[sad ending]
15 stories
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 209,750
  • WpVote
    Votes 13,859
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
Menunggu Kamu ✔ by tuliphire
tuliphire
  • WpView
    Reads 613,480
  • WpVote
    Votes 21,301
  • WpPart
    Parts 43
Book Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu mengahwini Iris tetapi ibu bapa Harris menolak gadis itu untuk dijadikan menantu. Disebabkan perasaan cinta yang kuat, Harris tetap menjadikan Iris sebagai isteri walaupun tanpa restu keluarganya. Ingatan Harris hilang kerana kemalangan yang menimpanya. Dia tidak ingat siapa isterinya. Siapa wanita yang dikahwini. "Saya isteri awak. Tolong ingat" - Iris Izzliyana "Jangan menipulah! Aku belum kahwin. Pergi berambus" - Harris Affan Dapatkah Iris bertahan apabila suami yang dicintai tidak mengenali dirinya?
Sekeping Hati Yang Terluka by wannabeyy
wannabeyy
  • WpView
    Reads 1,628,677
  • WpVote
    Votes 64,477
  • WpPart
    Parts 58
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah yang selalu melebihkan adik-beradik yang lain berbanding dirinya. Berkahwin dengan Razif Amirul bukanlah sesuatu yang dia mahukan bahkan dia tak pernah jangka. Dia cuma mahu menolong lelaki itu mendapatkan saham syarikat milik keluarga Razif. Tempoh perkahwinan mereka hanya dua bulan sebelum dia bakal bergelar janda. Ada sebabnya, kenapa dia terlalu ingin menolong Razif. Pastinya kerana lelaki itu merupakan crushnya sejak di bangku sekolah menengah. " Aku tak kisah asalkan dia bahagia walaupun bukan dengan aku. " Arisya Delina. Mampukah sekeping hati ini menahan luka perit yang ditoreh? start ; 4 Oct 2018 end ; 1 Jan 2019
Hanya Rindu ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 68,743
  • WpVote
    Votes 6,289
  • WpPart
    Parts 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. -------- "Kau marah aku lagi ke?" "Kau expect apa?" Ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sahabatnya di sisi, dibiarkan bertahun-tahun tanpa sebarang komunikasi. Hanya kenangan yang menjadi titik melepaskan rindu pada dia yang tidak punya hati. "Aku minta maaf, ada sebab aku pergi tinggalkan kau, Amna." Atas sebab apa dia perlakukannya begini? Setelah bertahun-tahun ditinggalkan, lelaki itu kembali hadir dengan pohonan tersebut? Minta maaf? Bukan semudah ABC untuk Amna memaafkan. "Menutup aurat ni wajib, Amna. Saat Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita." Akhirnya hubungan persahabatan kembali pulih seperti sedia kala. Orang yang tidak mengenali mereka pasti sudah memandang Amna dan Qaayed ibarat pasangan kekasih. Rapat lain macam! Qaayed, dia telah banyak memberi ilmu dan nasihat serta teguran yang mendatangkan faedah kepada Amna. Nasihat-nasihat yang Amna akan ingat sampai bila-bila. "Happy birthday in advance, Amna!" Dan kau tipu, Qaayed. Kau tipu... Kau tipu untuk kesekian kalinya. --------- beautiful cover by @azleyanaaa
Kita Bukan Satu © by fartiraz
fartiraz
  • WpView
    Reads 4,898
  • WpVote
    Votes 753
  • WpPart
    Parts 13
2022 "Jagakan dia untuk aku ya?" [Kisah dua orang manusia yang disampaikan melalui orang ke tiga. Tiga sekawan yang kini berdua akibat takdir yang tidak berpaksi kepada kebahagiaan.] Romance short story mula: 9 June 2022 Tamat: 10 june 2022 ©Fartiraz
Cinta Mati : Diary of Love © by akyelrahim
akyelrahim
  • WpView
    Reads 69,537
  • WpVote
    Votes 5,954
  • WpPart
    Parts 13
Tuhan...benar aku cinta dia, sampai mati. A sad romance by -Akyelrahim-
Dia Faliq Rayyan √ by ms_nbh
ms_nbh
  • WpView
    Reads 710,782
  • WpVote
    Votes 36,747
  • WpPart
    Parts 45
[ 𝑐𝑜𝑚𝑝𝑙𝑒𝑡𝑒 ] 𝙺𝙰𝚁𝚈𝙰 𝙿𝙴𝚁𝚃𝙰𝙼𝙰 Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara mereka semakin megah tetapi kerana satu tragedi , terhapus segala - galanya . " Awak kejam , Faliq . KEJAM ! " - Mia Qalisha Kalau kita ditakdirkan sebagai jodoh , dengan izin Allah Kita akan bertemu semula . kalau kita tidak ditakdirkan sebagai jodoh , aku harap kau bahagia bersama dia . "Maafkan saya Mia , saya tak patut buat awak macam tu dulu " - Faliq Rayyan Mampukah Faliq Rayyan menawan hati Mia Qalisha semula atau sebaliknya ? Biar takdir menentukan kita bersama Dia Faliq Rayyan ___________________________________________
9. Failing In Love by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 36,041
  • WpVote
    Votes 2,456
  • WpPart
    Parts 39
Dari jiran kepada boyfriend. Dari boyfriend kepada ex-boyfriend. Kemudian menjadi kawan baik. Avvyana bersama dengan Ruben bersebab. Selepas mereka putus, Avvyana ada hati dengan crush dia. Ruben tak nak Avvyana bersama dengan crush gadis itu. Tapi dia tolong Avvyana dapatkan jugak. Dalam masa yang sama Adriel tak sukakan Avyana. Tapi lelaki tu tunjuk sikap possessive dia terhadap Avvyana. Ruben dalam diam cuba pujuk Avvyana get back semula dengan dia. Adriel pula dengan sikap benci dia pada Adriel sampai ke akhirnya. Dapat ke Avvyana kejar cinta crush dia atau pilih Ruben sebagai pilihan hatinya? April 2020
 HAIDER LUTHFAN || TERBIT by thelifeof_rene
thelifeof_rene
  • WpView
    Reads 7,298,092
  • WpVote
    Votes 56,755
  • WpPart
    Parts 12
[COMPLETED] "Tugas saya sebagai isteri awak dah selesai. Selamat tinggal Haider Luthfan." Larayne Xaviera x Haider Luthfan All rights reserved by thelifeof_rene Start:Januari 2022 End : Mac 2022 ⚠️Emosi Berat! ⚠️Read at your own risk!
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,530,023
  • WpVote
    Votes 256,974
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.