antara persahabatan, cinta, dan penerimaan diri, Bella terpaksa membuat pilihan yang sukar. Adakah dia akan kekal menyembunyikan kebenaran, atau akhirnya berani tampil sebagai dirinya yang sebenar, tanpa topeng?