hxyfxa's Reading List
3 stories
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,164,292
  • WpVote
    Votes 91,944
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,805,264
  • WpVote
    Votes 282,787
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED] by ariaseva
ariaseva
  • WpView
    Reads 11,056,390
  • WpVote
    Votes 262,858
  • WpPart
    Parts 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1995. Ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang mewah ini mewarisi anak mata ibunya iaitu Datin Quin Avin. Anak mata yang berwarna hazel cair itu mendapat perhatian ramai orang. Ciri-ciri yang ada mendorongnya untuk kekal sebagai model sementara di brand berjenama dari Malaysia iaitu Q. AV's yang dimiliki sepenuhnya oleh Datin Quin Avin. Dalam diam, rupa-rupanya dia telah lama diperhatikan oleh seseorang. "Touch her and i'll kill you. Did you hear that ?" -Aryan Froy Louise. Jejaka bermata biru yang dianggap sempurna oleh semua gadis itu tiba-tiba muncul dalam hidup Quin Avrin. Seorang yang sangat handal dalam seni mempertahankan diri dan sangat cekap menggunakan senjata. Siapakah dia yang sebenarnya? Hidup di dunia yang penuh dengan darah bukanlah satu dugaan bagi Aryan, tetapi ianya dianggap sebagai takdir. Pilihan berada di tangannya, sama ada mahu membunuh atau dibunuh. "He's not a killer, but I am" -Ariq Frandy Louise Adik kepada si hero sentiasa menimbulkan masalah. Tetapi dia jugalah yang akan menyelesaikan masalah. Itulah dia, lelaki yang digelar Fran. Published under Fajar Pakeer (June 2022) Sem Malaysia - RM28 Sabah / Sarawak - RM31 [Action + Romance + Comedy] Slow-Fast Story Idea hak cipta milik © ariaseva Start: 19th January 2018 End: 10th March 2018 (wattpad) ⚠️ Untuk pembaca matang. ⚠️ Jangan terkejut jika anda lebih meminati adik hero berbanding dengan hero. Kerana saya juga begitu. ⚠️ Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok yang terdapat di dalam cerita. ⚠️ Cerita ini adalah rekaan semata-mata. ps: Sila abaikan typo dan kesalahan tatabahasa