MahiraIraa4's Reading List
130 stories
TAKDIR KITA ARUMI ANAQI | UNPUB by aelmyrae
aelmyrae
  • WpView
    Reads 1,636
  • WpVote
    Votes 31
  • WpPart
    Parts 3
Slow Update #01 TAKDIR KITA: ARUMI ANAQI Mula: 16.05.26 Tamat:
Until Tomorrow by roseoudmemoir
roseoudmemoir
  • WpView
    Reads 43,928
  • WpVote
    Votes 3,162
  • WpPart
    Parts 62
Orbiter - Noah Kahan (unedited) HAZERI ELYAS || ADRIELLE ALAYA [1st romance | Childhood to Lovers] Ada pertemuan yang mengubah hidup. Ada juga perpisahan yang mengubah hati. Hazeri Elyas tidak pernah menyangka bahawa takdir akan mempertemukannya semula dengan Adrielle Alaya selepas bertahun-tahun. Namun, untuk kembali kepada satu sama lain, mereka terpaksa berhadapan dengan luka yang belum pernah benar-benar sembuh. Kerana sesetengah cinta tidak pernah hilang, cuma menunggu waktu untuk ditemui semula. pretty cover by @pplyoumayknow ♡ ⚠️ cringe dialogues ⚠️ typos and grammatical mistakes start : 10.07.26 end : 02.09.26
𝐇𝐢𝐝𝐝𝐞𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞 (OG) by Lynnesandra
Lynnesandra
  • WpView
    Reads 4,041
  • WpVote
    Votes 287
  • WpPart
    Parts 35
Zul Adhwa Zuhayr | Farah Thalia Pertemuan pertama di Tanah Suci menjentik hati seorang Farah Thalia. Pertemuan yang akan membuka pintu hatinya, tapi hampa apabila pertemuan yang manis menjadi duka dalam hidupnya. " Ke mana kau hilang selamani Thalia? Kenapa kau buat aku macam ni? " Zul Adhwa Zuhayr yang tidak pernah kisah akan perasaan seorang wanita. Munculnya Farah Thalia dalam hidupnya merubah segala nya. Hati yang dahulu terkatup rapi kini sentiasa terbuka buat kekasih hati nya. " Apa lagi yang kau nak dari aku Adhwa? Tak cukup ke dengan apa yang kau dah buat? Kau pergunakan aku untuk kepentingan kau sendiri! " Dahulu seorang wanita yang bersifat periang, lemah lembut kini bertukar menjadi kasar. Farah Thalia yang dahulu bukan lah yang sekarang. Kehilangan Thalia menyedarkan Adhwa. Adhwa yang cuba menggambil semula hati Thalia cuba menunjukkan bahawa dia bukan lah seperti Adhwa yang Thalia kenal dahulu. Kini dia sudah berubah, berubah untuk orang yang dia sayang. Farah Thalia. Mampukah Adhwa menambat semula hati Thalia yang sudah tawar. " Aku tak layak untuk kau, Aku tak sempurna Adhwa. Tak akan ada satu pun lelaki dalam dunia ni yang akan terima kekurangan aku. "
TERLUKIS INDAH : THREE YEARS OF SORROW. by celestialunee
celestialunee
  • WpView
    Reads 9,461
  • WpVote
    Votes 1,131
  • WpPart
    Parts 16
Tiga tahun tanpa Lea.
+10 more
C  | ZAYN'S heartless ALANA  by ainasofiae
ainasofiae
  • WpView
    Reads 53,763
  • WpVote
    Votes 2,402
  • WpPart
    Parts 39
"Kau dah kembali. Tapi sayang, Alana yang dulu dah lama mati." Lapan tahun lepas, dia pergi tanpa kata. Meninggalkan sebaris janji manis berbaur racun dan sekeping hati yang hancur berkecai di stesen bas usang sepi selepas hujan lebat. Hari ini, dia muncul semula. Tetapi bukan lagi sebagai budak lelaki ber-hoodie lusuh yang gemar mengusik di perpustakaan sekolah. Lelaki itu kini berdiri tegak sebagai seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) jutawan di Zahiran Holdings yang digeruni ramai-angkuh, dingin, dan bermata helang. Manakala Alana? Hanya seorang staf pentadbiran biasa di tingkat 15 yang duduk di dalam kubikel sempit, langsung tidak sekufu untuk memandang setinggi tempat lelaki itu merajai takhta. Alana tekad membenteng egonya. Jarak antara bos besar dan pekerja bawahan tidak akan sesekali dilampaui. Namun, skrip takdir memang suka bergurau. Di sebalik topeng beku seorang singa korporat yang menakutkan staf pejabat, rupa-rupanya ada sisi gurauan miang bersahaja yang sengaja dilepaskan khas untuk menguji pertahanan dada Alana. Mampukah Alana mempertahankan egonya apabila badai darjat kembali melanda? Atau adakah rahsia di sebalik hujan London lapan tahun lepas akan meruntuhkan semula tembok benci menjadi sebuah kemenangan cinta yang mutlak?
𝐌𝐘 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐄𝐂𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 |  by sofiaa1305
sofiaa1305
  • WpView
    Reads 462
  • WpVote
    Votes 69
  • WpPart
    Parts 9
📖 | 𝐌𝐘 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐄𝐂𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 Gabrielle Claire dibuang oleh ibu bapa kandung sejak kecil. Dia menyangka nasibnya berubah baik apabila diambil menjadi anak angkat, tetapi hakikatnya dia hanya dijadikan hamba dan pembantu rumah, hidup penuh penghinaan dan penderitaan. Tengku Daniel Louis Nathaniel - CEO LOUIS HOLDING yang mempunyai 8 cawangan di luar negara, anak tunggal, berhati beku dan bergelar duda. Di sebalik rupa bangsawannya yang berdarah campuran Jerman-Itali, dia menyembunyikan identiti sebenar sebagai ketua mutlak HOLY EMPIRE - lelaki yang kejam, berkuasa dan penuh kisah gelap. Dua dunia yang jauh berbeza akhirnya bertemu. Dia yang pernah dianggap sampah, kini menjadi milik mutlak lelaki paling berkuasa dan berbahaya itu - Isteri kepada Tengku Daniel. Namun kebahagiaan tidak kekal lama. Masa lalu kembali menghantui, fitnah mula berleluasa, dan rahsia besar di sebalik HOLY EMPIRE terbongkar... ""If anyone touches mine and my wife, I will not let that person go. You touch mine, I will kill that person with my own hands"- TENGKU DANIEL LOUIS NATHANIEL. (HOLY EMPIRE) - Apakah rahsia di sebalik nama itu? Saksikanlah!!
Emir's Elara [COMPLETED] by Amoreizaababy
Amoreizaababy
  • WpView
    Reads 113,217
  • WpVote
    Votes 5,329
  • WpPart
    Parts 59
Dato Emir Uzair ialah seorang usahawan terkemuka di Malaysia. Pada usia yang hampir mencecah empat puluh tahun, lelaki itu telah melalui pelbagai pengalaman dalam dunia perniagaan. Namun, satu malam telah mengubah segalanya apabila dia bertemu dengan seorang gadis bernama Elara Hania teman wanita kepada adik kandungnya sendiri, Haider. Sejak pertemuan itu, bayangan Elara mula menghuni fikirannya. Namun dia memilih untuk meredakan perasaan tersebut kerana percaya gadis itu bakal menjadi adik iparnya. Elara Hania, 25 tahun, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada insan yang paling rapat dengannya Haider, lelaki yang dicintainya, dan Alana, sahabat yang dianggap seperti saudara sendiri. Namun, kepercayaan itu musnah apabila kedua-duanya mengkhianatinya. Sejak hari itu, hatinya terluka dan sukar untuk mempercayai sesiapa lagi. "Be my wife, Elara. Let me love you the way you've always deserved." -Dato Emir Uzair Di saat hidupnya hancur, Dato Emir hadir menghulurkan tangan dan memperisterikannya. Segala-galanya berlaku terlalu pantas sehingga Elara sendiri tidak sempat memahami takdir yang sedang mengubah hidupnya. "Terima kasih sebab faham saya, Dato. Maafkan saya sebab semua ini berlaku terlalu cepat... tapi saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Dato."-Elara Hania Tatkala kebahagiaan mula menghiasi rumah tangga mereka, dendam Alana terhadap Elara semakin membara. Satu demi satu ujian datang menguji cinta yang baru berputik. Lebih mengejutkan apabila seseorang daripada masa lalu Dato Emir kembali muncul, membawa bersama rahsia yang selama ini tersimpan rapi. Mampukah Dato Emir melindungi wanita yang kini menjadi dunianya? Atau adakah masa lalu akan merampas kebahagiaan yang akhirnya mereka miliki? ----- Cerita ini juga 100% hasil dari imaginasi saya. Jikalau ada jalan cerita dan watak yang sama saya minta maaf. Start date: 28/5/2026 End date: 6/8/2026 (Sila lah baca, saya pastikan cerita ini akan sampai pada hati para pembaca ❤️)
Zev's Secretary Wife by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 21,846
  • WpVote
    Votes 932
  • WpPart
    Parts 57
4th Book | PANDORA Series | Zev Dominic & Seraphine Hilda | Zev Dominic, lelaki nakal yang menjadi kegilaan ramai wanita, namun dia bukanlah seorang playboy. Dia cuma tahu memikat dengan cara yang terlalu semula jadi. Namun sejak remaja, hanya satu wanita yang benar-benar mencuri hatinya. Seraphine Hilda, setiausaha ayahnya. Berbeza usia tidak pernah mematahkan semangat Zev. Walaupun sering di-'brother-zoned', dia tetap setia mengejar. Dan akhirnya, Seraphine menjadi isterinya. Rumah tangga mereka tampak sempurna sehinggalah Zev mula perasan sesuatu yang Seraphine sembunyikan. Setiap kali dia bertanya, Seraphine licik mengalihkan perhatian dengan senyuman lembut dan masakan kegemarannya. Kecurigaan Zev memuncak apabila dia terserempak dengan Seraphine di sebuah acara besar, melakukan sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan daripada wanita yang dicintainya. "Tak sangka pelakunya isteri saya sendiri." - Zev "Sebab tu awak tak perlu cari apa yang tak perlu awak tahu, sayang." - Seraphine Cinta Zev sepatutnya mudah. Tetapi kini, lelaki itu terpaksa berdepan kenyataan pahit. Wanita yang dia peluk setiap malam mungkin adalah musuh yang paling berbahaya dalam hidupnya.
THE ROYAL BRIDE [EBOOK] by th3magician
th3magician
  • WpView
    Reads 2,233
  • WpVote
    Votes 189
  • WpPart
    Parts 10
SPIN OFF THE RUNAWAY BRIDE
My Forever, My Tengku Aqzariel [C] [REVAMP] by misswanzz
misswanzz
  • WpView
    Reads 47,613
  • WpVote
    Votes 2,920
  • WpPart
    Parts 86
⚠️ Trigger Warning : Mengandungi babak-babak saspens-thriller yang melibatkan keganasan fizikal,trauma, penderitaan mental watak .. Dua jiwa dari dunia yang berbeza, dipertemukan oleh takdir.. Raissa Elverra... seorang peguam ternama, tegas dan tajam tutur katanya. Tengku Aqzariel Rendra.. lelaki dingin yang hidupnya dipenuhi darah dan medan peperangan. Pertemuan pertama mereka bukan takdir yang indah... Namun anehnya, takdir seakan tidak pernah berhenti menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang, dalam situasi yang tidak diingini... hingga akhirnya, terjalin satu ikatan yang sukar dilepaskan. Di sebalik ketegasan Raissa, tersembunyi luka lama yang tidak pernah sembuh. Trauma yang membelenggu, membuatkan hatinya tertutup rapat. Dan tanpa disedari, Tengku Aqzariel lelaki yang tidak pernah kenal erti takut mula menjadi pelindung kepada hati yang rapuh itu. Namun, untuk kali pertama dalam hidupnya... Aqzariel tewas. Bukan di medan perang, tetapi pada seorang wanita yang kelihatan kuat, namun hancur dalam diam. Di persimpangan antara tanggungjawab dan perasaan, antara perjuangan tanah air dan perjuangan hati... Aqzariel memilih satu jalan yang ditentukan Ilahi. Kerana bagi dirinya wanita itu bukan sekadar cinta. Dia adalah anugerah terindah yang tidak pernah dia pinta, namun paling dia syukuri. "I will guard you until my last breath... even if loving you destroys me." Namun perjalanan mereka tidak pernah mudah. Satu demi satu rahsia terbongkar, Satu demi satu luka kembali berdarah. Mampukah Aqzariel terus menjadi pelindung...atau akhirnya dia juga akan tewas, bersama cinta yang tidak pernah sempat sembuh?