🤍
4 stories
Cahaya Cintaku  by Ikahkamar
Ikahkamar
  • WpView
    Reads 761
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 18
Lelaki yang penuh kejutan dan suka senyum itulah Daniel Mikael. Dia sudah bertunang dan dia amat menyayangi tunangnya itu. Jika tiada masalah, insya Allah hujung tahun dia akan disatukan dengan tunang kesayangannya tapi terjadi sesuatu yang menimpa hubungan mereka. Seorang gadis yang kuat dan cekal dalam menghadapi ujian hidup, itulah gadis yang bernama Alia Maisara. Dia berusaha mencari rezeki untuk dia dan ibunya. Walaupun mereka hidup susah tapi gadis itu tidak pernah mengalah dan mengeluh. Suatu hari, seorang gadis datang secara tiba-tiba untuk menyelamatkan majlis perkahwinan. Dan entah bagaimana di antara dua pihak, mereka terus setuju untuk meneruskan majlis. "Saya nak ucapkan terima kasih sebab awak sudi jadi isteri saya walaupun kita tak pernah kenal." - Daniel "Saya cuma nak tolong selamatkan majlis encik ni. Insya Allah saya berjanji saya akan cuba jadi isteri yang baik."- Alia Hidup mereka awalnya bahagia walaupun mereka baru sahaja kenal. Bila mereka mahu sahaja bahagia, pasti ada banyak halangan. Dapatkah mereka kekalkan kebahagiaan itu atau sebaliknya?
Mrs. Danish Rayyan (C) by Ikahkamar
Ikahkamar
  • WpView
    Reads 153,647
  • WpVote
    Votes 3,166
  • WpPart
    Parts 93
Dua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja. Danish jatuh hati pada seorang gadis cantik di sekolahnya iaitu Nisha. Mereka bercinta selama 3 tahun dan merancang untuk berkahwin walaupun usia mereka masih muda. Tetapi bila tiba hari perkahwinan mereka, terjadi sesuatu iaitu pengantin perempuan lari. Mereka terpaksa mencari pengganti untuk menyelamatkan majlis itu dan hanya Nurul sahaja calon yang sesuai untuk menggantikan Nisha. Walaupun hatinya tidak rela, tapi Nurul terpaksa terima kerana keluarganya. "Biarlah aku nak suap kau. Akukan suami kau...takkan suami sendiri tak boleh nak suap isteri dia." - Danish Rayyan "For your information, encik Danish Rayyan...awak tu cuma suami atas kertas je." - Nurul Nafisa Walaupun kedua-duanya tidak suka dengan perkahwinan ini, tetapi mereka terpaksa hidup berdua dan cuba mengenali hati masing-masing. Apabila mereka hampir mengecapi bahagia, muncul orang ketiga. "Danish, please maafkan Nisha. Nisha ada sebab kenapa Nisha terpaksa tinggalkan wedding kita dulu." -Danisha Aulia Adakah kebahagiaan Danish bersama Nurul atau bersama kekasihnya yang dahulu? Bagaimana dengan perasaan Nurul yang sudah terisi dengan nama lelaki itu? Adakah dia tetap milik kepada Danish Rayyan dan tetap menjadi Mrs. Danish Rayyan?
Gengster Terguris by Polkadot_Adwa
Polkadot_Adwa
  • WpView
    Reads 688,067
  • WpVote
    Votes 23,917
  • WpPart
    Parts 110
Alif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan diri kerana tidak tahan dengan keluarga sendiri. Dicurangi dengan kekasih dan kawan yang sanggup menikamnya dari belakang.Sejak itu, dia mula berjinak dengan dunia gengster. Baginya, cinta dan kasih sayang itu tak perlu ada dalam dirinya. Kehadiran Dayah membuat hatinya keliru. Kembali mendekatnya dengan kasih yang sangat dia rindu dan sayang yang dia cari...tapi dia tak nak tersakiti lagi... Dayah Hanya kerana ingin ingin menyambung pelajaran, dia terpaksa berhutang dengan Dato' Kamal. Sekarang dia perlu membayar hutang beribu-ribu atau berkahwin dengan Dato' Kamal. Baginya, berkahwin sama dengan dia mengulang cerita ayahnya. Kehadiran AD membantunya menyelesai masalah malah turut membuat hatinya bergetar. "AD..aku nak kau dan Farid jaga pompuan ni..jangan biar dia lari..Dato' dah janji nak bayar tinggi kita kalau tak terlepas sampai tarikh nikah dorang. Aku percayakan kau.." kata Johnny. "Ok...Janji bayar.." kata AD. "Aku tak mau kahwin dengan orang tua kerepot tu... hangpa paham bahasa dak ?? Dah la tua, miang,gemok.... aku tak mau la kawin dengan dia...lepaskan aku !!! Jangan sampai aku repot polis... !!! " Dayah menjerit dengan loghat Kedahnya. AD berkata " Eh, makcik...diam...!!! Jangan sampai aku selotape mulut kau. Bising tau tak ?? Tak payah nak loghat utara sangat kat sini. Buruk.. !! " Tolong aku.. -AD Tolong apa ? -Dayah Tolong diam..- AD. Pergaduhan itulah merapatkan mereka. Muncul Haikal kawan lama Dayah ketika menyambung belajar di Australia dulu. Dia menawarkan pekerjaan dan hatinya untuk Dayah. Aku tolong kau cari kerja sebab kau kawan aku Dayah. Ada lagi satu tempat kosong untuk kau kerja.. - Haikal. Dekat mana ? - Dayah Sini.. - Haikal menunjukkan hatinya. Apa kesudahan GT ?? Kena baca. :)
Tragedi Trauma by misshoneyauthor
misshoneyauthor
  • WpView
    Reads 3,347
  • WpVote
    Votes 419
  • WpPart
    Parts 12
"Kerana tragedi, aku trauma. "-Harys Tragedi kemalangan yang menimpa ke atas diri Harys pada satu tahun yang lalu telah menyebabkan kesan yang buruk terhadap fizikal dan mentalnya.Trauma. Rasa takut membelenggu dirinya setiap saat.Dia tertekan dengan suara yang menghantui bayangannya setiap hari. Ahnaf merupakan abang kepada Harys, dia sendiri buntu untuk mencari jalan demi adik lelakinya itu pulih sepenuhnya. Semua pakar perubatan telah dia bawa. Tapi, masih tiada tindak balas. Malah, semakin teruk pula keadaan Harys. "Har! Kenapa dengan kau ni hah!? Perlu ke nak bunuh diri macam ni!?Tak ingat dosa ke hah!? "- Ahnaf "Arh! Lepaskan aku !Pergi!Shhh!"-Harys Rasa sayang terhadap adik lelakinya itu terlalu besar. Dia sanggup perhabiskan waktu, wang dan segalanya,asalkan adiknya itu pulih dari trauma. "Saya cadangkan awak bawa,adik awak pergi bercuti ke tempat kesukaan dia. Mana tahu dengan cara ini, adik awak boleh pulih."-Ustaz Abdul Cadangan Ustaz Abdul diterima baik. Dia akan bawa adiknya itu pergi bercuti ke tempat kesukaannya dahulu. Mudah-mudahan dengan cara ini adiknya bakal pulih. "Kau ingat lagi tak rumah ni? Ni homestay family kita... Dulu kau selalu datang sini,kau kata kau tenang dekat sini. "-Ahnaf "Tak! Aku tak tenang! Aku nak balik! Aku tak nak duduk kat rumah ni! Rumah ni berhantu!"-Harys "Berhantu?Haish...Sudah-sudahlah tu merepek.Sejak kau bangun dari koma,kau tu hilang ingatan. Apa yang kau ingat tentang rumah ni? "-Ahnaf "Aku tak tipulah! " -Harys Berhantu? Jangan berharaplah Ahnaf akan percaya tentang hantu. Hantu pun dia tak percaya, apatah lagi nak takut. Tetapi adakah betul homestay milik keluarga Ahnaf dan Harys itu berhantu? Boleh percayakah kata-kata Harys yang tidak waras itu?