Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
imShaKes's Reading List
4 stories
Let It Rain - Terbit PBAKL 2026 by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 645,211
  • WpVote
    Votes 2,962
  • WpPart
    Parts 6
Love Seasons: Book 2 ~Setelah hujan duka berhenti, kita akan bertemu lagi ~ Lily Khaleeda hanyalah gadis biasa tetapi mempunyai hati serta cinta yang luar biasa. Cinta di hati buat seorang lelaki bernama Khalid Zulkarnain tidak pernah difikirnya akan dibalas. Kerana Allah perancang takdir yang terbaik, tiada siapa menduga jalan cerita. Niat Khalid yang ketika itu ingin membantu Lily disangka perbuatan maksiat oleh orang kampung. "Lily memang cintakan dia, tetapi Lily tak pernah bayangkan untuk memiliki dia, apatah lagi dengan cara terkutuk sebegini." "Keputusan yang saya dah buat, saya dah fikir sedalamnya malam tadi. Saya ikhlas, saya tak dipaksa...." Demi maruah serta tanggungjawab, Khalid jadikan Lily sebagai negara pertama yang perlu dia jaga lebih daripada nyawa sendiri. Seperti Lily yang jatuh cinta kepadanya, Khalid fikir cinta juga akan hadir kemudian nanti. "Lily takkan lupa cara abang pandang Lily." "Tengok betul-betul, kalau abang pakai topeng pun, sayang boleh kenal abang." Apa maknanya cinta serta bahagia tanpa air mata. Kerana dendam orang lain, Lily menjadi mangsa. Betahun-tahun menjalani hidup masing-masing, mereka berdua saling menanggung rindu, sama-sama menunggu tapi, tanpa ikatan seperti sebelumnya. Negara Lubnan menjadi tempat pertemuan kali kedua, membuka helaian pertama diari cinta yang baharu. "Mata Tuan macam mata seseorang yang.....dah lama saya tunggu." "Maaf....ini kali pertama kita berjumpa."
cinta 3 suku ( Herna Diana ) by aisy___syie
aisy___syie
  • WpView
    Reads 361,141
  • WpVote
    Votes 4,463
  • WpPart
    Parts 65
'Sketsa perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran. Iman - gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara dalam hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang. Arie - pertemuaannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda. Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lulus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
Hikayat Melur Jelita [ON GOING] by ISMISYAFIKAH
ISMISYAFIKAH
  • WpView
    Reads 15,752
  • WpVote
    Votes 126
  • WpPart
    Parts 1
Melur Jelita. Seorang wanita yang taat pada agamanya. Dia juga sanggup bergadai nyawa demi agama tercinta. Dia cuma taat pada yang Satu. "Siapakah gerangan tuan hamba ?" - Putera Indra Irawan. "Ayuh, Melur. Mari kita berangkat pulang"- Tajuddin. "Kau masih mampu melepaskan diri, Melur. Menikahlah denganku. Aku akan membebaskanmu selepas itu." - Hang Nadim. "Jikalau kematian patik yang tuanku inginkan, patik akan sedia menurut perintah. Menjunjung titah, tuanku !" - Melur Jelita Di antara tiga jejaka yang menyukainya, dua daripada mereka merupakan punca kehancuran hidup Melur Jelita. Ketika cerita Melur menjadi sebuah hikayat, Tajuddin dan Sakti menjadi penghuni tetap hutan tanpa nama. Desakan hati membuatkan dua pemuda tersebut nekad untuk keluar melihat dunia luar. Namun perjanjian yang dibuat sebelum Sakti lahir ke dunia telah menjadikan mereka sebagai pelarian. "K-Kak Melur ? Bukankah kau sudah lama mati ?" - Sakti Ditembungkan pula dengan seorang perempuan yang bernama Mayang Sari. Gadis yang dikurung selama bertahun-tahun atas kepentingan Dewi Gayatri. Pelbagai aksi dan kisah yang mendebarkan dalam cerita ini. Mereka diburu oleh satu makhluk misteri yang sudah pun wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Mula : 12.02.2018 Tamat : 24.02.2018 (the end fasa 1) Bersambung pd : 8 April 2020 Tamat : #HakMilik : ismisyfkah #1-historial fiction [05.06.2020]