malay books
46 stories
SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (PROSES TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 342,674
  • WpVote
    Votes 45,527
  • WpPart
    Parts 43
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina diasak keputusan. Tidak semena-mena muncul sebaris nama yang Irdina tidak pernah dengar... Muhammad Al-Fathi. Lelaki itu membeli Rangkasa termasuk kerugiannya sekali. Irdina mencari siapa Muhammad Al-Fathi.. Semakin dia mencari, semakin banyak rahsia yang perlu dibongkar, semakin dia mencurigai Muhammad Al-Fathi. Siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi? #1 politik
The Return of Hazrael (Ghost of Death Angel) by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 3,564
  • WpVote
    Votes 384
  • WpPart
    Parts 16
2026. H Universe: Hazrael Series Buku ketiga. *** Hikayat ketiga dalam siri ini masih tentang mereka. Nampaknya, angkasa tidak pernah puas mencampakkan dua jiwa ini ke dalam neraka ilusi. Konflik bermula apabila Hazrael pulang dari operasi Morocco, dan Naina tiba-tiba sahaja diculik. Penculikan biasa? Tidak. "Hazrael? Saya dekat mana sekarang ni?" - Naina Hijannah "Naina... you're in North Korea." - Neil Hazrael "What?!" - Naina Hijannah Benar, Naina terperangkap di Korea Utara, dan ada seseorang yang ingin mencungkil kembali trauma lamanya! Memandangkan Malaysia dan Korea Utara tidak lagi mengekalkan hubungan diplomatik, maka misi untuk menyelamatkan Naina semakin kabur untuk dilaksanakan. Tambahan pula, identiti Naina tiba-tiba sahaja tidak wujud di dalam sistem. Situasi bertambah sesak, bertambah kelam dan juga hampir tak berharapan. Lalu, Hazrael memilih untuk membuat kerja gila. Benar-benar gila. "I'm going to North Korea, alone. I'm going to save my wife. Even if that means breaking the law, illegally and breaking into the potential enemy's territory." - Neil Hazrael Ya. Hazrael merancang untuk menceroboh masuk ke sempadan Korea Utara secara haram, dan membawa pulang isterinya dengan selamat. Adakah misi haram ini akan berhasil? Atau hanya akan membesarkan luka yang sedia ada? Dan sekiranya Hazrael berjaya, adakah setakat itu sahaja konflik pengakhiran cinta mereka berdua? "You can't run from your past, and your wife is paying the price." Malaysia, Korea Utara, serta enam peringkat yang mengancam nyawa. Barangkali, dosa Hazrael sebagai Internet Death Angel itu terlalu besar hukumannya. Sehinggakan ia menyeru kedatangan bayangan malaikat maut semula. "Is she supposed to be his always and forever, or his greatest punishment ever?" ***
The Failed Parallel by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 3,361
  • WpVote
    Votes 352
  • WpPart
    Parts 5
2024. It's about... time travel. A scientist who crafted a time machine just to bring back his dead wife. "The past, the loop, and the intertwine. He'll fight for her in every timeline." Copyright | harleen, 2024.
Serunai Maut ✔ (TERBIT PBAKL25) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 1,252,288
  • WpVote
    Votes 70,340
  • WpPart
    Parts 31
SERUNAI MAUT SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN MANGOSTEEEN. Untuk update terkini, sila follow akaun @leena_syiha di Instagram, TikTok, Thread dan join channel telegram. Tekan link di profile penulis. ____ Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa. Serunai maut. Kata penduduk pulau; jangan buka lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'. Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak. Kes bertemu jalan mati. Ada sesuatu yang tidak selesai. Henry tiada pilihan. Falah diperlukan untuk membantunya.
ZAR |  TERBIT by tihatti
tihatti
  • WpView
    Reads 1,625,786
  • WpVote
    Votes 16,912
  • WpPart
    Parts 11
COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengapa dirinya menahan diri daripada mengeluh, kata-kata yang keluar dari bibirnya kadangkala menyakitkan hati, dengan loghat pekatnya menyebabkan dia berjumpa gadis ini, " Ni Aku hat besaq ragam laguni hang langgaq, awat hang punya mata tu hang letak dekat kepala lutut ka? Harap muka elok, perangai tu pirahh boleh pergi blah!" Tercegang seketika Adwa Naila, membarah hatinya, bukan niat ingin melanggar lelaki ini, namun belum sempat kata maaf dituturkan, terus lelaki ini menyemburnya dengan loghat yang tidak dia fahami, Garang, Tegas! Dua perkataan ini cukup menggambarkan diri Zar Uzair pada pandangan mata Adwa Naila, Zar lelaki yang suka mengarah itu ini, menyusahkan dirinya namun laki-laki ini juga tetap teguh berdiri tatkala hatinya dipatah- patahkan, "Don't give your whole heart to someone called a man" "Because the heart that we always worship and admire is what will poison us" " Engkau kutip sampah yang aku buang" "Aku tak kutip tapi aku ambil kesempatan yang terlalu lama aku tunggu, dia bukanya sampah melainkan anugerah tuhan untuk aku, dan aku bukanlah bodoh, namun lelaki yang cerdik akalnya untuk sentiasa hargai dirinya" "Adwa Naila, Adwa cahaya, Nailah anugerah, hang tau dak maksud nya terhadap aku?" " Maksud awak?" " Adwa Naila adalah anugerah untuk Zar Uzair" " Dan kalau bukan kita yang pikul tanggungjawab ini, siapa lagi? Anggaplah ini adalah jihad yang paling agung yang kita pernah lakukan" "Everyone want to keep us apart" "All I want is always stay beside you Adwa" "But I can't have you, sebab Adwa bukanlah milik Abang sepenuhnya, namun milik Tuhan yang satu" WARNING: THIS STORY IS PURELY FICTIONAL, IT HAS NOTHING TO DO WITH LIFE AND DEATH START: 29 NOVEMBER 2023 END: 25 SEPTEMBER 2024
Her Protector  | ᥴ (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,604,194
  • WpVote
    Votes 54,257
  • WpPart
    Parts 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
HERO DANIKKA (COMPLETE) by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 12,866,737
  • WpVote
    Votes 742,184
  • WpPart
    Parts 70
"Esok anak mummy yang dekat Jerman tu nak balik. Nayra mesti dah lupa dia kan?" "Abang Hero ke mummy?" HERO DANIKKA- Sebaris nama yang pernah menjadi kisah silam seorang Anayra Sophia. Dialah abang kepada gadis comel itu. Abang Hero! Dia lelaki dingin yang sentiasa dengan aura bekunya. Suka menjerkah tak kira masa lagaknya seperti seorang komander.Menetap di bumi Jerman buat masa yang lama, sehingga dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke tanah air. Pertemuan semula dengan keluarganya di KLIA dan dia bertemu kembali dengan budak comel yang sekarang ini sudah membesar menjadi seorang gadis yang sungguh jelita. "Jangan panggil aku abang Hero dah lepasni. Aku tak suka. Sebab, kau bukannya adik aku." ANAYRA SOPHIA- Anak angkat di dalam keluarga besar Tuan Denniz dan dia satu-satunya puteri dalam keluarga itu. Dikelilingi oleh abang-abangnya yang sangat overprotective. Dia menjadi sebahagian daripada keluarga itu sejak usianya 9 tahun. Atas belas ihsan, Katerina telah mengambilnya dan dijadikan sebagai anak angkat. Start - 26 March 2022 End - 02 April 2023 [ STAND ALONE BOOK ] [ READ AT YOUR OWN RISK ]
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 541,531
  • WpVote
    Votes 3,328
  • WpPart
    Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
Dirty Little Lies by elvrosethrones
elvrosethrones
  • WpView
    Reads 7,072
  • WpVote
    Votes 526
  • WpPart
    Parts 3
Bodyguard x Model. Revenge Romance. malay fiction, elvroseth.
YANDERE (DITERBITKAN) by _hyun_yunzz
_hyun_yunzz
  • WpView
    Reads 15,667
  • WpVote
    Votes 548
  • WpPart
    Parts 7
Yandra, Seorang gadis yang minat menulis cerita-cerita tragis. Draftpen, sebuah aplikasi rahsia. Snorlex, sebuah browser khas yang tidak diketahui ramai manusia.