sabbyyyyynaaaa's Reading List
200 stories
THE REVENGE BEGINS [OG] by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 360,506
  • WpVote
    Votes 14,729
  • WpPart
    Parts 72
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan, manipulasi, serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
NADINE SOFEA by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 626,539
  • WpVote
    Votes 29,542
  • WpPart
    Parts 50
COMPLETED Nadine Sofea x Harlem Emmerson Nadine pendam cinta yang hadir sejak dulu demi menjaga hubungan yang digelar persahabatan. Bagi Nadine, lebih baik jika hubungan persahabatannya bersama Harlem kekal sampai bila-bila daripada dia harus kehilangan Harlem disebabkan perasaannya yang hanya bertepuk sebelah tangan. Kerana Nadine tahu Harlem hanya menyayangi dia atas dasar seorang sahabat dan tidak akan pernah lebih daripada itu. Perasaan cinta semakin diuji tatkala lelaki yang dicintai dalam diam rupanya mencintai orang lain. Tetapi kebahagiaan Harlem adalah segala-galanya buat Nadine. Jadi Nadine mengalah dan berharap masa bakal menghapus perasaan itu agar dia dapat mengecapi kebahagiaan sendiri. Dan tatkala itu juga dendam Harlem terhadap Nadine memusnahkan segala-galanya.
Elriq Alden: Her Obsessive Roses [COMPLETE] by aisyaadyy
aisyaadyy
  • WpView
    Reads 46,496
  • WpVote
    Votes 1,391
  • WpPart
    Parts 68
Elriq Alden - Seorang bekas mafia yang dingin yang sudah kembali ke jalan Allah. Dia merupakan anggota polis berpangkat Inspektor - Cinta dan kasihnya hanya untuk seorang gadis yang bernama Aisy Amanda Aisy Amanda -Seorang gadis yang penuh dengan kesabaran tetapi besar dugaan yang dia lalui di dunia ini. -Mempunyai trauma yang cukup membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap lelaki. -Bertemu dengan Elriq Alden yang membuatkan gadis ini mengenali semula apa itu erti cinta dan sayang yang ikhlas kerana Allah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui oleh mereka berdua. Adakah cinta mereka akan bersemi walaupun di antara 2 negara yang berbeza?
RAJA KADEEN by theestellaa
theestellaa
  • WpView
    Reads 2,991
  • WpVote
    Votes 38
  • WpPart
    Parts 2
Orang kata hidup bukan kebetulam tetapi takdir. Pertemuan pertama mereka menimbulkan rasa cinta dalam hati mereka. Namun, pertemuan tidak seindah orang lain dan berbeza kehidupan. Takdir mereka penuh luka lara, tetapi mereka rela dan terima, teruskan juga.Walaupun banyak rintangan. Si lelaki sederhana, si perempuan mewah. Mereka bagaikan langit dan bumi. "Aku ni Nelayan, tak sesuai untuk kau." "Tuhan dah takdirkan kita berjdodoh..." Itulah, bak kata orang kampung tidak sekufu. Tetapi si perempuan tidak kisah. Dua-dua tetap memperjuangkan dan memepertahankan. Dan apa pengakhiran kehidupan mereka? Bahagia? Atau menyerah? "Kapal yang dinaiki mereka dalam keadaan terbalik dan separuh tenggelam akibat di pukul ombak...dan maaf orang kampung tak jumpa mereka..."
Pencinta Setiamu © by reverielyn
reverielyn
  • WpView
    Reads 340,621
  • WpVote
    Votes 19,547
  • WpPart
    Parts 63
Sejarah hidup Almahayra Fateeha Sofeya membuatkan dia menjadi seorang gadis yang berdikari sehingga dia menganggap cinta bukanlah satu keperluan untuknya. Sehinggalah seorang lelaki bernama Nazmi Zahran cuba mengetuk pintu hatinya. "Saya ni degil orangnya. Kadang-kadang gila sikit. Kalau saya kata saya nak awak, maknanya saya nak awak juga. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Nazmi Zahran "Laa yeke. Saya pun keras kepala orangnya. Kadang-kadang baran sikit. Kalau saya kata saya tak nak, maknanya saya tetap tak nak. Almaklumlah, anak kedua lah katakan" - Almahayra Fateeha Sofeya "Cantik! Maknanya kita ada banyak persamaan. Okey, jom kahwin" - Nazmi Zahran "Wah! Mudahnya awak ajak perempuan kahwin. Kalau awak nak cari doktor psikatri untuk rawat penyakit gila awak tu, saya bukan orangnya. Sila cari dekat portal cari jodoh, tak pun dekat hospital. Dah, jangan kacau saya. Saya nak makan" - Almahayra Fateeha Sofeya Semenjak dari pertemuan pertama mereka, Nazmi mula tertarik pada gadis yang baru dia temui. Bermacam-macam cara yang dia lakukan untuk menambat hati si gadis. "Awak kerja apa ya?" - Almahayra Fateeha Sofeya "Kenapa awak tanya?" - Nazmi Zahran "Tak ada apa. Saya cuma nak bagitahu bos awak yang awak selalu curi tulang" - Almahayra Fateeha Sofeya "Eh, saya tak curi tulang. Saya hanya curi hati awak je" - Nazmi Zahran Published : *FEBRUARY 2025*
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 540,343
  • WpVote
    Votes 3,324
  • WpPart
    Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
Bukan Aku Tak Cinta by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 620,416
  • WpVote
    Votes 17,946
  • WpPart
    Parts 63
Bila mulut gagal mengatakan namun mata membicarakan segalanya - Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Saya tahu Tuan Nuf masih tak dapat lupakan bekas tunang Tuan Nuf tapi ini bukan caranya. Saya masih ada masa yang panjang lagi untuk saya terokai. Memanglah saya nak kahwin dan itu adalah impian saya tapi bukan dengan cara ini dan bukannya dengan Tuan Nuf. Yes, I admitted Tuan Nuf ni kacak tapi saya tak suka Tuan Nuf." "Tihani, cuma kau saja yang dapat bantu aku dan cuma kau saja perempuan yang aku percaya dekat dunia ni." Akan hadirkah bahagia buat kami berdua? "Kenapa awak nak pertahankan perkahwinan tanpa cinta ni? Kalau dari awal lagi awak masih cintakan Maya kenapa awak kahwin dengan saya, Nuf?" "Minggu depan aku akan kahwin dengan Maya dan aku nak kau saksikan perkahwinan aku bersama Maya." Adakah kata-kata cinta Nuf lontarkan pada aku dusta semata-mata?
HANYA DIRIMU by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 24,431
  • WpVote
    Votes 2,851
  • WpPart
    Parts 9
5th story 💜 Spin off Ternyata Hanya Dia Agen pencari jodoh cilik, Tengku Amanda sekali lagi memainkan peranannya apabila kali ini dia bawakan jodoh untuk bondasu pula. Calon ayahsu yang bagaikan turun dari langit itu membuatkan bondasu Amanda yang sudah malas memikirkan soal perkahwinan, terkedu. Pertemuan demi pertemuan bagaikan ada magnet yang membuatkan mereka saling tertarik. Namun, ironinya... Perhubungan yang bermula disebabkan kerenah comel seorang kanak-kanak, terpaksa berakhir demi kepentingan seorang kanak-kanak... "Nampaknya, you tak sayangkan I seperti mana I sayangkan you..." - Syed Irsyad "I do love you, Irsyad. But... He needs you more than I do." - Tengku Syafa Jadi, apa pengakhirannya kisah mereka? Adakah akan seindah Nurina Amani dan Tengku Harraz Iskandar atau sebaliknya?
Dia Bukan Milikku by TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    Reads 64,361
  • WpVote
    Votes 3,094
  • WpPart
    Parts 48
Mencintai tanpa harus dicintai, Mencintai tanpa harus dimiliki. Bahtera perkahwinan milik Nur Raisya dan Faiz Daniel akhirnya membuatkan Nur Raisya tersungkur ke tanah apabila suaminya itu mengaku yang dirinya itu hanya dipergunakan untuk move on dari cinta lamanya. Ibarat menjadi orang ketiga dalam percintaan mereka akhirnya Nur Raisya memilih untuk mengundurkan diri. Hadir pula kekasih lamanya yang cuba menawan hatinya kembali. Dapatkah Nur Raisya kembali mencintai atau terus menerus mencintai tanpa dicintai ?
CDTM 2 by Qaynyy
Qaynyy
  • WpView
    Reads 49,923
  • WpVote
    Votes 4,123
  • WpPart
    Parts 40
Seronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan Muda serta Pereka Fesyen yang terkenal. Dikurniakan 2 cahaya mata kembar Lut Zaheen dan Lutfi Radeen yang menambahkan lagi perisa manis dalam kehidupannya. " Ayang!! Kita dah lambat nak pergi kerja ni.. " - Zahra. " Sabarlah baby..aku tengah berak ni. " - Azka Atif Namun setelah kemunculan Fahim dan Ain, rumah tangga mereka mula menjadi goyah. " Apahal si babun ni buat kat sini? " - Leo " Aku syak dia nak goda si strok, sebab tu dia tayang epal dia. - Ayyan. " Tak,tak...kenapa dia bangkitkan Yazis?! " - Shah Ain yang muncul dengan meraih simpati pada si dungu untuk merebut takhta Puan Muda dan Fahim pula masih menyimpan perasaan dendam pada keluarga Mation. " Kenapa kau mesti jumpa dengan dia?! Kau tahukan dia suka kat kau?! " - Azka Atif " Dia ada hal dengan mak..dan awak! Kenapa mesti berjumpa dengan Ain tanpa pengetahuan saya?! " - Zahra. Dapatkah Cik Dungu dan Tuan Muda selamatkan rumah tangga mereka? Ataupun mereka lebih kepada menyerah pada takdir? 📍 PASTIKAN INI KHAS UNTUK PEMBACA YANG DAH BESAR 📍 SAMBUNGAN DARI CIK DUNGU DAN TUAN MUDA DAN INI ADALAH CIK DUNGU DAN TUAN MUDA SIRI KEDUA 📍PASTIKAN BACA YANG SIRI PERTAMA DAHULU SUPAYA TAK ADA BERLAKU SALAH FAHAM ATAUPUN KELOYAAN UNTUK MEMAHAMI JALAN CERITA. 📍 KESALAHAN EJAAN ATAUPUN KESALAHAN TATABAHASA ATAUPUN GRAMMAR ATAUPUN PENGGUNAAN ENGLISH ALA² TADIKA, HARAP DIMAAFKAN SEBAB MOMMY TAK SEMPAT HABISKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DAN DICTIONARY ENG-MALAY HAK CIPTA @Qaynyy Ok bye!