Hmirah24's Reading List
47 stories
Inara Amanda | C by ainelaaa
Inara Amanda | C
ainelaaa
  • Reads 397,654
  • Votes 18,660
  • Parts 56
↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari oleh lelaki tersebut sehinggalah.. "Hi! Nama siapa? Nak berkenalan boleh?" - AIDEEN Detik yang dilalui bagaikan mimpi sehinggakan dia selalu berharap agar dia tidak terjaga dari mimpi yang indah ini. Hari demi hari, layanan Aideen terhadap dirinya menguatkan lagi rasa cinta meskipun dia tidak meletakkan harapan yang tinggi agar Aideen turut membalas perasaannya. Satu kenyataan terbongkar, merobek jiwanya. Air mata jatuh tanpa diseka tetapi lelaki itu seolah-olah bangga dengan apa yang dibuat. "Awak tipu saya Aideen.." - INARA "Apa yang jadi dekat awak dah tak ada kaitan dengan saya." - AIDEEN Sakit. Itu yang dia rasakan apabila dikhianati sehingga dia rasa, mencintai Aideen adalah satu kesilapan yang terbesar dia pernah buat dalam hidup. Saban hari, dia mencuba untuk melupakan lelaki tersebut tetapi entah mengapa begitu sukar sekali. Muncul pula orang lain, menagih kasih yang bertapa di hati. Muncul pula Aideen, menuntut kemaafan, menyesali apa yang telah terjadi. "Saya minta maaf Ara. Saya menyesal.." - AIDEEN Lelah dia mencuba. Namun entah mengapa rasa benci tidak pernah singgah dalam diri. Rasa cinta dan sayang ternyata tidak pernah terhakis dalam diri buat jejaka bernama Aideen Haidar. "Awak kejam Aideen. Sepatutnya saya benci awak tapi mengapa rasa benci tu tak pernah singgah walaupun sesaat meskipun dah banyak kali saya cuba?" - INARA Akhirnya, ikatan terjalin. Namun, alur hidupnya tak selalu indah. Satu persatu dugaan mula datang menghentam diri menyebabkan pengorbanan terpaksa dilakukan yang akhirnya hanya melukakan dua hati dek kerana ingin menyelamatkan dua jiwa. "Saya sanggup buat apa saja asalkan awak berhenti ganggu diorang..." - INARA "Leave him and be with me." - ? Inara dan Aideen, tunduk pada takdir. Sama ada takdir yang mempunyai penamat yang diinginkan ataupun sebaliknya.
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
Anugerah Terindah [C]
ainelaaa
  • Reads 27,042
  • Votes 1,475
  • Parts 60
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
RAFAINUL💘 [COMPLETED] by RafaMikael
RAFAINUL💘 [COMPLETED]
RafaMikael
  • Reads 444,491
  • Votes 16,906
  • Parts 69
Ainul Iftitah budak ketot dalam IMANAFFAN tu aka Adik Affan. Ainul memang tak pernah bercinta. Dia pernah cinta tapi tak terbalas. Dalam diam saja.. Tapi lama-lama dia jadi selesa sendiri. Kadang terdetik dalam hati nak berteman tapi selalu dia tepis keinginan itu. Namun... Sejak pulang dari kampung Akak ipar dia..hari-hari dia mesti terbayang seorang jejaka ni. Rafa Mikael aka Rafael aka Abg lesung pipit! Aummm!! HAHAHAHA disebabkan lesung pipit di pipi kanan itu buat Ainul mula tidur bermimpikan jejaka itu. Hamboiiii... Disebabkan kekangan masa dan kerjaya, hubungan mereka mula renggang. Natalia muncul dengan helahnya, Zaim datang hulur cintanya. Namun kukuh kah tiang rumah tangga yang mereka bina? Hanya satu pengakhiran yang mampu mereka kecapi. Bahagia bersama atau bahagia sendiri? Start : 1/12/2018 End : 7/4/2020
Pengantin 40 Hari by notafoxy
Pengantin 40 Hari
notafoxy
  • Reads 18,172
  • Votes 802
  • Parts 48
[ COMPLETED ] " What ?! " " Encik dah gila ke ?! " Tengking Astrella Sofia kepada Que Raikal yang duduk dihadapannya itu. " Ya , aku memang gila. " " Tadi kau tanya bayaran kereta aku yang dah kemik kau langgar haritu. " " Jadi , inilah bayarannya. " Ujar Que Raikal dengan tenang dan bersahaja. " Encik , saya tak kenal Encik siapa. Encik pun tak kenal siapa saya. " " Encik ingat kahwin ni apa ? " Balas Astrella Sofia dengan dahi yang berkerut memandang Que Raikal dihadapannya. " Nyatakan jumlah kos repair kereta Encik tu. Saya akan bayar. DENGAN DUIT. " Tegas Astrella Sofia kepada Que Raikal. " Bayaran yang aku terima cuma kau. " " Jadi pengantin aku selama 40 hari. " " Aku tak bagi kau pilihan. Tapi arahan. " Kata Que Raikal kepada Astrella Sofia yang bertegas tidak mahu menerima sebarang jumlah wang sebagai ganti rugi kerosakkan keretanya tempoh hari. " Dan saya pilih untuk tidak mengikut arahan Encik. " Ujar Astrella Sofia dengan nada mendatar. " Terima kasih. Assalamualaikum. " Berhias senyuman Astrella Sofia mengucapkan terima kasih dan memberi salam kepada Que Raikal sebelum bergegas keluar dari kafe tersebut dalam keadaan terhincut-hincut. " Sama-sama. Waalaikumsalam. " Jawab Que Raikal bernada mendatar sedang matanya tertumpu ke arah Astrella Sofia yang sedang menuju keluar dari kafe. " Ouhh , tunjuk keras kepala ya ? I likeee " Bisik hati Que Raikal sedang pipinya diherotkan sehingga mengukir segaris senyuman nipis diwajahnya Apakah yang bakal berlaku ? Adakah Que Raikal berputus asa dalam menjadikan Astrella Sofia sebagai pengantin 40 harinya atau meneruskan pencarian pengantin 40 harinya ? Sejauh manakah Astrella Sofia berjaya menepis idea gila Que Raikal itu ? [ STAY TUNE ! ]
My Queen Aaira Hani (✓) by xtheaura
My Queen Aaira Hani (✓)
xtheaura
  • Reads 693,904
  • Votes 26,598
  • Parts 84
My Queen Aaira Hani (Encik Buaya vs Cik Lawyer) Aaira Hani, wanita muda moden dan bebas. Malah dia tidak suka terikat dan terkongkong. Namun, segalanya berubah disaat dia harus bertanggungjawab ke atas perkara yang tidak dilakukannya. Sekali gus menutup aib serta maruah keluarga yang berada dalam ancaman musuh. Lalu demi keluarganya, dia 'serah diri' dan hidup di bawah tawanan seorang lelaki pendendam dan juga misteri. Bermula dari itu tekanan serta persoalan yang tersembunyi mulai meninggalkannya dengan tanda tanya. "Adakah saya pelacur kelas atasan?" "Lacur tu dosa besar ibarat zina. Aku nikahi kau dengan cara yang halal dan suci." Tidak betah berlama dalam sangkar emas ciptaan lelaki itu, dia cuba mencari tahu apa sebenarnya yang telah berlaku tanpa pengetahuannya sehingga melibatkan dia tanpa diberi penjelasan. Mampukah Aaira Hani mempertahankan maruah keluarga dan harga dirinya? Berjayakah dia selamatkan diri dari sangkar emas ciptaan lelaki itu? Start : 01 - 07 - 2022 End : 18 - 07 - 2022 Rank : #1 - ego (20082022) #1 - dendam (26092022) #1 - cinta (06102022) 💯 Idea xtheaura sendiri. ❌ Dilarang ciplak, tiru.. tak baik tau. 🌹 Kalau tak keberatan, lepas baca tekan vote ✨ dan kalau rajin, tinggalkan komen kamu💖
Demi Peluang Kedua (✔) by xtheaura
Demi Peluang Kedua (✔)
xtheaura
  • Reads 1,365,667
  • Votes 37,790
  • Parts 60
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina kerjaya seorang penjawat awam. Tapi, itu semua dulu. Sebelum dia tersedar. Kini, bila tahun sudah berganti.. dia mula membuat kerja gila. Dilamarnya bekas kekasih demi sebuah cita-cita. Pertemuan semula dengan Izz Zarif seakan memberi sinar baru kepada Keysha untuk merebut kembali cinta dari hati lelaki itu. Segala risiko sudah tidak dia peduli lagi asalkan Izz Zarif menjadi miliknya! Bagi Izz Zarif pula Keysha adalah masa lalunya. Dia sudah mempunyai kekasih. Kehadiran Keysha langsung tak mampu menggoyahkan hatinya kerana dia yakin Keysha sudah tiada dihatinya. Dia dah serik! Ash aka abang angkat kepada Keysha yang begitu setia menunggu gadis itu. Kata sayang tak pernah lekang di. bibir itu. Walaupun dia sedar Keysha hanya menganggapnya sebagai abang. Namun, segalanya mustahil. Berilah saya peluang, Izz! Mimpilah awak, Keysha! Kau perampas! Keysha, saya sayangkan awak! Start : 02 Julai 2019 Completed : 23 Ogos 2019 Rank :- 2 #cinta (20.01.2020) 💯 idea xtheaura sendiri! 🚫 Dilarang CIPLAK! 👉 Tiru, anda Berdosa!
(Completed) 2nd Wife (Short Story) by TGNAURA
(Completed) 2nd Wife (Short Story)
TGNAURA
  • Reads 74,764
  • Votes 1,480
  • Parts 5
"Salah ke Aura nak jadi bini kedua? Nabi Muhammad s.a.w pun ada isteri ramai." AURA MYSHA "Aura akak tahu Aura suka kan suami akak" FARRA WARDAH "Aura... abang mintak Aura bagi masa untuk abang, sebab semua ni berlaku begitu pantas" HANIF SAIF AURA MYSHA bermaksud sinar kegembiraan, FARRA WARDAH juga mempunyai erti syurga kegembiraan. Manakala HANIF SAIF pula adalah pedang yang suci.. Pergolakan berlaku apabila HANIF SAIF terpaksa memilih antara dua kegembiraannya. Adakah hatinya setajam pedang untuk membuat pilihan yang suci?
SAYANG, MAAFKAN AKU [C] by amnahsyarim
SAYANG, MAAFKAN AKU [C]
amnahsyarim
  • Reads 2,187,449
  • Votes 41,070
  • Parts 55
Demi kesempurnaan, Armaya sanggup meninggalkan Zaquan iaitu lelaki yang benar-benar mencintai dirinya. Namun, kesempurnaan yang dicari bertukar derita. Ditinggalkan lelaki yang kononnya sayang padanya. Bukan setakat itu, dia ditinggalkan setelah terlahirnya anak 'luar nikah' di atas bumi ini. Perasaan cinta bertukar dendam. Zaquan mencari jalan untuk menjerat perempuan itu ke dalam perkahwinan. Kesakitan yang ditanggung tidak mampu dileraikan. Lapan tahun hidup diselubungi derita tatkala kekasih hati pergi mengikut lelaki lain. Luka kian berdarah, apabila wanita itu melahirkan anak luar nikah. "Saya rela jadi perempuan simpanan awak asalkan awak bantu saya bayar kos pembedahan jantung Ilman." - Armaya. "Kalau dah pelacur, selamanya pelacur. Anak luar nikah tu sepatutnya mati." - Zaquan. Perkahwinan yang terjalin semata-mata untuk menyelamatkan si anak yang menghidapi penyakit jantung berlubang. Walaupun berstatus luar nikah, dia tetap menyayangi anak itu. Demi kesembuhan si anak, Armaya rela harga dirinya diperjudikan. "Kalau aku nak, kau kena bagi. Lagi satu, jauhkan anak haram tu daripada aku. Jijik!" - Zaquan. "Jika benci di hati masih menebal untuk saya, lepaskan dekat saya. Ilman tak salah," - Armaya. Hubungan yang sedia retak menanti belah bertambah parah dengan sekembalinya lelaki itu. Kembali untuk menuntut si kecil. Armaya terngadah. Zaquan tersenyum. "Aku boleh bagi kau anak yang comel-comel. Serahkan saja anak haram tu pada ayah dia," - Zaquan. Mampukah Armaya menempuh dugaan yang menimpa dirinya? Mampukah Armaya memecahkan dinding kebencian di hati lelaki bergelar suami? Adakah si kecil mampu diselamatkan?
Bidadari Milik Haiyan [C] by eynaakim
Bidadari Milik Haiyan [C]
eynaakim
  • Reads 897,179
  • Votes 38,265
  • Parts 75
2 𝓷𝓭 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓮𝔂𝓷𝓪𝓪𝓴𝓲𝓶 | "Kau bidadari yang perlu aku jaga." Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia sehinggalah satu dendam yang membuatkan rumah tangga mereka mulai goyah . Nyawa si isteri hampir di ragut dan anak pertama mereka yang menjadi mangsa korban akan dendam lama yang tanpa sedar hampir meragut nyawa insan yang tersayang. Apakah kesudahan kisah ini ? (Happy Ending) ⚠️ if you have trauma , DONT READ THIS ! Start : 05 Jan 2023 End : 20/1/23 [Ranking 1 in abused tag] 5/2/23 [Ranking 1 in sweet romance]
AKU YANG KEDUA : TENGKU HAYYAN | C by zira432
AKU YANG KEDUA : TENGKU HAYYAN | C
zira432
  • Reads 72,259
  • Votes 1,532
  • Parts 31
Aku yang kedua [ story > 2 ] "please jangan paksa aku untuk terima kau!..cinta aku pada Farha tak pernah gugur!." marah Hayyan sambil memandang wajah cantik milik isterinya. "Baiklah saya faham, maaf sebab paksa awak untuk terima saya padahal dah terang lagi bersuluh dalam hati awak hanya ada Farha,sekali lagi saya minta maaf." Izara menghadiahkan senyuman kelat ke arah jejaka dihadapannya sebelum berlalu pergi "Aku yang kedua." sekarang dia sedar dirinya hanya orang yang kedua sahaja. Selepas kejadian menyakitkan itu terjadi,baru lah Hayyan sedar bahawa Izara sangatlah bermakna baginya,dia mengaku dia mula cinta kan Izara Tetapi Izara telah pun tawar hati,dia sudah penat mencari simpati dari Hayyan. Adakah Hayyan berjaya menawan hati Izara kembali? "I'm sorry because i'm late to realized it" ✓started 20/1/2024 ✓done 3/3/2024