sumayyahzubir's Reading List
20 stories
[C] Kau VS Aku by Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Reads 2,827,754
  • WpVote
    Votes 91,063
  • WpPart
    Parts 38
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah disebabkan perkara yang sangat remeh! Pergaduhan itu satu kebiasaan. Tapi kebiasaan itulah yang menjadikan mereka rapat tanpa sedar. Hati pula disentuh oleh satu perasaan aneh. Kata orang, jangan terlalu membenci. Kerana kau akan kalah dengan cinta. Adakah itu yang akan terjadi kepada mereka? Mungkin YA... atau mungkin TIDAK. Kerana masih ada pendengki... dan penghancur cinta! ***CERITA INI MENGANDUNGI UNSUR 'CRINGE', KARUTAN DAN KEKURANGAN. JADI KURANGKAN EKSPEKTASI YANG TINGGI C O M P L E T E : 18 DEC 2017 H A K C I P T A T E R P E L I H A R A Kau COPY kau BANGANG Best Achievement : [ Pemenang Wattys2017 ] [ Wattpad Special Pick ] #10 in Teen Fiction #8 in Teen Fiction #7 in Teen Fiction #5 in Teen Fiction #4 in Teen Fiction #3 in Teen Fiction #2 in Teen Fiction #1 in Teen Fiction
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] by viepixxa
viepixxa
  • WpView
    Reads 2,227,828
  • WpVote
    Votes 32,440
  • WpPart
    Parts 10
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa
Kau Lupa Janji [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 640,924
  • WpVote
    Votes 20,895
  • WpPart
    Parts 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa. APRIL ISABELLE Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan. "Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!" "Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!" Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan. "Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..." "Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia. Atau... Sesuatu terjadi pada wanita itu? "I Hanania, tunang Qays Jareed" "Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." "Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" "Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" "Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" __________________ Aku selalu memikirkan masa depan, Antara kita berdua hidup bersama, Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati, Kau pintaku memutuskan perhubungan. Mudahnya, kau lupa pada janji... Kau lupa janji.
Ketua Pengawas tu tunang aku!! by FasyaRamli
FasyaRamli
  • WpView
    Reads 16,988
  • WpVote
    Votes 717
  • WpPart
    Parts 2
Kau jangan fikir aku tunang sebab kau,semua sebab ibu ayah aku-Tengku Hazreen Aku tak paksa untuk suka aku-Nurul Fasya Nabila Kau akan jatuh ke tangan aku jua Hazreen-Tengku Najwa
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜��𝗡𝗧𝗔 by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 2,412,919
  • WpVote
    Votes 64,231
  • WpPart
    Parts 60
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih atas kematian Ezzara tidak mungkin akan menyentuh wanita lain walaupun itu adalah haknya sebagai seorang suami. Baginya, Alya tidak patut diperlakukan seperti pelacur yang disentuh atas dasar nafsu semata mata. Namun, apabila sudah tinggal sebilik dan tidur sekatil, cinta pasti berputik jua. Aydan mula melayani isteri selayaknya namun hal tak terduga terjadi menyebabkan si isteri terluka. Atas desakan papanya, Aydan membawa Alya berbulan madu dan sekaligus mengambil peluang tersebut untuk memujuk si isteri. Rumahtangga yang dibina baru menjejak bahagia, hadir pula sebuah kebenaran. Karlisa yang menyimpan dendam kerana Aydan menolak cintanya bertekad untuk menghuru harakan hidup Aydan. Ezzara telah lama dibunuh namun dia masih gagal mendapatkan lelaki itu jadi, dia merencanakan sesuatu yang baru. Isyahani yang tidak sengaja mendengar rencana jahatnya itu diugut dan dibunuh tanpa belas kasihan. Tidak cukup itu, Alya dan bayinya yang baru beberapa minggu di dalam kandungan turut menjadi mangsa Karlisa. Aydan kesal. Dia bangkit dari kisah sadisnya dan menukarkannya kepada kisah kejam. Dia dan adik-ii nya berpakat. Karlisa harus menerima hukuman bagi segala perbuatan kejamnya. ⚠️ 2018 copyright
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,297,900
  • WpVote
    Votes 100,557
  • WpPart
    Parts 55
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka saling terikat. Daripada perkenalan yang singkat itu mulai hadir bunga-bunga cinta di dalam hati Hawa dan Muhammad tanpa mereka sedari. Adam. Dia... Lelaki yang amat tergila-gilakan gadis itu sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu sahaja cara yang mampu untuk dia mengikat Hawa dengannya. Kerana, tiada lelaki lain yang mampu menerima Hawa seadanya, melainkan dirinya sahaja. "Adam hanya tercipta untuk Hawa." Hanya kerana satu malam... Mengubah jalan cerita ini kepada Kekasih Bayangan. . . . "Bidadariku, Hawa Arlani..." "Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu." start : 13 October 2020 end : 17 June 2021
+10 more
KEKASIH BAYANGAN by nisazalika
nisazalika
  • WpView
    Reads 2,225
  • WpVote
    Votes 28
  • WpPart
    Parts 17
[Completed] Siapa cakap lepas putus tak boleh berbaik semula, mesti nak benci-benci? Tapi kalau dah terlalu rapat, mungkinkah perasaan cinta yang lalu datang kembali? Kisah yang menceritakan tentang Ayie yang frust menonggeng dan akhirnya memutuskan untuk ber'baik' semula dengan bekas teman wanitanya, Aleena yang sedang serabut dengan satu masalah yang besar; dikejar oleh crush si bff nya!
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,667,701
  • WpVote
    Votes 178,804
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?
Puteri Dhia: Untuk Aisar by sarahdianamarcella
sarahdianamarcella
  • WpView
    Reads 1,025,507
  • WpVote
    Votes 42,130
  • WpPart
    Parts 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya sekelip mata berubah apabila dia bertemu dengan si dia. Tengku Puteri Dhia Aralyn Puteri Kerajaan Negeri Treez. Tetapi dia bertingkah seolah bukan puteri. Sejak dari kecil dia sering dimomokkan bahawa dia aneh, dan tidak punya rupa. Malah pekerjaannya sebagai seorang doktor langsung tidak menggambarkan dia sebagai puteri raja. Tiada siapa yang mengetahui bahawa Treez mempunyai seorang puteri yang cantik. Namun keduanya bertemu dalam situasi tidak dijangka. Sang Putera jatuh cinta, tetapi si Puteri bertindak lari. Sang Putera mencari empunya puteri, si Puteri menyembunyikan diri. Sang Putera dingin ais beku, si Puteri pula nakal berbatu batu. Namun keduanya diuji dengan pelbagai dugaan hingga akhirnya si Puteri nekad meninggalkan sang Putera. Sang Putera rela membuang takhta demi mencari si kekasih hati. Bagaimana kisah keduanya? Love- Yes Cliche- No Royal story tetapi bukan sebarang royal story. Its royal story moden. Tiada istilah klasik klasik digunakan. Juga pelbagai istilah perubatan digunakan. Jika tak pasti, boleh google atau dm author. Harsh word may include. Apologize if this book is not for your type. Start- 2 July 2023 End- 2 Sept 2023 Cover by @sofiah91. Thanks a lot to her..