BEST! SERIUS, TAK TIPUU! 😭❤️
7 stories
Serunai Maut ✔ (TERBIT PBAKL25) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 1,246,443
  • WpVote
    Votes 70,211
  • WpPart
    Parts 31
SERUNAI MAUT SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN MANGOSTEEEN. Untuk update terkini, sila follow akaun @leena_syiha di Instagram, TikTok, Thread dan join channel telegram. Tekan link di profile penulis. ____ Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa. Serunai maut. Kata penduduk pulau; jangan buka lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'. Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak. Kes bertemu jalan mati. Ada sesuatu yang tidak selesai. Henry tiada pilihan. Falah diperlukan untuk membantunya.
TUANKU HANA 3 ✔️ by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 2,464,162
  • WpVote
    Votes 66,803
  • WpPart
    Parts 30
(COMPLETE)
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 40,947
  • WpVote
    Votes 793
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 303,634
  • WpVote
    Votes 7,030
  • WpPart
    Parts 19
||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syurga. Syurga ibunya dan syurga akhiratnya. Saat hakikat diri ditolak oleh sang ibu, maka hanya tuhan mengetahui keperitan itu. Dan di sini juga kisah di mana dia hendak meraih kembali maaf sahabatnya yang pernah dia khianati satu waktu dahulu. Luqman Annasaie. Warda Ashikin. Ini bukan kisah cinta yang klise untuk ditatap. Sungguh, bukan kisah cinta klise. Tamat pada 4 Mac 2019
LUQMAN ANNASAIE 2 ✔ (TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 377,640
  • WpVote
    Votes 539
  • WpPart
    Parts 7
Bumi Madinah. Setelah setahun pulang ke tanah air, akhirnya Luqman kembali ke negeri keduanya ini. Kali ini berbeza kerana dia tidak lagi sendirian. Punya isteri di sisi bersama kedua-dua orang tuanya, juga Tuk Ikram pencinta al-Quran. Bertemu dengan Ameer menjadi sesuatu yang sangat dirindui Luqman. Gembira dapat kembali bertemu sahabatnya itu. Namun, pertemuan dengan Dr Mughirah mengubah segalanya. Persahabatan yang sedia bersalut curiga kini bertambah-tambah barahnya. "Ini saya, Luqman... Dr Mughirah, lelaki yang jalankan pembedahan kamu pada tahun 2011. Kamu tidak ingat saya?" - Dr Mughirah Ameer rupa-rupanya menyembunyikan sesuatu yang sangat besar daripadanya. Sesuatu yang disimpan lapan tahun lamanya. "Ingatan aku hak aku. Kau tak patut kawal hidup aku, Ameer!" - Luqman Annasaie "Kalau begitu, kau akan berasa jijik dengan diri sendiri hingga akhir hayat! Hatta aku dapat rasa yang kau tak akan sanggup untuk balik ke kampung kerana berasa terlalu jijik!" - Ameer Uthman Ashikin menyaksikan kekusutan Luqman. Melihat tangisan Luqman setiap malam. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dengan Luqman. "Janji dengan saya untuk terima saya seadanya." - Luqman Annasaie "Awak patut tahu, sebenarnya saya yang selalu rasa tak layak bila duduk dengan awak." - Warda Ashikin Rahsia demi rahsia terbongkar. Membarahkan luka yang tersimpan dalam memori lama yang sudah hilang. Rahsia yang dipegang sahabat itu rupa-rupanya sangat melukakan. "Kisah ini sangat pahit untuk kau, Luqman." - Ameer Uthman "Walau apa pun yang berlaku, awak tetap suami saya dunia akhirat." - Warda Ashikin "Maka dalam setiap perkara, berdoalah pada Allah kerana Dia Maha Mendengar." - Tuk Ikram _______________ Cover by @Fiixorra
SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (HIATUS) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 330,235
  • WpVote
    Votes 45,149
  • WpPart
    Parts 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina diasak keputusan. Tidak semena-mena muncul sebaris nama yang Irdina tidak pernah dengar... Muhammad Al-Fathi. Lelaki itu membeli Rangkasa termasuk kerugiannya sekali. Irdina mencari siapa Muhammad Al-Fathi.. Semakin dia mencari, semakin banyak rahsia yang perlu dibongkar, semakin dia mencurigai Muhammad Al-Fathi. Siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi? #1 politik