Alia_anisah's Reading List
19 stories
FACADE : The Nonchalant Bimbo by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 146,805
  • WpVote
    Votes 10,349
  • WpPart
    Parts 72
UNTUK PEMBACA MATANG (19+) *** Elisha - She's a bimbo, they said. Dia seorang yang suka berfesyen. Orang kampung selalu menyindir pakaiannya yang persis seperti model-model runaway fashion show. Bahkan bukan itu sahaja yang buatkan dirinya di gelar bimbo, salah satu sebabnya adalah cara pemikirannya yang tak matang dan pertuturan bahasa englishnya - kelaut! Tunggang-langgang, berterabur! Jumpa pula lelaki kampung yang nonchalant. Kerek nak mampus. Perasan bagus, padahal tak hensem langsung! Hidung jambu dan jongang. Langsung bukan tipikal lelaki idaman Elisha. Tapi apa yang buatkan Elisha bertukar arah untuk mengejar lelaki itu? Apa-apa pun jangan percaya, pada apa yang kamu lihat. If you find it hard to read or feel triggered by broken English and jumbled sentences, then this story isn't for you. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner.
APRICITY | C by itstheqiel
itstheqiel
  • WpView
    Reads 92,743
  • WpVote
    Votes 6,167
  • WpPart
    Parts 47
【SERIES 2】 (n.) - The warmth of the sun in a cold winter's day. "Literally a carbon copy of Darwin Naufal, but with Amelda Iris's attitude" Kata-kata itu sudah terlalu biasa buatnya. Senyuman palsu, lensa kamera yang tak pernah berhenti mengekori-semuanya datang tanpa dipinta. Keterkenalan yang wujud hanya kerana dia dilahirkan sebagai anak kepada dua ikon terkenal dunia. Dean Anmir, pewaris sebuah empayar perniagaan dan anak sulung kepada pelakon lagenda, membesar dengan bayangan masa lalu ibunya yang penuh luka. Trauma melihat ibunya bertarung dengan kesempurnaan sekaligus merasakan dirinya adalah beban keluarga, menjadikannya seorang lelaki yang memendam segala rasa dan sentiasa mempersoalkan kelayakannya dalam sesuatu perkara. Perkahwinan tanpa cinta bersama Arabella Erysha bermula atas dasar saling membantu-Dean melunaskan hutang Bella, dan Bella membantunya mencari jalan untuk merawat luka emosinya. Namun, Bella tidak sekadar memenuhi perjanjiannya. Dia membawa kehangatan ke dalam hidup Dean yang dingin, menyentuh hati lelaki itu dengan cara yang tidak pernah Dean jangkakan. Walau begitu, rasa bersalah dan ketakutan terus menghantui. Hinggalah satu tragedi membuka mata Dean, memaksa dia memilih antara terus tenggelam dalam bayangan silam atau berjuang untuk kebahagiaannya bersama Bella. Mampukah Dean melepaskan masa lalu yang membelenggu dan membuka hati kepada peluang baru? Atau adakah dia akan terus membiarkan kebahagiaan itu berlalu begitu sahaja?
KERANA BUKAN AKU (BACAAN PERCUMA) by dhilaasyfa
dhilaasyfa
  • WpView
    Reads 732,539
  • WpVote
    Votes 28,770
  • WpPart
    Parts 41
Wattys 2018 - PEMENANG KATEGORI PERUNTUN KALBU Sinopsis pendek: Pengantin lelaki sampai, Kak Izara dah buat hal. Yang tanggung masalah aku. Semua orang tutup mulut. Pekakkan telinga. Lagi-lagi keluarga mak ngah, sebab yang lari tu anak mak ngah. Yang jadi mangsa keadaan aku. Aku cuma ada Ayah Jin. Ayah Jin yang jaga aku dari kecil. Sebab pengantin lelaki ni anak angkat kesayangan Ayah Jin, aku pula dipaksa gantikan tempat Kak Izara. Apa salah aku sampai kena tanggung malu semua kesalahan Kak Izara? Pengantin lelaki ni pun satu. Tak tahu ke aku tengah bersusah-payah nak tamatkan pengajian sebab dah tahun akhir, ikut sahaja kehendak Ayah Jin. Kalau Ayah Jin suruh dia terjun gaung pun, ikut juga agaknya. Sekarang, akulah. Aku yang kena lalui. Hidup semati dengan Eimad. Cumanya, betul ke sampai ke akhir hayat. Sebab aku tak nampak kimia pun di antara kami berdua. **** Cerita klise. Konflik klise. Hero klise. Heroin pun klise. Eimad ♡ Firzah
A PERFECTLY WRONG PLAN [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 17,717
  • WpVote
    Votes 1,410
  • WpPart
    Parts 30
Rose Amani. Cuma gadis biasa yang cuba meneruskan hidup seperti orang lain. Rutinnya sama bangun pagi, pergi kerja dan pulang kerja. Tiada apa yang menarik tentang dirinya selain wajah yang sempurna. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, dia masih belum pernah bercinta. Trauma masa lalu membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap cinta. Johan Iskandar. Lelaki yang santai dan cukup sempurna di mata para gadis. Pemilik sebuah syarikat reka bentuk dalaman yang terkenal dan juga merupakan majikan kepada Rose Amani. Dia juga sudah memiliki seorang kekasih yang tampak sempurna dan merupakan seorang pempengaruh media sosial yang berjaya. Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah Rose mengetahui satu rahsia besar dari rakannya. Tanpa sedar, Iskandar turut terdengar rahsia itu tanpa mengetahui perkara sebenar. Dari situlah bermulanya perjanjian antara mereka untuk mengintip dan merungkai kebenaran di sebalik rahsia tersebut. Namun, daripada sekadar perjanjian mengintip, Rose mula berbelah bahagi apabila perasaannya perlahan-lahan berputik terhadap lelaki itu. Mampukah Rose membuang perasaan tersebut apabila dia sedar Iskandar milik wanita lain? Dan ke manakah tujuan pengintipan ini akan membawa mereka?
EMPIRE OF SECRETS (OG) by S7ven_Carat
S7ven_Carat
  • WpView
    Reads 530
  • WpVote
    Votes 246
  • WpPart
    Parts 34
Selepas kematian sahabatnya Lucas Reed, ejen CIA Aria Kane enggan menerima jawapan rasmi yang diberikan kepadanya. Apa yang bermula sebagai pencarian seorang pembunuh bertukar menjadi siasatan terhadap rangkaian rahsia yang menjangkau dunia politik, perisikan dan jenayah terancang. ​Semakin dekat Aria kepada kebenaran, semakin ramai yang mahu dia lenyap. Kerana ada rahsia yang dibina di atas darah dan kebenaran yang mampu menjatuhkan sebuah negara. DISCLAIMER!!! Karya ini adalah fiksyen. Nama, watak, organisasi, lokasi dan peristiwa dalam novel ini digunakan untuk tujuan penceritaan. Sebarang persamaan dengan individu, organisasi atau kejadian sebenar adalah kebetulan semata-mata atau digunakan sebagai latar fiksyen dan tidak bertujuan menggambarkan peristiwa sebenar.
Rayyan's Cinta (C) by idkwydlr
idkwydlr
  • WpView
    Reads 473,077
  • WpVote
    Votes 10,076
  • WpPart
    Parts 77
//TW: Suicidal thoughts, Sexually abuse, Broken family Pernikahan yang sepatutnya berlangsung antara MELISA dengan lelaki idamannya berubah menjadi haru biru setelah pemergian encik tunang secara mengejut di dalam sebuah operasi menyelamat. Malah, pernikahan MELISA masih diteruskan tetapi bersama pengantin lelaki yang lain. "Mateen this, Mateen that. Fuck him. He's dead! 7 feets deep down this fucking ground! Memang hidup kau berpaksi pada Mateen je ke? Daripada dulu, memang Mateen yang kau cari. Entah apa hebat dia, aku pun tak tahu" "Nak saya bawa cermin ke depan awak? Banding diri tu sendiri dengan Mateen" ujar Melisa. ... Sikap tidak ambil peduli RAYYAN terhadap MELISA sedikit sebanyak meluluhkan hati seorang wanita yang mendambakan kasih sayang seorang suami setelah dibuang oleh bapa kandungnya sendiri. Masih mampukah MELISA bertahan dengan perkahwinan yang hanya tertulis di atas kertas? Apa rahsia yang disimpan sebalik perkahwinan mereka? ... Playlist Rayyan's Cinta: 1. Masing Masing by Ernie Zakri 2. Satu Shaf dibelakangku by Arvian Dwi 3. Yang Terindah by Daqmie Highest rankings #2 novelmelayu #1 cinta #10 romance-friendship #1 wattpadmalay ... Author's note Enjoy reading yaaaaa ❤️ jangan lupa vote dan boleh komen untuk memeriahkan suasanooo
SYED HAYEER [𝐂]  by louisays
louisays
  • WpView
    Reads 41,334
  • WpVote
    Votes 1,731
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED & COMPLICATED] Medical Thriller with Psychological & Romance elements Syed Hayeer dan Dr. Nur Adra disatukan oleh kes-kes trauma yang orang lain tidak berani sentuh. Keganasan rumah tangga, luka tersembunyi, dan kebenaran yang terlalu mahal untuk didedahkan. Namun setiap langkah membawa mereka semakin dekat kepada Project Elysium, eksperimen terlarang yang memadam memori manusia. "Kalau kebenaran ni hancurkan hidup awak," suara Syed rendah, "awak masih nak saya teruskan?" Adra tidak berpaling. "Saya dah lama hancur. Yang saya takut... cuma hidup dalam penipuan." Apabila masa silam mereka sendiri terbongkar, garis antara keadilan dan keinginan mula kabur. Kerana ada luka yang bukan sekadar ingin disembuhkan, tetapi ingin dihadapi, walau risikonya kehilangan segalanya. *** - Memory Manipulation - Slow-Burn Romance - Trauma / Psychological #DomesticViolenceAwareness PERINGATAN: Kandungan untuk pembaca matang. Mengandungi tema keganasan domestik yang mungkin mencetuskan, ditangani dengan sensitiviti. [DONT COPY MINE!] 😠‼️ Sweet Witch, Louisa.
Alegro [T] by Izakikun
Izakikun
  • WpView
    Reads 721,332
  • WpVote
    Votes 22,428
  • WpPart
    Parts 101
AMARAN! CERITA INI BUKAN UNTUK PEMBACA BAWAH UMUR! "My proposal is, bear my child. Produce my offspring. Itu sahaja. After you finish your job, you are free to go and will be paid. And no feeling involved." - Arid "Maaf Encik Arid. Saya tak sesuai untuk jawatan ini. Apa-apa pun, terima kasih atas peluang yang diberikan dan keputusan terus untuk temuduga ni. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." - Hurra
His Game Changer | #2 Taruhan Akhir | His Deceit Series by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 177,353
  • WpVote
    Votes 15,812
  • WpPart
    Parts 47
━ 𝐈 𝐒 𝐀 𝐀 𝐂 ❝ One last bet he couldn't surrender ❞ Nur Kaymelia Dia tak pernah sangka akan dikaitkan dengan seorang lelaki yang hidup dalam kegelapan duniawi, berpesta tanpa batas, berjudi seperti tiada nilai hidup, dan mempermainkan wanita persis kepingan cip di meja kasino. Kaymelia membenci lelaki itu. Sejak di universiti, dia sudah melihat bagaimana Isaac menganggap segalanya sebagai permainan, termasuklah harga diri seorang wanita. Malah dia sendiri pernah dipertaruhkan untuk ditundukkan, umpama maruahnya hanya sekadar satu cabaran yang perlu ditakluk. Namun, Isaac gagal. Dan Kaymelia bangga kerana dia tak pernah menjadi salah seorang wanita dungu yang jatuh dalam perangkap lelaki itu! . . Isaac Abraham Ungkapan 'KALAH' tak pernah ada dalam kamus pertaruhannya. Apa sahaja yang dimahukan, sering muncul sendiri tanpa dikejar. Tetapi tidak Nur Kaymelia. Kaymelia tak seperti wanita lain yang mudah terpesona dengan ketampanan atau senyuman menggodanya. Kaymelia terlalu suci, terlalu teguh dengan agama, dan terlalu yakin bahawa dirinya lebih mulia berbanding seorang Isaac. Dan itulah yang membuatkan Isaac tercabar! . . Namun pertaruhan takdir tak pernah mudah ditebak. Dalam sebuah reunion, mereka dipertemukan semula. Kebencian Kaymelia masih segar terhadapnya. Dalam satu malam yang penuh muslihat, satu pertaruhan terakhir dibuat. Pertaruhan yang akhirnya mengubah segala-galanya. Kerana pada pagi berikutnya, Isaac harus bangun sebagai seorang lelaki yang mesti BERTANGGUNGJAWAB. Namun, bagaimana mungkin dua jiwa yang berbeza pegangan hidup, dipaksa bersatu? Nur Kaymelia, yang bermaksud cahaya pohon-pohon hijau di syurga, bertemu seorang jejaka yang tak ada langsung ciri-ciri seorang ahli syurga. Dalam taruhan akhir yang penuh tipu daya ini, siapakah yang sebenarnya harus mengalah? Isaac, Kaymelia, atau hati mereka sendiri? ❝ don't get to close, it's dark inside. It's where my demons hide ❞ WARNING: COPYCAT WILL ROT IN HELL