ℓυν ✧༺♡༻✧
20 stories
MEMORI INARA (Published) by sara_aisha
sara_aisha
  • WpView
    Reads 74,044
  • WpVote
    Votes 4,293
  • WpPart
    Parts 17
HIGHEST RANKING: #1 in novelfiksyen (16/3/2019) #1 in jenayah (16/3/2019) #5 in karyaseni (1/3/2019) #8 in misteri (16/2/2019) #22 in novelmelayu (16/3/2019) #30 in actionromance (1/3/2019 ****** NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI PASARAN - Sinopsis belakang buku: "I'm your husband." Semuanya bermula dengan pengakuan itu. Aku tiba-tiba menjadi isteri kepada Gibran Lutfi, lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidup aku. Kata mereka, kami pasangan pencinta sejati. Sanggup mempertaruh nyawa demi satu sama lain. Kegilaan apa ini? Aku cuma ada tunang. Dan tunang itu bukanlah seorang Gibran Lutfi. "Ara kehilangan memori empat tahun ini." Hilang ingatan? Drama apa yang sedang mereka main? Aku tidak percaya! Tetapi sayang, itulah hakikatnya. Aku tidak ingat apa yang berlaku sejak empat tahun yang lalu. Kata mereka lagi, semuanya gara-gara sebuah kemalangan. Namun... Benarkah ada kemalangan yang berlaku? Kenapa aku seringkali dihantui mimpi-mimpi menakutkan? Kenapa aku seringkali mendengar suara-suara aneh? Dan juga, kenapa aku selalu nampak dia berlumuran dengan darah? "Aku nak kau mati." - Dia "Darah dibayar dengan darah. Nyawa dibayar dengan nyawa." - Gibran Semakin aku cari kebenaran, semakin aku buntu. Apatah lagi, bila hati mula berdetak aneh. Melihat lelaki itu sahaja, sudah mampu membuatkan aku senyum sendiri. "How do you feel?" "Macam orang kena kahwin paksa." "Then, you will fall for me." "Huh?" "Dalam drama kahwin paksa, hero-heroin selalu ended up jatuh cinta dan happily ever after, kan?" Mampukah kami betul-betul happily ever after, bila aku dikelilingi rahsia demi rahsia? Pembohongan demi pembohongan? Kata Gibran, demi melindungiku. Tetapi, daripada siapa? Apa yang sudah berlaku dalam empat tahun ini? Dan kenapa pula, ada tangan yang mahu mencabut nyawaku? ****** BAKAL TERBIT PADA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2019 - Berlangsung pada 29 Mac di PWTC
Inayah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 15,138
  • WpVote
    Votes 383
  • WpPart
    Parts 16
Bacaan Bab Awal Sahaja Tajuk: Inayah Penulis: Maria Kajiwa Muka Surat : 528 Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-027-4 Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak)
ORKID SERENA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 11,416
  • WpVote
    Votes 313
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Orkid Serena Penulis: Luna Adresia Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-37-3 Muka Surat : 496 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2018 Wujudkah keajaiban? Rasa dalam jiwa itu boleh dikatakan satu keajaiban. Bagaimana boleh rasa sakit. Bagaimana boleh rasa sayang. Bagaimana boleh jatuh cinta. Fakta tentang rama-rama. Ia jarang dilihat saat hujan membasahi bumi. Tapi bagi Badrish, rama-rama yang paling indah yang pernah dia lihat adalah ketika hujan turun. Dia lihat Orkid Serena. Ya, Badrish sudah jatuh cinta. Hingga sampai keluar rama-rama dari perut yang gementar. Imaginasi? Barangkali. Terlalu indah? Juga barangkali. "Semua manusia kat muka bumi ni berusaha untuk buat pilihan setiap hari. Dan awak juga tak terkecuali untuk buat pilihan walaupun awak rasa semuanya di luar kawalan awak. Awak boleh memilih. Sekurang-kurangnya, berusahalah untuk memilih kedua-dua diri awak. Tak perlu pilih Orkid. Tak perlu pilih Serena. Awak kena berusaha pilih untuk jadi Orkid Serena." - Badrish Orkid Serena. Gadis biasa? Nope! Tiada yang biasa untuk gadis bernama Orkid Serena. Orkid kala ceria, mesra dan gembira manakala Serena kala hujan! Dua perwatakan berbeza dalam satu jasad. Jadi, bagaimana nak jatuh cinta? Milik siapakah cinta itu? "You should love us, both." - Orkid Serena Justeru bagaimana seseorang harus mendefinisikan keajaiban? Dalam dunia Orkid Serena yang sukar dimengerti, cuma ada insan lelaki bernama Aifan, yang cuba menanam rasa cinta dalam diri Orkid Serena. "She's my sister. Of course, I love her, both." - Aifan Dan Fayadh, yang melupakan rasa kerana merasakan dirinya tidak layak untuk terus menjaga dan melindungi Orkid Serena. "I love her both too." - Fayadh Orkid Serena dirasakan terlalu istimewa. Jadi, siapa sebenarnya yang bakal merasai keajaiban dalam jiwa bersama Orkid Serena?
Dia Menarik Perhatianku (Bab Percuma) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 651
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 5
Setelah lebih sepuluh tahun menetap di luar negara, Widad Warda akhirnya pulang ke Malaysia setelah menerima tawaran kerja di Kuala Lumpur. Kepulangannya disambut gembira oleh Pak Walid dan Mak Esah. Namun, kegembiraan itu tidak bertahan lama kerana Widad mula memeningkan kepala mereka apabila sering mengusik jiran sebelah-seorang lelaki pendiam bernama Atan yang penuh dengan misteri. "Kalau tak ada orang nak kahwin dengan Widad, buat apa susah-susah nak cari, yang dekat sebelah rumah kan ada. Widad kahwin saja dengan Atan." - WIDAD "Jangan nak perasan sangat yang Atan tu setuju nak kahwin dengan kamu. Kamu tu bukan pilihan Atan la." - MAK ESAH Berbeza dengan larangan ibu bapanya, Widad nekad mendekati Atan meskipun lelaki itu sering melarikan diri. Sejak dulu lagi, aura misteri Atan membuatkan Widad semakin ingin tahu. Tidak cukup dengan itu, Widad dikejutkan pula oleh berita daripada adiknya, Wafiy, yang memberitahu bahawa Chempaka sedang cuba mengurat Atan. Ini kali kedua Widad dan Chempaka menyukai lelaki yang sama selepas Marzuki. Widad tidak mahu sejarah berulang, lalu tekad meluahkan perasaannya kepada Atan.
Jagaan Jibrail by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 3,676,206
  • WpVote
    Votes 28,891
  • WpPart
    Parts 9
TERBIT [ Complete 21/2/2023 ] PDRM. Stop looking for happiness in the same place you lost it. "I can protect myself, Papa." -Yasmeen Alana. "Touch her and I'll break every bone in your body." -Mohd Zeyad Jibrail. Her protective husband. -Immortal love song ( Mahadewa feat Judika )
Memori Inara by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 25,726
  • WpVote
    Votes 542
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Memori Inara Penulis: Sara Aisha Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-122-6 Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Jun 2019
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,735
  • WpVote
    Votes 5,319
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
Milik Aku ; Iskandar  by Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Reads 20,577
  • WpVote
    Votes 1,158
  • WpPart
    Parts 5
[ Terbit ] "Manusia semuanya ada silap, dan tak ada manusia yang berhak menghukum." "Tolong bantu Rey ubah apa yang perlu diubah. Rey perlukan bantuan abang."
Internet Death Angel | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 100,763
  • WpVote
    Votes 5,601
  • WpPart
    Parts 36
2024 Ini merupakan sambungan kepada HAZRAEL. H Series Buku 1: HAZRAEL Buku 2: Internet Death Angel Sila baca HAZRAEL dulu baru baca Internet Death Angel. Tolong... faham.
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 1,008,947
  • WpVote
    Votes 27,824
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?