𝓞𝓷-𝓽𝓱𝓮-𝓻𝓮𝓪𝓭 𝓻𝓵
11 stories
DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 1,482,850
  • WpVote
    Votes 68,173
  • WpPart
    Parts 91
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Ketiga-tiganya bagaikan api yang menyala. Langsung tidak mahu mengaku kalah. "Hello Cik Adik kurang manis. Kau ingat kita orang bertiga nak mengorat kau? Jangan perasan!" - Bagi pihak lelaki juga tidak mahu kalah. Masing-masing tidak akan meletakkan ego ke tepi. "Dulu benci, sekarang apa?" "Sekarang sayang sampai ke Syurga" Start : 13 April 2024 End : 19 Julai 2024 [ Story ke-13 ]
Suamiku Mr.Bad Boy by __clairezz
__clairezz
  • WpView
    Reads 901,501
  • WpVote
    Votes 35,447
  • WpPart
    Parts 53
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh cinta pandang pertama pada lelaki misteri itu. " kau tak takut ke duduk berduaan dengan lelaki macam aku dalam lif ni ? ". Kata Rafael sambil mengangkat sebelah keningnya dan mengukirkan senyuman nakal di bibirnya. " Apa maksud awak ?? awak lelaki macam mana ?". Tanya Hanania cuak. Rafael mendekatkan wajahnya pada wajah hanania dan membisikkan sesuatu. " Bad boy". Bisik Rafael.
Ayra Sophia by syyisnn
syyisnn
  • WpView
    Reads 237,999
  • WpVote
    Votes 4,383
  • WpPart
    Parts 42
AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran orang ketiga makin menggoyahkan rumahtangga mereka. Perubahan Mikha yang mendadak itu mengejutkan Ayra Sophia yang semakin hanyut dalam cinta yang dibina oleh mereka. Ayra semakin jatuh cinta sehinggakan segala kesalahan Mikha dinafikan walaupun dirinya perit melihat si suami berlaku curang di hadapan matanya. Kejutan demi kejutan yang Ayra terpaksa terima termasuk pernikahan kali kedua buat suaminya bersama perempuan lain yang diberi nama Ellyda Zahra. Diberi pelbagai dugaan namun Ayra masih gagah menyelamatkan rumahtangganya yang sudah berantakkan akibat orang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Ayra terpaksa menelan segala kepahitan itu dan melangkah maju demi merebut haknya yang sudah dirampas. Dia yakin, cinta tulusnya membawa hasil yang cukup baik walaupun dirinya dimadukan tanpa kerelaan hati. Krisis apa lagi yang bakal ditanggung gadis itu? Mana kasih sayang Danish Mikhail terhadap isterinya yang tulus mencintai dirinya? Mungkinkah kesudahan kisah cinta Ayra hanya berhenti di sini? Apakah kesudahan kisah Ellyda Zahra dan Danish Mikhail? Baca dan hayati rentaian kisah Ayra Sophia yang sentiasa jiwa dan hatinya diseksa hebat. Ikuti kisah ini sehingga penamatnya. Harap masing sama-sama memberi respons yang positif dan sentiasa menyokong karya 'syyisnn'. Start : 29.11.2017 End : 13.04.2020
Pencuri Hati! Mrs Doktor.. by NurulHuda015
NurulHuda015
  • WpView
    Reads 812,807
  • WpVote
    Votes 27,616
  • WpPart
    Parts 5
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang bertahun-tahun dibina akhirnya rebah dalam sekelip mata. Bila cinta yang disulam dengan kepercayaan akhirnya ditebuk janji palsu, Aira Adriana, seorang doktor muda yang berdedikasi, akhirnya akur - bukan semua luka boleh dirawat. Pengkhianatan Taufiq Aydan, lelaki yang pernah dia rancang untuk dinikahi, telah meninggalkan parut yang dalam. Ditambah dengan tekanan kerjaya sebagai doktor pelatih, Inara membuat keputusan drastik tinggalkan semua kenangan, dan mula semula. Dia tak sangka, hadirnya satu lagi 'ujian'. Jiran barunya, Muaz Zaydan, seorang chef muda yang terlalu relaks untuk difahami, terlalu tenang untuk dipercayai. Menyakat, menyibuk, tapi tahu bila perlu diam dan hadir tanpa paksa. "Kenapa awak selalu muncul masa saya penat, Adrian?" "Sebab saya tahu... awak dah lama letih sorang-sorang." Perlahan-lahan, Aira mula membuka ruang. Tapi tepat ketika hatinya hampir pulih, satu kebenaran muncul - menyentap segalanya. "Awak tipu saya. Siapa sebenarnya perempuan tu, Adrian?!" "Saya... saya tak pernah nak permainkan awak, Aira..." Dikhianati sekali lagi. Kali ini, Aira tekad. Dia takkan terperangkap dalam luka yang sama. Cukuplah sekali dia belajar, cinta tak semudah yang digambarkan dalam buku teks perubatan. "Kalau saya tahu awak akan buat saya macam ni, saya takkan pernah buka grill rumah tu. Saya takkan pernah balas senyuman jiran sebelah." "Selamat tinggal, Adrian" Namun, takdir tak pernah menulis cerita dengan satu penamat. Dan kali ini, antara sakit dan sembuh - siapa sebenarnya yang akan menyelamatkan siapa? Cover: Theayraa
ZAUJI BRYAN [C] by Miss_Rahsia
Miss_Rahsia
  • WpView
    Reads 227,843
  • WpVote
    Votes 10,277
  • WpPart
    Parts 55
PEMBACA MATANG 15+ Bagaimana rasanya apabila berumur 17 tahun tapi sudah berkahwin? tetapi perkahwinan mereka bukan lah seperti orang lain yang indah pelamin nya. Mereka disatukan tanpa mengetahui wajah masing masing. Hanya melafazkan akad bersaksikan orang tua si gadis tu dan orang tua nya saja. Disebabkan ingin mengetahui siapa isteri nya, dia nekad untuk mengajar di sebuah sekolah dan memegang gelaran sebagai Sir. Dugaan. Ya amat mencabar kesabaran nya apabila mendapat tahu perangai sebenar si isteri yang sangat degil, keras kepala dan nakal.
XAVIER ETHAN ✓ by Miss_Rahsia
Miss_Rahsia
  • WpView
    Reads 86,710
  • WpVote
    Votes 5,005
  • WpPart
    Parts 30
Menjadi anak angkat di satu keluarga tidak lah mudah bagi nya. Didera oleh si abang membuatkan dia sudah tidak tahan sehingga jejaka tu gamak mahu merosakkan gadis tu dengan cara kotor. "Puas lah kan hati abang Es? Puas lepas buat Zha macam ni?!" ~Zhavira Keyvara "Dari awal aku tak suka mama papa ambil kau jadi anak angkat dekat keluarga ni!" ~ Ryan Eskandar. Pukulan demi pukulan di setiap hari sehingga lah satu peristiwa membuatkan dirinya bertemu dengan seorang jejaka yang datang menyelamatkan nya. "Awak siapa?" ~ Zhavira Keyvara "Don't cry babygirl, i am here for you" ~ Xavier Ethan. Adakah jejaka yang muncul bakal menjadi hero atau sebaliknya? ⚠️ Matured content ⚠️ 15+
Tanya Sama Hati ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 1,314,609
  • WpVote
    Votes 58,456
  • WpPart
    Parts 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kalau hendak terus jatuh cinta pandang pertama. Memang taklah! Juwita dan Haris ibarat magnet yang berlainan kutub. Sejauh mana Juwita cuba mengelak, selagi itulah Haris makin mendekat. Bagi Haris pula, gadis seunik Juwita perlu didekati. Haris tahu ada sesuatu yang istimewa disebalik seorang Cikgu Juwita. Sesuatu yang istimewa dan tidak patut dilepaskan. Tetapi bagaimana pula jika persaingan untuk mendapatkan Juwita tidak mudah? Mampukah Haris bertahan dengan adanya Khal dan Yusuf yang masing-masing mahu mendapatkan Juwita juga? Ibarat sebuah trofi terulung, siapakah yang bakal memenanginya nanti?
Isteri Tanpa Cinta (Complete) by lavenderyana
lavenderyana
  • WpView
    Reads 3,384,518
  • WpVote
    Votes 78,400
  • WpPart
    Parts 41
Ain Munirah terpaksa mengahwini anak boss, Zarriq Rayqal di atas suatu insiden yg memalukan. Walaupun dibenci sepenuh hati oleh suaminya, Ain rela kerana yakin dia akan dapat melembutkan hati suaminya. Zarriq Rayqal tidak dapat menerima kenyataan yang dia dipaksa berkahwin dengan anak driver keluarganya. Perempuan itu tak layak terutamanya dari segi kekayaan, terlalu menutup aurat, dan juga perlakuannya yg pendiam. Dapatkah Ain melembutkan hati Zarriq dan membuatkan suaminya menerima dirinya sebagai isteri yang sah. Walaupun berbagai halangan dia akan tetap bertahan dan yakin ada bahagia di depan.
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,800,532
  • WpVote
    Votes 206,734
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021