COMPLETE
65 stories
THE REVENGE BEGINS © by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 1,121,310
  • WpVote
    Votes 35,433
  • WpPart
    Parts 88
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 996,448
  • WpVote
    Votes 66,462
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
Terlanjur Mencintainya (C) by idkwydlr
idkwydlr
  • WpView
    Reads 496,391
  • WpVote
    Votes 12,553
  • WpPart
    Parts 40
"Umi kena faham along, along cuma tak nak memperjudikan kehidupan along dengan pilihan hati Umi" "Yang akan hidup dengan dia, along. Jadi seorang suami tu, berat tanggungjawabnya. Along yang kena didik isteri sendiri. Tapi, kalau dah tak sayang, tiada kasih antara kami, macam mana along nak jalankan tanggungjawab tu?" Tengku Aidan mengeluh perlahan. ... Kenapalah kau masih simpan lagi hadiah tu? Lepas tu, boleh pula bagi dekat isteri sendiri" pening kepala Tengku Adhwa dibuatnya. ... Author's note: Sebuah cerita yang ringan dan ringkas sahaja. Hanya suka suki guyss. Be easy on me 👉👈. Hopefully you are enjoying my first malay novel. Oh and saya lebih suka publish the whole chapters, tak payah menunggu 🤣 Do votes and comments untuk memeriahkan suasanooo ✨ Highest rankings: #1 shortchapters #1 shortstory #2 cinta #1 novel
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,578,651
  • WpVote
    Votes 82,939
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
NOTORIOUS : JEBAT ARRAYAN (C) by Terikaii
Terikaii
  • WpView
    Reads 153,483
  • WpVote
    Votes 7,848
  • WpPart
    Parts 48
(COMPLETED) Rapunzel, gelaran Arjuna untuk Adara. Adara rasa dia tidak dapat menolak gelaran itu memandangkan hidupnya memang benar-benar seperti Rapunzel. Jika Rapunzel duduk di bangunan tinggi, dia pula duduk di sebalik pagar tinggi. Hidupnya sentiasa dalam bahaya sehingga perlu dikerumuni pengawal ke mana saja. Jebat Arrayan, lelaki yang dipilih oleh ayah untuk dijadikan suaminya dan sekali gus penjaga. Bagi Adara, berkahwin dengan Jebat adalah sebuah kemenangan besar. Siapa yang tak mahu dengan lelaki seksi dan kacak tahap sanggup sepuluh kali mati hidup balik itu? Hanya bila 'bayaran' di sebalik perkahwinan itu diketahuinya, Adara hancur dan kecewa. @2021/2025
Find The Heart Again by mieserene
mieserene
  • WpView
    Reads 751,899
  • WpVote
    Votes 21,068
  • WpPart
    Parts 95
[ B O O K 1 ] NEW VERSION Dalissa hanyalah gadis biasa - sehingga satu perangkap di hotel menjeratnya dalam skandal yang bukan miliknya. Ayden, lelaki kaya penuh dendam, percaya 'dia' telah menghancurkan cinta pertamanya. Tanpa menyiasat, dia membalas dengan cara paling kejam: memerangkap Dalissa menjadi isterinya. Dalam gelora kebencian dan rahsia yang terpendam, apakah kebenaran akan terbongkar sebelum segalanya musnah? Apabila dendam mula goyah dan hati mula berbicara, adakah cinta masih punya ruang untuk hidup semula? beautiful cover by @AizackMesle
RAID IRDINA by roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    Reads 566,975
  • WpVote
    Votes 27,389
  • WpPart
    Parts 85
Kerana satu wasiat dari ibunya Raid Ehsan sanggup pulang ke negara kelahirannya. Menuntut wasiat yang diamanahkan padanya. Kerana satu janji dan juga amanah dari kakaknya, Sara Irdina sanggup mengetepikan cita-citanya demi janji yang sudah dibuat itu. Ikhlasnya hati berpegang teguh dengan janjinya. Dua insan berbeza namun punya matlamat yang sama. Namun adakah matlamat itu menyatukan mereka atau sebaliknya? Raid dan Irdina dua insan yang bakal bertemu.
Salah Arah (C) by vyrisa
vyrisa
  • WpView
    Reads 1,511,216
  • WpVote
    Votes 12,172
  • WpPart
    Parts 54
Luna Irisa & Aariz Luna Irisa, seorang gadis remaja yang ingin cuba menikmati sesuatu yang baru dan menyeronokkan dalam hidupnya. Aariz, seorang lelaki yang turut teruja ingin mengawal dan merasai seorang Luna untuk dirinya tanpa batas. - "Ini semua salah, dosa!" -Luna "Manusia memang tak terlepas dari dosa pun Luna. Kita semua pendosa." -Aariz - "Kau tahu solat tak? Aku ingat ingat lupa." -Luna Bertahun-tahun bergelumang dengan dosa, Luna tersedar yang dia sudah jauh tersasar. Tersedar setelah kedatangan seorang lelaki yang baginya cukup baik, menjaga solat, sopan, menghormatinya sehingga dia berasa malu dengan dirinya ini. Muhammad Rafli, lelaki yang ingin dijodohkan oleh Puan Laili buat dirinya, gadis yang tidak punya apa apa. - 🔞🔞 Amaran 🔞🔞 Cerita ini mengandungi penggunaan kata-kata kesat dan beberapa unsur-unsur dewasa yang tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur. Cerita ini juga boleh menyebabkan segelintir pembaca tidak selesa dengan tema yang diketengahkan, antara adik tiri dan abang tiri. Sila jangan baca jika tidak selesa. - Mula: 1/3/2021 Tamat: 7/5/2022