Baca
13 stories
DINDA JANGAN MARAH-MARAH (COMPLETED) by NovelisNuriffa
NovelisNuriffa
  • WpView
    Reads 35,136
  • WpVote
    Votes 1,900
  • WpPart
    Parts 19
Bacaan untuk habiskan masa lapang di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kisah tentang Jaan aka Cik Singa dan Firas aka Mamat Lif. Bertemu tidak dirancang, tetapi jodoh kuat menyatukan. Dalam gaduh ada sayang. Bila masing-masing dah angau bercinta, dinda garang pun kanda sayang!
Istimewanya Dia by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 1,449
  • WpVote
    Votes 42
  • WpPart
    Parts 8
Sebuah kisah masyarakat yang mengetengahkan kasih sayang antara seorang abang dan adik yang istimewa. Bersulamkan cinta dan kasih seorang gadis terhadap mereka. InsyaaAllah, Istimewanya Dia akan berada di pasaran dalam bulan Ogos 2017 nanti. Dah boleh pre- order melalui Intens ya. Harga RM 27 SM RM 30 SS Tq 4 your support!😘
Hello, Doctor! - Terbitan Jun 2020/Aksara Emas by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 6,794
  • WpVote
    Votes 399
  • WpPart
    Parts 17
Antara cinta dan tanggungjawab, mereka tahu di mana letaknya batu sempadan! Ini kisah mereka, TMJ-Iris-Rentap. "Siapa pun mereka... berpengaruh atau tidak. Maerhan atau elit, apabila mereka sudah terlantar di atas meja pembedahan,tugas kita adalah cuba menyelamatkan mereka!" - TMJ Ini bukan sebarang kisah cinta. Kisah mereka juga bukan cerita cinta lokasi. "Suka hati dia aje 'cilok' kopi aku! Tu tak lain tengah minum kopi guna cawan akulah tu!" - Iris Sahabat, tidak bisa diganti sebarangan. Tidak semua orang boleh bergelar sahabat baik Iris seperti pemuda Iban itu. "Seluruh Sarawak ni bersamaan dengan Semenanjung Malaysia. Masih banyak lagi kawasan yang tidak dibangunkan. Bukan kata jalan tar, bekalan api air pun masih ada yang belum menikmatinya. Bukannya penduduk di sini orang hulu benar, tetapi kemudahan itu yang belum sampai kepada mereka." - Rentap Apakah cinta itu akan membuang sebuah persahabatan? Perlukah persahabatan itu diperjuangkan seiring dengan rasa cinta di hati mereka?
Menantu Edisi Terhad - Terbitan Jun 2020/Aksara Emas by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 23,763
  • WpVote
    Votes 1,083
  • WpPart
    Parts 15
Mula menulis: 27hb Mei 2017 Terhenti seketika memberi laluan BDear mencapai kata TAMAT. Sekarang kita sambung semula untuk manuskrip lengkapnya. Bersuamikan kepada Umar Mahfuz amat mudah kehidupan bagi seorang Lutfiah Safwa. Yang payahnya bila menjadi menantu kepada Mak Siti. Andai dia mahu menyindir, mulutnya menyindir tanpa peduli akan perasaan orang lain. Sekali dia berleter, persis Siti Tanjung Perak emaknya Zaiton. Girlfriend si Sudin bujang lapok. Lantang. Tajam. Pedih. Bukan mudah mahu mengambil hati Mak Siti! Berkali kali hati terhiris pun, dia tak kan ambil tahu. Yang penting baginya, anak-anak lelakinya perlu dilayan serta dijaga makan minumnya dengan baik.
Mistik Misteri by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 25
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 2
Zine ini menghimpunkan beberapa kisah pengalaman yang pernah dialami oleh penulis dan rakan-rakan di tempat kerja. Mistik dan misteri dalam kehidupan itu wujud. Kerana kita semua hidup di alam semesta ini dengan izin Allah SWT. Mereka juga ciptaanNya cuma kita memang ditakdirkan tidak boleh jadi sekufu mereka. Facebook: https://www.facebook.com/aina.hamra.author/
Humayra...Lembayung Cinta Dari Ilahi - Terbitan Mac 2020/RC Pub by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 3,053
  • WpVote
    Votes 196
  • WpPart
    Parts 18
Mereka berdua terpisah di daerah mereka sendiri. Demi mengejar cita cita dan menggapai impian masing-masing. Sangka Khyr, Merah terbang ke luar negara menyambung pelajaran. Tapi ketika dia pulang dari cuti semester pertama, seluruh ahli keluarga Merah telah tiada di daerah itu. Bertahun Merah hilang. Bertahun juga gadis itu masih di ingatan Khyr. Nama Humayra tak pernah lenyap dari bibirnya. Lidah yang selalu basah dengan zikrullah itu belum pernah lumpuh menyebut sepotong nama Aisyah Humayra di dalam setiap bait doanya. Tanpa Khyr ketahui, dirinya juga selalu dikirimkan doa di angin lalu. "... andai dia masih lagi di atas muka bumi ini, Kau lindungilah keselamatan dia. Jauhkanlah dia dari sebarang musibah, fitnah dan zina. Jika dia telah Kau jemput, tempatkanlah dirinya di kalangan mereka yang menjadi kekasihMu Ya Allah..." Rindu.. selalu menghempas hati mereka. Namun tatkala rindu itu luruh, Merah menjauhkan diri dari Khyr. Ada sesuatu yang menghalang dirinya untuk menyambut cinta lelaki itu. Vincent, lelaki yang selalu ada semenjak dulu. Dari peristiwa hitam berlaku sehinggalah kini. Dia tetap setia menemani Aisyah mengharungi kehidupan. Perasaan sayang dan cinta yang dipendam, hanya dirinya saja yang tahu. Namun rahsia yang menjadi rahsia, sudah tidak lagi menjadi sebuah rahsia. Pada Hilman dia meluahkan segala-galanya. Mampukah Aisyah membuat pilihan setelah mengetahui kesemuanya? Antara Khyr Najmi dan Vincent siapa lebih menyintai gadis itu?
Seluruh Cinta Buatmu - Terbit Jan 2020 by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 1,009
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 12
Blurb Ali Imran; anak muda yang mengusahakan warung cendol. Di sebalik komitednya meladeni pelanggan di warungnya, dia dalam pemerhatian seseorang. "Aku tahu, cendol yang kau jual tu hanya untuk mengaburi mata orang. Tapi kenapa tiada satu petunjuk tentang diri kau?" - Amsyar Lantaran persoalan itu, Ali menjadi subjek intipan. Tidak hanya dia, si manis Lily, gadis yang sering membantu Ali di warung juga diintip. Berjayakah Amsyar menemukan jawapan? Sementara itu, Ali dan Lily terus melewati kehidupan sebagaimana biasa. Sehinggalah seseorang dari masa lalu Lily muncul. Kenzo berjaya menjejak gadis itu. Ali Imran perlu tangkas bertindak. Lily perlu dijauhkan dari Kenzo. Lalu gadis itu dihantar ke Tokyo, Jepun. Jejak Lily di Malaysia juga dihapuskan supaya Kenzo menemui jalan buntu. "Jangan pernah tercedera. Aku akan tunggu kau di Haneda malam esok. Apa pun jadi kau mesti muncul depan aku. Faham?" - Lily Ali Imran, dia ibarat bayang-bayang Lily. Di mana ada Lily, di situ jugalah dia turut berada. Sejak remaja dia dihantar ke negara orang. Dilatih dan terlatih demi melindungi pewaris tunggal M Group. "...melindungi kau bukan tugas yang mudah. Bayarannya mati jika aku gagal." - Ali "Kita akan hidup normal seperti orang lain. Aku janji.. aku akan biarkan kau menikmati kegembiraan seperti perempuan lain..." - Ali Mampukah Ali memenuhi janjinya, terhadap si manis Lily? Berjayakah Ali melindungi Lily dari Kenzo? Sedangkan nyawa Lily pernah hampir melayang gara-gara lelaki itu.
Manis Ukasyah. by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 87
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 1
Manis As-Syifa' seorang doktor pakar forensik. Manakala Ukasyah Wazien pula, seorang anggota polis berpangkat ASP. Mereka pasangan suami isteri yang selalu bekerjasama di dalam kes-kes tertentu yang melibatkan kes medico legal. Namun mayat yang Manis bedah siasat kali ini, sangat payah untuk Ukasyah mencari pembunuh sebenarnya. Orang kena tuduh yang ditangkap, tidak cukup bukti untuk didakwa. Bahkan rumah mereka diceroboh. Ada ugutan ditinggalkan untuk Manis. Ukasyah perlu melupakan serta menutup siasatan kes tersebut. Jika tidak, dia akan menjumpai mayat Doktor Manis As-Syifa'! Siapa pembunuh sebenar? Adakah pelaku sebenar mengenali pasangan suami isteri tersebut? Berjayakah ASP Ukasyah menyelesaikan kes bunuh tersebut?
Taj... The Only One - Terbit 2020 [ KOMPILASI DUDA EXCLUSIVE ] by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 353
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 6
Blurb TAJ... THE ONLY ONE - AINA HAMRA Maya Helena, tunangan Taj Durani. Hubungan mereka diuji dengan berita penyakit kanser tulang yang Maya hidapi. Taj meminta doktor yang mengesahkan penyakit Maya itu merujuk tunangnya kepada Mr Tajuddin. Ayahnya Taj sendiri yang merupakan Doktor Pakar Tulang dengan kepakaran onkologi. Taj. Lelaki yang bertekad. Jika dia kata dia nak, dia sudah aturkan semuanya sehingga dia berjaya memenuhi kehendak sendiri. Taj. Lelaki yang begitu mencintai Maya Helena. Meskipun tunangnya sakit, Taj tetap mahu menikahi gadis itu. "Hati saya terseksa melihat awak kesakitan. Saya tak boleh memeluk awak untuk menenangkan awak. Awak menangis, saya pun menangis, tapi saya tak boleh langsung mengesat air mata awak. Sedangkan saya terlalu ingin melakukannya. Jadikan saya lelaki halal awak, Maya.." -Taj Menikahi Maya Helena bukanlah berdasarkan nafsu. Mempercepatkan majlis pernikahan bukan untuk menuntut sebuah hak yang harus dipenuhi. Dia ingin selalu bersama gadis itu. Taj mahu sama-sama berjuang dengan Maya melawan penyakit isterinya. "Hanya ini yang mampu saya berikan buat awak sebagai isteri. Jangan pernah menyesal menikahi saya. Sedetik yang berlalu esok, kenangkanlah saya selalu." - Maya Redakah Taj dengan aturan Allah SWT yang telah tertulis buat mereka berdua? Sedangkan perancangan Allah itu lebih baik dan hebat dari perancangan manusia. #AinaHamra #TajTheOnlyOne #KompilasiDudaExclusive
My Lovely Nani by AinaHamra_AH
AinaHamra_AH
  • WpView
    Reads 9,933
  • WpVote
    Votes 411
  • WpPart
    Parts 17
Blurb. Nani mengambil keputusan untuk bekerja di Arab Saudi setelah perniagaan Qayyum tidak menjadi. Sang suami dikelilingi hutang malah kian menimbun dek bunga yang mencanak naik. Lalu mereka terpisah. Isteri merantau jauh memerah keringat di negara orang. Tahun silih berganti, hutang kian menyusut. Dugaan demi dugaan. Kali ini ujian buat Nani sangat berat. Pulang ke Malaysia untuk menguruskan akaun bank, namun lain pula yang diketahui. Dalam diam dia dimadukan! "I told you! I told you so many times! Jangan tolong dia dengan wang ringgit kau. Kau tengok, apa dah jadi?" - Karen "Dia kahwin lain setelah aku bersusah payah membayar hutang piutang dia." - Nani Kali ini Nani nekad. Setelah kepercayaan dicurangi, setelah pengorbanan tidak dihargai, Nani menuntut cerai. "Nani, abang nak ingatkan Nani. Abang belum jatuhkan talak lagi tau! Ingat senang ke hidup menjanda ni?" - Qayyum "Lafazlah cepat! Tak mati aku kalau jadi janda kau. Selama ni aku susah dekat tempat orang, kau bukan kesah. Aku makan ke tidak ada kau tahu? Aku sakit pun aku tanggung seorang diri." - Nani Setelah cinta tiada lagi, rasa hormatnya juga turut hilang. Nani tetap meninggalkan Qayyum. Segala urusan diserahkan pada peguam. Hati yang sakit dibawa pulang ke Riyadh. Di sana Nani banyak menemani Suria. Sehingga di akhir nafas Suria, Nani tetapi setia. Suria pergi setelah tiada daya lagi menahan sakit. Namun wanita itu meninggalkan wasiat buat Nani. "Tolong jagakan singa saya ya Nani. Kesian dia hidup keseorangan." - Suria Mampukah Nani menunaikan permintaan terakhir Suria? Singa yang dimaksudkan adalah suaminya. Urwah Saqeef. Mahukah Urwah menerima Nani bagi menggantikan Suria? Apakah cinta itu bisa terbit di hati mereka yang pernah terluka dek kecurangan dan kehilangan?