🤍
27 stories
Asmara Di Hujung Nyawa by rozesdeer
rozesdeer
  • WpView
    Reads 832
  • WpVote
    Votes 209
  • WpPart
    Parts 7
𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟏𝟗𝟓𝟎. Zayida Almira, seorang gadis yang bukan sahaja dikurniakan kecantikan, tetapi juga keanggunan sebagai seorang penari tradisional. Gerak tubuhnya bagaikan puisi yang menari di udara, memukau setiap mata yang memandang. Namun, di sebalik keindahan itu, dia menjadi mangsa kezaliman seorang lelaki bernama Bahari-lelaki yang tidak pernah mengenal erti cinta, hanya nafsu dan obsesi yang membara. Demi memiliki gadis itu, dia sanggup mencalar maruah Zayida hingga tiada jalan lain untuknya selain menerima takdir perkahwinan yang penuh derita. Kehidupannya berakhir dengan tragis, namun dengan dendam yang terikat pada darah, dia kembali menghantui suaminya melalui keturunannya yang ke-7. --- 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓. Zayeda Almera Ladeena, keturunan ke-7 yang mewarisi nama dan takdir yang tidak pernah dia ketahui. Tanpa sedar, hatinya tertarik pada seorang lelaki bernama Andika Afsar Allaudin-majikannya. Namun, mengapa setiap kali dia berada di sisi lelaki itu, muncul perasaan déjà vu yang mencengkam jiwa? Ada sesuatu tentang lelaki itu yang menarik, tetapi juga penuh teka-teki. Sedang Zayeda cuba memahami kehadirannya, seorang lagi lelaki muncul dalam kehidupannya―Raja Muhammad Ziaulhaq. Namun, niatnya bukan untuk mendekati Zayeda, sebaliknya menyuruh Zayeda menjauhi Afsar. Siapakah Andika Afsar Allaudin yang sebenarnya? Dan mengapa Raja Muhammad Ziaulhaq begitu mendesaknya menjauh? Dalam kekeliruan dan misteri yang semakin meruncing, satu kebenaran menanti untuk dirungkai... dan mungkin, ia bukan yang mampu diterima dengan mudah. HORROR & HISTORICAL ROMANCE • Boleh tengok ig saya @rozesdeer.x for more information:) and sinopsis.
Timeless Love  by __luvvfyaa206
__luvvfyaa206
  • WpView
    Reads 8,492
  • WpVote
    Votes 4,525
  • WpPart
    Parts 17
Muhammad Qhaf Dannil - Juruterbang yang dingin, tegas, dan berkarisma. Di sebalik ketegasannya, dia pelindung bagi seseorang yang tidak menyedari betapa berharganya diri sendiri. Clarissa Lavennia - Pramugari yang cantik dan berdedikasi. Nampak sempurna, tetapi dihantui rasa jijik terhadap diri sendiri. Hadirnya 'DIA' bukan sekadar mengisi kekosongan, tetapi mengajarnya untuk menghargai diri sendiri. Dunia yang pernah dikenali olehnya tidak lagi sama. Bayang-bayang silam memburu setiap langkah, membisikkan ketakutan yang tidak pernah reda. Dia bukan lagi gadis yang tersenyum bebas, bukan lagi jiwa yang percaya pada dunia. Semuanya berubah sejak malam itu malam yang hampir meragut bukan sahaja maruahnya, tetapi juga jiwanya. Dia bukan sekadar mimpi buruk, tetapi luka yang terukir dalam ingatan. Setiap sudut bandarmenjadi perangkap, setiap sentuhan manusia lain terasa seperti ancaman. Dia hidup dalam ketakutan yang membelenggu, terperangkap dalam sangkar yang tidak terlihat. Masa berlalu, tetapi trauma itu masih menghantuinya. Namun, di saat dia hampir tenggelam dalam dunianya yang kelam, takdir mempertemukannya dengan seseorang. Lelaki itu tidak mendesak, tidak memaksa, tetapi cukup untuk membuat tembok ketakutannya mula retak. Dia tidak cuba memadam luka yang ada, tetapi mengajarnya menerima, bertahan, dan bangkit semula. Sedikit demi sedikit, dia belajar mempercayai. Tetapi bayang-bayang silamnya masih mengintai. Dia tahu hatinya telah jatuh, tetapi bagaimana jika kebahagiaan ini hanya sementara? Bagaimana jika luka itu kembali menghantuinya? ⚠️Setiap huruf dalam karya ini adalah hasil titik peluh penulis.Sebarang bentuk penyalinan atau penggunaan tanpa izin adalah dilarang !!
Dear Nyawa  by WONS_CO
WONS_CO
  • WpView
    Reads 265
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 8
Dia digelar Setan Bandar - pembunuh kejam yang memburu mangsa di lorong-lorong gelap Tokyo. Namun bagi sesetengah orang, dia wira. Kerana setiap jasad yang jatuh di tangannya... adalah manusia jahat. Namun bagi pihak polis, pembunuhan tetap pembunuhan. Segalanya berubah saat dia bertemu seorang gadis - yang mengajarnya erti kasih sayang. Dan buat pertama kalinya, Demon Men mula melangkah keluar dari bayang-bayang dosanya. "Senyuman itu... mula hentikan segala pembunuhan."
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || 𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 318,544
  • WpVote
    Votes 11,288
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
Whispers Of Blood (Bakal Terbit) by Rynjestic
Rynjestic
  • WpView
    Reads 1,525
  • WpVote
    Votes 93
  • WpPart
    Parts 13
Sinopsis Whispers Of Blood Bagaimana rasanya bila kau dikhianati oleh seseorang yang paling kau percaya dan sayang? Terlebih lagi dia orang yang sama membunuh keluarga kau? Dua tahun dia telah cuba melupakan peristiwa gelap. Kayra Halena, dia memilih untuk bersara kerja sebagai ejen INSI dan membuka gerai kecil di tengah bandar. "Kau tak nak cari dia?Kau nak biarkan dia hidup bebas sedangkan kau dan adik-adik kau kena hidup macam ni?" - Fawwaz Aysar "Kalau aku cari dia sekalipun, nyawa Ummi dan Abi tak akan kembali!" - Kayra Halena Dia sudah berputus asa untuk mencari pembunuh ibu bapanya. Dia trauma hingga wajah pembunuh itu pun sudah lenyap dari ruang ingatan. Namun, satu ukiran tatu yang dia sempat cerap di bahu pembunuh ukiran menjadi tanda. Semakin dia lari dari kenyataan, semakin dekat kebenaran mengejarnya. Bermula dengan salah faham, pertemuan mereka bukanlah satu kebetulan tetapi takdir. "Apa niat kau sebenarnya?" - Kayra Halena "Aku cuma nak pastikan kau selamat. "-Syaraf Lutfan "Jangan nak menipulah. Orang tak akan buat baik kalau tak bersebab. "-Kayra Halena Cinta mula berputik? Tidak, mereka terlalu lembab untuk mengenal apa itu cinta. Hati masing-masing masih keliru dengan perasaan yang menyinggah. Keliru sama ada ini cinta atau tipu helah semata. "Inilah masanya abang nak mengorat akak! " "Cop! Cop! Siapa cakap abang sukakan kakak kamu? " Kenalan lama pula muncul. ""Jangan pernah percayakan sesiapa, Kayra. Dunia ni terlalu kejam untuk mempercayai manusia. Semua orang ada topeng yang mereka sarung untuk menutup sisi gelap sendiri. Kadang-kadang kita tak boleh nak beza siapa yang patut dipercayai walaupun mereka orang dekat kita." -Ilyas Kebenaran semakin dekat. Kepercayaan diuji. Semua orang memakai topeng bagi menutupi niat. "Masih nak teruskan lakonan kau?" - Kayra Halena
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,216,400
  • WpVote
    Votes 388,427
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
+10 more
 A Royalty Female Lead [ FANTASY ] by Nsadlee
Nsadlee
  • WpView
    Reads 46,792
  • WpVote
    Votes 6,730
  • WpPart
    Parts 29
FANTASY. Satu dunia impian fantasi dalam pemikiran dan wujud dalam khayalan pembaca yang bergelut di dalam dunia novel . Bukan itu sahaja, namun lebih banyak imaginasi dalam pelbagai bidang di dalam pemikiran manusia yang mewujudkan satu dunia fantasi. Siapa sangka... Gadis polos yang hanya seorang gadis biasa merupakan seorang penulis novel yang tidak terlalu terkenal dalam bidang penulisan. Langsung tiada tarikan daripada pembaca dengan buku yang diterbitkan . Keazaman yang mendalam meminati bidang penulisan terus dibangkitkan dengan yakin diri . "Aku nak tanya... Kau memang tak mahu ada suami ke?" DELIMA ARRASYA "Kalau watak utama novel aku wujud baru aku khawin" AURORA TIARA ESTELLA Hanya kerana kejadian yang tidak dijangka berlaku membuatkan gadis ini jatuh terjerumus masuk ke dalam sebuah dunia jauh daripada realiti. Satu kehidupan dibawah kerajaan berlangit biru unggu , berbumikan tanah , berasalkan dari kerabat diraja. Adakah ini mimpi yang dipanggil mimpi indah? "Apa?! Puteri pilihan raja?!" AURORA TIARA ESTELLA Pertemuan dengan jejaka dingin persis sang Putera Raja bermata merah kehitaman yang menawan menjadi idaman ramai wanita "Kenapa kau tidak mahu menjadi isteri aku?" ALEXANDER DARRIEL Permulaan perkenalan mereka yang tidak dijangka tidak seindah seperti yang diidamkan, Banyak rahsia yang terpendam dan menjadi tanda tanya sang Puteri. satu persatu kejadian dan rahsia mula terbongkar . Cinta yang mula berputik diantara satu pasangan dua dunia berbeza. "Hello my little pumpkin.." ALEXANDER DARRIEL Adakah ini hanya la sebuah mimpi? "Aku perlu ubah jalan cerita ni..." Cinta berbeza alam?... Mampukah mereka mempertahankannya bersama? Berjayakah misi Tiara untuk pulang ke dunia asalnya? Apakah pengakhiran bagi pasangan yang hidup dalam dua dunia berbeza? start : 29/10/2021 complete :
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 5,947,053
  • WpVote
    Votes 294,020
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
[Terbit] The Taste of Revenge Vol 1 by ariaseva
ariaseva
  • WpView
    Reads 2,921,070
  • WpVote
    Votes 75,904
  • WpPart
    Parts 15
US Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepada seorang adik ini sangat menjaga adik perempuannya seperti nyawanya sendiri walau terpaksa menggadaikan nyawanya sendiri. "So you're new here? It looks like I have a new competitor now. By the way, nice to meet you" -Avia Reana binti Harris Gadis polos yang telah berjaya mendapat biasiswa bagi meneruskan pelajarannya di Louise Will. Riverra International School. "Come and try beat me" -Prinz Alpha Sky William "Budak hingusan macam kau bukan lawan aku. Cau" -Karl Cayden William "Your family made too much chaos. Now it's payback time" -Mr. Q ⚠️ Siri ke-4 Sr US Mafia. ⚠️ Untuk pembaca matang. ⚠️ Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok yang terdapat di dalam cerita. ⚠️ Cerita ini adalah rekaan semata-mata. ⚠️ Sila abaikan typo dan penyalahgunaan tatabahasa serta grammar. Start: 5th April 2022 End: