salmeelah's Reading List
2 stories
QALBU RAMADHAN - C by Leykaa_
Leykaa_
  • WpView
    Reads 22,008
  • WpVote
    Votes 1,377
  • WpPart
    Parts 44
'Cinta kita terbina atas cinta-Nya' Ramadhan Hauzan, lulusan terbaik Mesir yang tampan dan dikejar para gadis. Dia tidak yakin pada istilah pernikahan di usia muda, namun dia juga yang menyatakan hasrat untuk berumah tangga. Semuanya kerana seorang gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya meskipun dengan segala kekurangan yang terzahir pada pandangan mata. Gadis itu, Qalbu Nur. Baginya masih jauh perjalanannya sebagai seorang gadis yang mendambakan kejayaan di dunia. Namun perancangan Allah itu indah dikala Dia menghadirkan seorang jejaka dalam hidup gadis itu sebagai bahasa rindu-Nya. "Sudikah awak menjadi serikandi mahligai syurga buat saya, Qalbu?" - Ramadhan Hauzan. "Boleh... tapi dengan satu syarat. Saya nak kita kahwin sebelum bulan Ramadhan." - Qalbu Nur. Ikatan tanpa paksaan, penuh dengan kerelaan dua hati yang menyatu. Namun tetap saja niat suci itu diuji tatkala hubungan mereka diungkap tidak sepadan, pasangan yang tidak sempurna. Saat wanita pemilik hatinya dihina dan direndahkan maruahnya, di situ Ramadhan berdiri teguh mempertahankan sekeping hati agar tidak terus dilukai. "Saya dah gagal kejar cita-cita saya... Saya dah gagal banggakan mama dengan abah... Saya tak nak gagal sebagai seorang isteri juga..." -Qalbu Nur "Qalbu, pandang abang. Awak tak pernah gagal, sayang. Tak pernah walau sekali. Sayang isteri terbaik abang selamanya selagi dengan izin Allah," -Ramadhan Hauzan Setiap yang bercinta itu punya hati. Dan bila hati telah tawar dari rasa, bagaikan pena kehausan tinta. "Ya Allah... berdosakah diri ini andai aku ingin dilepaskan dari dirinya. Biarkan aku terbang bebas selayaknya yang pernah aku dambakan." - Qalbu Nur Sejauh mana erti setia mampu teguh buat si cahaya hati? Perkahwinan tanpa cinta, benarkah ia mampu bahagia hingga hujung usia? Atau mungkin berganti hati, ternoktah kisah di dunia?
Menjejak Bahagia by DelAdmanda
DelAdmanda
  • WpView
    Reads 26,087
  • WpVote
    Votes 487
  • WpPart
    Parts 57
[MATURED] Kerana ingin naik haji, ibubapa Sufea meminta Sufea untuk bernikah. Jika tidak ada calon, Sufea perlu bernikah dengan pilihan ibubapanya. Jazlan buah hatinya, menghilang entah ke mana. Saat keputusan diperlukan, nama Adzrul yang dilelong agar dia selamat. "Kau yang kata, kita ni KKTK. Masa aku suka kau, kau kata tak boleh sebab kita kawan baik. Kawan-kawan tak kahwin. Tapi sekarang ni, kau nak aku kahwin dengan kau. Kau tak rasa ke benda tu 'haram'?" - Adzrul Saat Adzrul sudah berpatah arang terhadap Sufea dan telah terlanjur memberi komitmen kepada Laila, Sufea memintanya untuk menjadi suami. Permintaan Sufea tidak dapat ditolak. Namun Sufea ada syarat kerana Sufea berasa bersalah terhadap Laila. Sufea mahu Adzrul bersatu dengan Laila jika Laila bersedia dan dia berbohong akan kembali kepada Jazlan jika Jazlan muncul kembali. Adzrul tidak dapat mempertahankan hubungannya dengan Sufea. Dan Sufea pula tidak berusaha untuk mempertahankan perkahwinan mereka. Dia sanggup untuk hidup sendirian dengan anak mereka. Sufea membawa diri jauh ke bumi Eropah dengan alasan sambung belajar sebaik melahirkan Haffaz. "Lepas Fea izin, Adz tak hubungi Fea, ma. Setiap hari Fea mesej tapi satupun tak reply." - Sufea. Adakah harapan bersama semula? Bagaimana mereka menjejak semula kebahagiaan yang menguntum?