nayydralie
- Reads 12,582
- Votes 247
- Parts 8
Hayder Khair X Elnaura Ellysa
Elnaura Ellysa bukan sekadar cantik dia mempunyai mata central heterochromia yang unik. Dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang, hidupnya sentiasa bahagia dan teratur. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Hayder Khair, lelaki dingin dan tegas yang tidak pernah tunduk kepada sesiapa.
Hayder pula sudah lama tidak percaya pada cinta selepas dikhianati oleh cinta pertamanya ketika belajar di luar negara. Baginya, hidup hanyalah tentang logik, strategi dan kuasa. Namun kehadiran Elnaura mengubah segalanya.
Pertemuan pertama mereka tidak berjalan lancar. Mulut yang tajam dan ego yang tinggi membuatkan mereka sering bertelagah.
"Kalau kau dah tahu diri kau tu pendek, minta bantuan orang lain. Mulut tu jangan berat sangat, bodoh sombong. Nasib tak berkecai kepala kau tadi." - Hayder Khair
"Kalau tak ikhlas nak tolong orang, lebih baik tak payah. Dengan topi dan hoodie tu, ingat K-pop idol?" - Elnaura Ellysa
Elnaura berharap dia tidak akan bertemu lagi dengan lelaki yang digelarnya "lelaki susu pekat", namun takdir berkata sebaliknya.
Tanpa sedar, mereka berkahwin bukan kerana cinta, tetapi kerana keadaan yang memaksa. Walaupun begitu, ada perasaan yang perlahan-lahan tumbuh di antara mereka.
Hayder mula melihat sisi Elnaura yang sentiasa ceria, lembut dan ikhlas. Sikapnya yang sederhana sedikit demi sedikit mencairkan hati lelaki itu.
Elnaura pula mula menyedari bahawa di sebalik sifat dingin Hayder, tersembunyi seorang lelaki yang sangat setia dan sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang dicintainya.
Namun kebahagiaan mereka tidak disenangi semua orang. Dendam lama, rasa cemburu dan rahsia yang tidak pernah benar-benar terkubur mula muncul semula.
Cinta mereka diuji antara ego dan kemaafan, antara takut kehilangan dan keberanian untuk terus menggenggam.
Akhirnya, mereka harus memilih sama ada untuk saling menjatuhkan atau saling menyembuhkan.