amnieyy1715's Reading List
33 stories
Cinta Untuk MrGarang by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 7,352,328
  • WpVote
    Votes 348,625
  • WpPart
    Parts 77
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah baba kini diatur oleh Suaminya yang baru berusia 17 TAHUN. "Jangan nak menggatal sangat. Kau isteri aku"- Syafiq Hilman "Cuba senyum? Asyik nak marah je. Kan handsome kalau senyum." Nur Elleana Kenapa makngah sangat membenci Elleana? Perkahwinan diduga lagi dengan cinta mati Abang Afi terhadap Elleana yang sudah lama dipendam.
[C] AMRAN DEINZ  by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 150,469
  • WpVote
    Votes 5,216
  • WpPart
    Parts 56
| Spin-off Isi Hati Erina Wardah | Gara-gara roti Croissant, habis satu kedai di London itu ribut oleh mereka. Disebabkan itu juga, tercetusnya pertemuan kali pertama antara Anastasia dan Amran. Pertemuan yang menyebalkan dan yang paling penting... Dibencikan! Betul lah orang cakap, jangan terlalu benci nanti melekat ke hati. Ana akui itu tapi dia juga sudah punya kekasih hati di tanah air sendiri. Oleh itu, dia perlu setia dan percaya. Namun kepercayaannya pada si kekasih hati punah saat ketahuan curang di belakangnya selama ini. Dasar jantan tak guna! Hati Anastasia hancur berkecai. Berderai. Bersepai. Namun hadirnya Amran, mengutip semula serpihan hati itu lalu mencantumkannya semula menjadi hati baru. "Kau nak pinjam bahu aku tak?" -Amran Deinz "Untuk?" -Anastasia "Untuk kau bersandar. Kutlah kau penat dengan hidup ni. Bolehlah kau sandarkan kepala kau dekat bahu aku." Hidup mereka bahagia, langsung tiada masalah. Sehinggalah timbulnya fitnah yang membuatkan Amran mula curiga dan ragu-ragu dengan cinta Anastasia. "Bila aku kata aku cinta dan sayangkan kau sangat-sangat, aku tak pernah main-main. Bila dengar kau kata kau cintakan aku juga sangat-sangat, sumpah cakap aku sangat bahagia dan gembira. Tapi bila benda ni jadi, aku mula ragu-ragu dengan cinta kau, Embun. Kau...betul-betul sayangkan aku? Atau kau masih punya perasaan dengan dia?" Apa semua ni? Anastasia buntu. Mahu dijelaskan perkara sebenar, Amran sudah lancar perang dingin dengannya. Macam mana dia nak tarik semula kepercayaan Amran tentang cinta yang tak hitung dia pada si sang suami ni? Mampukah hubungan mereka berbalik seperti dulu? Tenang dan bahagia? Atau malah sebaliknya? Silakan dibaca... -Light story -Comedy Romance
[𝐂] 𝐈𝐒𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐄𝐑𝐈𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐃𝐀𝐇 by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 335,771
  • WpVote
    Votes 16,541
  • WpPart
    Parts 67
Hidup seorang Erina Wardah tak segembira yang bernafas disekelilingnya. Semenjak dia disahkan menghidap penyakit kronik di zaman kanak-kanak, hidupnya mula bergantung sepenuhnya dengan ubat. Secara tak langsung, dia ditahan di hospital buat sementara waktu atas arahan doktor. Hinggalah saat itu, Erina tak sengaja bertemu dengan seseorang yang senasib dengannya. Han, seorang lelaki yang tak banyak budi bicara dan bersifat dingin. Menyebalkan tapi dalam masa yang sama menarik perhatian Erina. Han sudah setahun ditahan dihospital akibat penyakit saraf otak yang dialaminya. Perlahan memori yang dia ada sebelum ini terkikis dan dilupakan. Amnesia? Mungkin saja. "By the way, can you try remember this name for a long time until you grow up?" - Erina Wardah "What?" - Han "Erina. Erina Wardah" Tak menyangka takdir mempertemukan mereka kembali dilanjut usia. Waktu itu, masing-masing mereka sudah mempunyai kerjaya. Namun, pertemuan mereka kali ini langsung tak pernah disangka-sangka. Kebetulan, terikat dan tak di sengajakan. Erina dihukum menjadi doktor peribadi Han atas kehendak tuan punya badan itu sendiri? Erina cuba menerima. Dan tanpa sedar semakin hari dirinya semakin tertarik dengan aura lelaki dingin bernama Han itu. Namun saat mereka bertemu kembali, masihkah Han yang mempunyai masalah amnesia itu mengingati wanita yang bernama Erina Wardah ? Tahukah dia bahawa Erina Wardah adalah wanita yang pernah muncul di kehidupannya sebelum ini? "Do I know you?" - Han "Maybe yes or maybe no, signore Han - Erina "non cercare di ingannarmi, bella." ********************************************** "I hate you!"-Erina "Did i told you to love me, mariposa?" - Han ********************************************* Namun kisah gelap Han membawa kepada bencana baharu yang telah melibatkan Erina. Dua-dua berada dalam ancaman musuh. Gila! Mampukah mereka menghadapi semuanya bersama? Highest #1 in action Highest #1 in thriller START: 15/10/2021 END: 11/01/2022
| C | Aileen X Luthfan by syakinah_m
syakinah_m
  • WpView
    Reads 453,976
  • WpVote
    Votes 18,446
  • WpPart
    Parts 46
Penjodohan? Ah, siapa saja yang suka! Tapi berbeza pula dengan perempuan bernama Aileen ini. Dikala semua orang membenci penjodohan, dia pula terlebih menyukainya. Dipadankan dengan Jovian Luthfan, si kaya yang kacak maut hingga berjaya membuatkan dia sanggup buat apa sahaja demi meraih cintanya yang bertepuk sebelah tangan. Peribadi mereka? Bagaikan langit dan bumi. Jauh bezanya bila Luthfan yang utuh dengan sikap dinginnya berganding dengan isterinya, Aileen yang bersikap gila-gila, sengal, penggoda dan terkadang terlebih aktif tak kira tempat. "Kau ni memang, kan?!" -Luthfan "Eh tak lah. Saya Aileen. Siapa memang?" -Aileen. Dia memang gila. Tapi gilanya hanya mampu dilihat oleh orang terdekat. Dan sudah tentu, bila namanya sudah Aileen Casandra, jangan pernah mencabar kesabarannya. Jangan biarkan sisi gelapnya melangkah keluar kalau tidak mahu nyawa melayang sia-sia. Terutamanya yang melibatkan suaminya, Luthfan. Jangan pernah sentuh suami aku, itu pesan Aileen kepada semua wanita yang berani mengganggu suaminya. Protective wife? Yes. Hati si suami cuba diraih tanpa lelah. Biarpun banyak ujian yang datang menggegarkan hubungan mereka , namun Aileen cuba untuk bertahan. Bila dua hati mereka mula bersatu tanpa rasa mahu melepaskan lagi, datang pula misteri dan tanda tanya yang timbul bila Alan, sahabat baik Luthfan muncul dan menghuru-harakan hidup Aileen. Siapa Alan? Apa hubungan Alan dan Luthfan yang sebenarnya? Kenapa hati ini selalu rasa sesuatu bila bertatap mata dengan dia? Adakah aku jatuh cinta dengan dia, atau hati ini hanya simpati dengan dia? Aileen buntu! Deja vu? Tapi otak langsung tak mengingat apa-apa. Bila misteri dan rahsia akhirnya terbongkar, Aileen cuba untuk mengimbangkan diri dan bertahan agar tidak tersungkur jatuh menerima hakikat yang teramat memedihkan. Lagi sakit bila Aileen mendapat tahu bahawa Luthfan terpalit sekali dalam rahsia ini. Rahsia apa? Silakan dibaca...
Bidadari Pujaan Syaitan[SUDAH TERBIT] by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 2,016,842
  • WpVote
    Votes 44,305
  • WpPart
    Parts 22
TENGKU DAYREN LEO, detik-detik yang ada dalam hidup lelaki itu sekadar bertuhankan nafsu, wang, pangkat, dan wanita. Setiap keinginannya harus dipenuhi. Tidak kira apa caranya. Halal atau haram, dia akan dapatkan. Selama 22 tahun bernafas, tidak pernah sedetik pun dia ingat kepada Tuhan. Episod 'gelap' masa yang lalu telah menghumban dia ke dunia kelam. Rahsia yang dia selalu pegang, dia telah 'kunci' rapat hanya untuk dirinya. "Saya cintakan awak!" -Dasha Arluna "Perempuan bodoh macam kau ni...sebut soal cinta? Pergi mampus kaulah!" -Dayren Leo DASHA ARLUNA, tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta. Tetapi saat melihat Leo, hatinya sudah terpaut buat pertama kali. Jatuh cinta itu tidak salah tetapi yang salah bila dia telah jatuh cinta kepada orang yang salah. Lelaki yang dia puja bukan milik dia. Tetapi milik Dahlia. Saat itu, Dasha sedar tiada peluang untuknya. Namun, saat dia cuba menjauh, Leo pula yang seakan tidak mahu 'melepaskannya' pergi. "Tak perlu pergi. Cuma sentiasa berada di samping aku." "Awak dah ada Dahlia!" "Tapi kau dah berjaya goda aku..." Kerana satu malam, Dasha tersungkur di tapak kaki Dayren. Lelaki itu cukup segala rancangan setannya. Membuatkan Dasha tunduk kepadanya. Itu salah satu tujuannya. Tapi tidak disangka-sangka kerana tindakannya yang mengikut hawa nafsu, Dasha semakin jauh daripadanya. Hilang tanpa jejak membawa benihnya yang sudah bercambah. 6 tahun. Jatuh bangun Dasha selama tempoh itu bersama penguat semangatnya. 6 Tahun di Istanbul mengajar Dasha erti cinta sebenar. Cinta kepada yang Maha Esa. Yang Satu. Tatkala pulang ke tanah air, Dasha sekali lagi jatuh tersungkur kerana ulah Dayren. Setan itu ternanti-nantikan 'kepulangannya'. Saat itu, dunia Dasha benar-benar kelam. "Saat aku mencari cinta DIA, Tuhan berikan kau kepada aku." -Bidadari tak bersayap. WARNING: Do not copy any part of this story COVER by AizackMesle
INDAH CINTAKU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 754,174
  • WpVote
    Votes 6,128
  • WpPart
    Parts 10
3rd story 💛 Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri. Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Memang tak lah! Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala otak je nanti. "Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi "Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz..Bukannya ibu dengan Maklong tahu pun" - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap. "Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi Eh? Kenapa lain pulak ceritanya? Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,935,261
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.