MegatMohamadAzri's Reading List
2 stories
DOCTOR INTROVERT [C] by by_asmirose
by_asmirose
  • WpView
    Reads 484,653
  • WpVote
    Votes 29,139
  • WpPart
    Parts 59
(𝚁𝙾𝙼𝙰𝙽𝙲𝙴 𝙷𝙾𝚁𝚁𝙾𝚁) ~𝑺𝒆𝒋𝒂𝒖𝒉 𝒎𝒂𝒏𝒂𝒌𝒂𝒉 𝒌𝒂𝒖 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒑 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒐𝒓𝒃𝒂𝒏?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam keluarga yang biasa-biasa. Cuma dengan kelainan yang bukan biasa. Haura Kirana, gadis 23 tahun yang merana dengan nikmat 'seram' yang dimilikinya. Memilih untuk mengendahkannya adalah yang terbaik untuknya 'setakat ini'. Tetapi,perkara yang cuba dielaknya akhiranya datang memburu semula. Mengenali insan yang bernama Wijdan Izzhaq mengembalikan kisah silamnya yang penuh dengan babak seram. Cinta yang diputik membuahkan titis demi titis darah. "Apa kau akan buat kalau aku kacau 'milik' kau?" "I'll smear my hands with your blood."-WIJDAN IZZHAQ Andai Wijdan bisa menjadi watak heronya,maka jadilah. Selagi halangan masih belum sempit, Haura sanggup menerimanya. Andai kau boleh membantu aku, aku rela-HAURA KIRANA Babak demi babak,berjayakah Wijdan menarik sekeping hati milik Haura yang sarat dengan ketakutan? 🟤SERAM : 80% 🔴CINTA : 80% 🟡LAWAK : 60% ⚫SUSPENS : 70% [Kedudukan terbaik]🏆 #1-Seram April 2021 #1-Paranormal Julai 2021 #1-Suspens Julai 2021 #1-Sweet October 2021 #1-Thriller November 2021 COVER BY @Asyhwa_
TAZHAN by ttyley
ttyley
  • WpView
    Reads 2,388
  • WpVote
    Votes 125
  • WpPart
    Parts 26
Seorang ustaz muda berusia 25 tahun, yang masih di peringkat awal perjuangan dakwahnya, tidak pernah menyangka hidupnya akan dipertemukan dengan satu peristiwa di luar batas logik manusia. Dalam usianya yang masih muda, dia lebih biasa menasihati manusia yang hidup-namun takdir membawanya bertemu dengan seorang gadis berusia 23 tahun yang telah meninggal dunia, tetapi jiwanya masih belum menemui ketenangan di alam lain. Gadis itu muncul bukan sebagai bayangan menakutkan, tetapi sebagai roh yang sarat dengan kesedihan dan penyesalan. Kematian yang tidak sempurna, rahsia yang terkubur bersama jasad, serta janji yang tidak sempat ditunaikan telah mengikat rohnya antara dua alam. Dalam pertemuan yang penuh misteri itu, ustaz muda tersebut menjadi satu-satunya insan yang mampu mendengar rintihan hatinya. Pertemuan mereka bukan sekadar pertembungan antara yang hidup dan yang telah pergi, tetapi satu perjalanan jiwa-tentang keikhlasan, pengampunan, dan keberanian menghadapi kebenaran. Ustaz itu diuji dengan persoalan iman yang belum pernah dihadapinya, manakala roh gadis tersebut menggantungkan harapan terakhirnya agar ada seseorang yang sudi membantu melepaskannya daripada belenggu dunia. Kisah ini mengangkat persoalan tentang kehidupan selepas mati, beban dosa yang tidak terlerai, dan hakikat bahawa usia muda tidak menjamin seseorang bebas daripada kesilapan. Ia adalah cerita tentang dua jiwa yang terikat oleh takdir-seorang yang masih bernyawa, dan seorang yang mencari ketenangan terakhir.