E-Book
28 story
HAMZAH EDUARDO: The Heartless Prince | ebook  بقلم Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    مقروء 5,382
  • WpVote
    صوت 198
  • WpPart
    أجزاء 6
Sebuah sekuel MR PRINCE'S PRISONER
CARAMEL MACHIATO - Ebook بقلم Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    مقروء 5,552
  • WpVote
    صوت 548
  • WpPart
    أجزاء 4
sebuah sequel DEAR MR MASK & MY COINCIDENCE BRIDE ARFAN AZAM BIN ADI AKASHAH x ARUMI HAIFA BT ARJUNA HANIF Sejak kecil, Arfan dan Arumi tak pernah sependapat. Selalu bertengkar mulut setiap kali berjumpa. Permulaan nya Arfan yang suka membuli Arumi sebab dia anggap itu sebagai satu hobi, membuli kawan-kawan adik dia Balqis. Setiap kali dia cuba untuk membuli Arumi dengan niat suka-suka, namun setiap kali itu juga niat suka-suka itu akan bertukar menjadi tragedi yang serius. Arfan juga tidak puas hati dengan Arumi bila dia beranggapan semua orang memihak pada Arumi sampaikan papa dia pun selalu pukul dia setiap kali dia cuba nak buli Arumi. Bila meningkat dewasa, hubungan mereka semakin bertambah dingin. Bagai anjing dengan kucing, selalu bergaduh dan bertengkar. Arfan pula membesar menjadi seorang lelaki yang punyai pakej yang cukup sempurna sehingga menjadi perhatian para pelajar perempuan di kolej tempat mereka belajar. Dan dia juga sudah membuka sebuah bengkel kereta yang diusahakan nya pada hujung minggu di bantu oleh Thaqif Asnaf, adik Arumi. Arumi masih berada pada tahun pertama di Kolej Tun Razak. Bila dengan Arfan, cara percakapan nya akan berubah menjadi kasar. Dia bukan tak lemah lembut, tapi dia tak mahu nampak lemah dan lembik. Dia jenis yang akan mempertahankan diri nya kalau dia merasakan benda tu betul untuk dipertahankan. Ian Hafizi, sahabat baik Arfan, mula menunjukkan minat kepada Arumi. Pelbagai usaha dia lakukan untuk menambat hati Arumi. Dan bila Arfan mula melihat kemesraan Arumi dan Ian yang semakin jelas ketara saban hari, dia dihambat rasa cemburu tanpa sedar. Lalu apakah sebenarnya perasaan Arfan pada Arumi? Hati aku ni sakit sangat bila tengok kau boleh mesra-mesra dengan Ian, tapi dengan aku bukan main kau berkasar - ARFAN AZAM
LEO'S POSSESSION | eBook بقلم Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    مقروء 76,259
  • WpVote
    صوت 6,732
  • WpPart
    أجزاء 45
RAPHAEL LEO BIN RONNY ABDULLAH, seorang lelaki berdarah kacukan Melayu Vietnam. Pemilik mansion dan sebuah empayar perdagangan yang diberi nama EMPAYAR WHITE OWL. Dia lelaki yang punya segalanya, kecuali satu, iaitu didikan AGAMA DAN KASIH SAYANG. Hidupnya hanya bertunjangkan nafsu, kuasa dan wang ringgit. Ketika berusia 17 tahun, Leo sudah kehilangan kedua orang tuanya yang telah terlibat dalam kemalangan ketika berada di dalam kapal di atas laut. Bagi Leo, perempuan hanya lah untuk berseronok. Bukan untuk disayangi, apatah lagi untuk dicintai. Selepas kematian kedua orang tuanya, Leo dibesarkan dengan persekitaran keluarga yang hidup dalam pergaulan bebas oleh ayah saudaranya, David. Dan Leo terus membesar menjadi seorang lelaki yang lupa agama. DARLINA SOFEA BT IDRIS, anak yatim piatu dan gadis gelandangan. Satu peristiwa hitam telah meragut nyawa kedua ibu bapanya ketika dia berusia 12 tahun dan menyebabkan dia terus terpisah dari ahli keluarga dan saudaranya yang lain sehingga hilang jejak. Dan sejak itu, Darlina telah menjadi anak gelandangan dan dia berkawan rapat dengan dua beradik yang juga gelandangan, Haris dan Zed. Mencuri sudah menjadi kebiasaan mereka bertiga demi untuk mengisi perut. Kerana satu kejadian ketika tiga sekawan itu memecah masuk ke mansion WHITE OWL untuk mencuri atas arahan Master James, telah menyebabkan mereka tertangkap. Adakah mereka terkorban atau sebaliknya? Dan detik ini, menjadi pertemuan pertama antara Leo dan Darlina. Pertemuan yang berlaku dalam keadaan yang sangat tragis dan langsung tiada manisnya. Namun siapa sangka, hati Leo yang tak pernah kenal erti cinta itu, mula berpaling tadah dan menderhaka. "Ê, tên trộm, cậu đã đánh cắp trái tim tôi rồi! (Hei pencuri! Kau telah mencuri hati aku!)" - Leo
MENANTI DIA (EBOOK) بقلم Zueikha23
Zueikha23
  • WpView
    مقروء 6,119
  • WpVote
    صوت 193
  • WpPart
    أجزاء 5
Dr. Rhys Hilman X Leftenan Nuwairah Annashrah
Dear Mr Mask - Ebook بقلم Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    مقروء 373,383
  • WpVote
    صوت 11,688
  • WpPart
    أجزاء 50
Adi Akashah, kehilangan isteri tercinta dalam satu kemalangan, telah menjadikannya seorang lelaki yang hidup dalam jiwa yang mati. Menyalahkan diri sendiri sebagai punca kematian isterinya, dia telah nekad untuk tidak membenarkan cinta hadir lagi ke dalam hatinya. Baginya, cintanya hanya milik arwah isterinya. Dia hidup dalam bayangan sendiri, meratapi pemergian si isteri tanpa henti. Sikapnya juga terus berubah 360 darjah, menjadi pemarah, ego dan panas baran. Dan dia telah membuat satu keputusan gila, menutupi wajahnya dengan topeng kerana dia tidak mahu mana-mana wanita jatuh cinta padanya. Wajahnya, hanya arwah isterinya saja yang layak untuk menatapnya. Bella Nadiya, dia gadis periang dan happy go lucky. Anak tunggal dan anak manja. Masih menuntut di kolej dalam bidang Seni Reka Dalaman. Dicurangi kekasih hati bersama dengan sepupunya sendiri, dia kecewa. Percintaan yang sudah terjalin 2 tahun lamanya, terputus begitu saja. Bagi Bella, rupa kacak pun tidak menjamin kebahagiaan. Pertemuan tidak sengaja dengan jejaka bertopeng di rumah kawan mamanya, telah menjadikan Bella tidak keruan mahu mengenali siapa lelaki itu. Ada-ada saja helah dan cara yang dilakukan untuk mengenali lelaki itu, namun ternyata sukar sehinggalah Bella membuat keputusan gila mahu melamar lelaki itu. Dia tidak mahu memilih lelaki yang bermuka kacak lagi. Biarlah rupa lelaki bertopeng itu buruk sekali pun, dia tidak kisah. Asalkan lelaki itu setia pada cinta. Berjayakah Bella dalam usaha untuk memikat hati jejaka bertopeng itu? "Dear Mr Mask, beri saya tempoh 3 bulan untuk mengorat awak, boleh?" "Jangankan 3 bulan, 3 saat pun aku tak sudi nak beri!" "Awak takut eh?" "Kau jangan nak cabar aku!" "Dan saya memang sedang mencabar ni my dear Mr Mask" "Baik, kalau lepas 3 bulan kau gagal, aku akan lepaskan kau. Aku tak nak terikat dalam perkahwinan yang bodoh ni!" Itu sekarang, bagaimana pula dengan tiga bulan akan datang? "Wo ai ni, Mr Mask"
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook بقلم Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    مقروء 392,619
  • WpVote
    صوت 10,412
  • WpPart
    أجزاء 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mirwan Maliki, hidup Tiara benar-benar bahagia. Terasa dirinya benar-benar disayangi dan dicintai oleh Mirwan. Lelaki itu selalu ada disaat dia memerlukan. Lelaki itu selalu ada melindungi disaat dia dalam kesusahan. Namun siapa sangka, bahagia yang hadir itu, direnggut pergi tanpa Tiara pernah terfikir perkara itu akan berlaku ke atas dirinya. Dikhianati dalam diam oleh kekasih hati, perempuan mana yang kuat untuk menerima? Semakin luka parah hatinya bila Mirwan mengakui sudah mencintai wanita lain dalam diam, dan lelaki yang dicintai sepenuh hati itu akhirnya memilih untuk menikahi wanita lain. Rasa kecewa itu begitu menjerut tangkai hati Tiara. Demi untuk melupakan rasa kecewa, dia bekerja tanpa henti membawa pelancong ke luar negara. Dan pertemuan dengan seorang jejaka ketika dia hadir ke majlis perkahwinan Mirwan, telah menjadi titik permulaan hidupnya sentiasa dipertemukan dengan lelaki tampan itu. 3 bulan mereka tidak berjumpa selepas pertemuan pertama itu. Akhirnya bumi Korea kembali mempertemukan mereka. Arjuna Hanif, seorang juruterbang Malaysia Airlines berpangkat kapten. Lelaki yang pada mulanya bermulut pedas. Namun, bila berdepan dengan Tiara, dia boleh berubah menjadi manis, semanis gula. Tiara mengelak, Arjuna pasti akan mendekat. Satu persamaan antara mereka, dikecewa dan dikhianati oleh orang yang mereka sayang tanpa mereka tahu yang pasangan mereka itu bakal berkahwin antara satu sama lain. Lantas, mereka tak ubah seperti Sugar and Spice. Manis dan pedas, seperti rencah kehidupan yang mereka lalui. Adakah Arjuna dan Tiara memang ditakdirkan untuk bersama? Atau cinta lama Tiara dan Arjuna akan kembali semula kepada mereka suatu hari nanti?
Bahagia Yang Tertunda بقلم Orkedmenulis
Orkedmenulis
  • WpView
    مقروء 894
  • WpVote
    صوت 66
  • WpPart
    أجزاء 15
Antara mereka pernah ada rasa cinta. Namun hanya kerana fitnah, cinta yang pernah ada bertukar menjadi benci dan dendam. Siapa sangka, selepas lima tahun takdir mempertemukan mereka kembali. "You boleh beritahu family you yang you tak nak kahwin dengan I." "Kalau bukan I, ada ke lelaki lain yang sudi terima you jadi isteri dia orang?" Darin lelah. Zareed terus menghukumnya atas kesalahan yang dia tidak pernah lakukan. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki itu penuh dengan kebencian dan dendam. Saat kebenaran terungkap, Zareed dihurung penyesalan. Namun dia sudah terlambat. Darin sudah tawar hati. "Kalau I mampu, I nak berada di tempat you. Biar I telan semua luka yang I dah bagi pada you. Biar I yang tanggung semua sakit yang you rasakan selama ni." "Kita dah terlalu jauh untuk kembali macam dulu lagi. Mari berpisah untuk selamanya kali ini." Mampukah Zareed memujuk Darin kembali? Dapatkah meeeka menggapai kembali kebahagiaan yang pernah mereka kecapi dahulu?
I AM YOUR KING | eBook بقلم Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    مقروء 3,399
  • WpVote
    صوت 215
  • WpPart
    أجزاء 6
Zayyad Adam & Hawa Alisa
MY PROMISE | ebook بقلم Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    مقروء 2,323
  • WpVote
    صوت 128
  • WpPart
    أجزاء 5
Sebuah sequel LEO'S POSSESSION Charles Robert x Zara Imani