ZahLys
- Reads 846
- Votes 66
- Parts 19
Darni adalah seorang lelaki yang sukar difahami. Sikapnya keras, dingin dan tegas membuatkan ramai memilih untuk menjauh, namun di sebalik sifatnya yang menakutkan, ada sisi lain yang tidak semua orang tahu.
Bella pula seorang gadis yang kelihatan polos dan ceria. Dia kuat makan, mudah tersenyum, tetapi menyimpan luka lama yang tidak pernah dia tunjukkan kepada sesiapa. Baginya, lebih baik menanggung sakit sendiri daripada membiarkan orang lain merasa kasihan.
Pertemuan mereka mengubah banyak perkara. Bella yang menganggap dirinya tidak mempunyai apa-apa, perlahan-lahan menjadi seseorang yang sangat berharga dalam hidup Darni.
Namun, apabila rahsia mula terbongkar, Bella perlu menerima bahawa lelaki yang berada di sisinya mungkin menyimpan lebih banyak sisi daripada yang dia sangka.
"Kau selamanya milik aku." - Darni
"Saya memang milik awak sepenuhnya." - Bella