syasya0981's Reading List
6 stories
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] por leesophielia
leesophielia
  • WpView
    LECTURAS 1,908,062
  • WpVote
    Votos 19,422
  • WpPart
    Partes 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
See You In A Bit [ TERBIT ] por moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    LECTURAS 1,005,140
  • WpVote
    Votos 13,677
  • WpPart
    Partes 13
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER | Known as Ian Rizqash's. 2nd Romance Betulkah cinta setia itu wujud? Hari saja Tuhan hadirkan siang berganti malam. Jadi apa jaminan seorang manusia tidak boleh berubah hati dalam sekelip mata? Mencari pasangan hidup tidak pernah terlintas di benak fikiran seorang Izara Medina kerana dia tidak pernah percayakan lelaki. Bagi dia, lelaki akan terus mencari yang baru bila sang pemilik hati sudah tiada. Dari masa lalu, dia trauma apa yang berlaku. Sejak dari itu dia tidak mahu lagi percaya dengan cinta. Tapi... kenapa dia terjebak dengan lelaki itu? Rimas. Tak suka dan... Gila! Mana mungkin dia jatuh hati dengan lelaki yang rata-rata dia tidak kenal siapa. Ada saja perkara yang buatkan Izara mencari punca untuk bergaduh dengan Ian Rizqash. "Aku tak ada buat beberapa minggu. Jaga diri kau." - IAN RIZQASH "Pergilah. Tak nak balik pun tak apa, lagi bagus." - IZARA MEDINA Dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Ke mana dia pergi, dengan siapa ataupun kerjayanya. Bagi Izara, semua itu tidak penting. Namun ada sesuatu tentang Ian yang buatkan dia mula curiga. Lelaki itu... Dia seperti lebih mengenali Izara dari diri dia sendiri. Siapa sebenarnya Ian Rizqash? Di saat Izara Medina berteka-teki, di saat itulah Ian Rizqash memulakan permainannya. "Kenapa you nak kahwin dengan I?" - IZARA MEDINA "I can't answer you that. Our conversation ends here." - IAN RIZQASH Di saat dua insan berperang merasa detak bahasa cinta, khabar duka datang tanpa dipinta. Kisah kita dimulai dengan indah. Namun berakhir tanpa kata selesai kerana cinta sejati sudah diletakkan noktah daripada Tuhan. "Leaving you would be my last option in life." --- Preorder bermula 24.5.2024, 12:00 a.m. Semenanjung Malaysia: RM30 Sabah/Sarawak: RM33 ⚠️ wattpad is unedited version, not the same as physical novel.
EBOOK HIS DESTINY- Dia Takdirku por Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    LECTURAS 872,156
  • WpVote
    Votos 45
  • WpPart
    Partes 2
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al Baqarah Ayat 216 Qays Haddad seorang pegawai polis pangkat ASP dan juga seorang lelaki yang memiliki anak mata berwarna grey telah menggoncang jiwa seorang doktor jantung, Dr. Qis Dayana sejak setahun lalu. Namun, tidak bagi Qays Haddad kerana gadis itu memiliki semua ciri-ciri gadis yang dia benci iaitu garang, kasar dan free hair. Baginya gadis itu tidak sesuai untuknya walaupun gadis itu adalah jawapan doa istikharahnya. Dia memilih Ainul Wardah sebagai bakal isteri kerana gadis itu memiliki sikap lemah lembut, cantik dan bertudung. Kerana salah faham maruah Dr. Qis Dayana dihina dan juga dipersoalkan. Oleh kerana itu, Dr. Qis Dayana nekad tanam kebencian terhadap lelaki bernama Qays Haddad. Saat kebenaran terungkai mula terbit satu erti penyesalan. Ego menidakkan perasaan di dalam hati tetapi rindu mula menebal. Gadis yang dulu dia benci kini dia mula mencintai dan mengharap itu jodoh terbaik buatnya. Saat sinar bahagia itu muncul, fitnah menjadi pemisah utama. Adakah jiwa lelaki bernama Qays Haddad kuat menghadapi dugaan saat di benci insan yang dia cintai untuk kali keduanya? ⚠️ Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan typo
DHEO'S por karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    LECTURAS 895,860
  • WpVote
    Votos 27,250
  • WpPart
    Partes 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2018
King Haidar (PUBLISHED) por AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    LECTURAS 735,211
  • WpVote
    Votos 27,883
  • WpPart
    Partes 24
Kisah Raja Haidar x Suria Andreana -- Seperti biasa, cerita tak akan habis di wattpad. Bacaan di sini adalah untuk tujuan promosi sebelum novel ini dibukukan. Sekian.
Lelaki Misteri Pujaan Hati (OG) por mrsgreen__
mrsgreen__
  • WpView
    LECTURAS 6,203
  • WpVote
    Votos 212
  • WpPart
    Partes 10
[Book 1] -Slow updated- (sedang memperbaiki cerita) Mengisahkan Seorang gadis remaja yang ingin menjadi penulis berjaya seperti penulis-penulis di luar sana. Gadis itu mula menulis di Aplikasi wattpad sehingga dia menjadi terkenal. Minatnya untuk menulis semakin mendalam setelah menerima banyak sokongan dari orang ramai. Gadis itu juga telah merancang untuk menumpukan pada buku fizikal pertama dia untuk diterbitkan. Malangnya, dia terpaksa berhenti seketika rancangannya itu kerana beberapa sebab dan kejadian yang perlu dihadapi. "Okay ibu, nanti Aisyah tanyakan ada lagi ke tak kerja kosong" -Rabiatul Aisyah- "Macam mana kau ada dekat syarikat tu?" -Nazif Ikwan- Hairan mengapa gadis itu berada di syarikat tersebut. Tapi tidak mengapa dalam masa yang sama, wajah gadis itu juga menjadi penenang dia. Entah mengapa dia rasa begitu. Dia sendiri keliru. "Awak tipu saya 'LUCAS'! " -Rabiatul Aisyah- "Aisyah dengar apa dulu apa aku nak cakap please?" -Lucas- Segala kekeliruan dia kini sudah terungkap. Mengapa perlu menipu? Adakah jejaka itu hendak mainkan perasaan dia? Jujur dihati dia yang dia telah hampir jatuh cinta dengan jejaka itu. "Aku cintakan kau Aisyah! Aku tak tahu sejak bila tapi sekarang Aku sedar yang Aku cintakan kau sangat-sangat!" -Nazif Ikwan- Terkejut dengan pengakuan jejaka itu. Aisyah terasa ini hanyalah sebuah mimpi! Gembirakah dia dengan pengakuan tersebut? Siapa sahaja tidak gembira kalau bekas kekasih Pujaan Hati membalas cinta dia?! Namun, mampukah dia terima semuanya? Mampukah dia terima jejaka itu? Lucas dan Nazif! Dua Lelaki misteri Pujaan Hati dalam satu masa?! 100% from my imagination NO plagiat. Maaf segala ayat yang tidak gramatis dan kebudak-budakkan.💕 Start: 30/4 end: -