adddd_'s Reading List
4 stories
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,448,316
  • WpVote
    Votes 90,878
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Liliput ✔ by suenshenn
suenshenn
  • WpView
    Reads 1,288,870
  • WpVote
    Votes 68,141
  • WpPart
    Parts 58
Senyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata dua orang ibu. Musuh di mata sesama sendiri. Kekasih di sudut hari paling dalam. "Give me your hand save me, save me I need your love before I fall, fall" AMARAN : Typo overdose, grammar berterabur, lotsssss of curse words.
Sayap Juita [TERBIT] by bubblybunga
bubblybunga
  • WpView
    Reads 103,201
  • WpVote
    Votes 3,284
  • WpPart
    Parts 29
Benarkah perempuan dan lelaki tidak boleh menjadi kawan selamanya? Amylea dan Dean, salah satu kisah kawan baik yang akhirnya 'terbabas' rasa. Namun, segalanya bagai tak terluah. Sehinggalah mereka berada dalam situasi memaksa dan Amylea terpaksa meminta pertolongan Dean. "Try and error kita lain sikit. Kita kena kahwin dulu." - Dean. Berkahwin dengan kawan sendiri, bukan yang Amylea mahukan. Apatah lagi, Dean Hanafi itu adalah teman baik bekas kekasihnya. Tapi, dia terima juga cadangan Dean. Lebih baik dia berkahwin dengan lelaki yang dikenali hati budi dari lelaki yang dia tak kenal. "Kita try and error sampai jadi." - Dean. Bagi Dean pula, ini peluang keemasan untuk dia sentiasa berada di samping Amylea, wanita yang telah buatkan hatinya jatuh cinta. Dia mahu memiliki Amylea sepenuhnya. Namun, apa yang Amylea lakukan buat dia sangat-sangat kecil hati. "Kalau you tak boleh nak sayangkan I. Please... do respect me." - Dean. "I perempuan Dean. I cuma nak prevent kalau apa-apa terjadi." - Amylea. "Prevent apa? Prevent daripada mengandung? You tak nak ada anak dengan I." - Dean. Amylea keliru. Dia tak tahu apa yang dia mahu sebenarnya. Awalnya dia hanya ingin jadikan Dean sebagai alasan untuk dia menolak kemahuan orang tuanya. Tapi bila menjadi isteri Dean, dia jadi takut jika dia ditinggalkan. Dan tindakannya buatkan Dean menjauh. "Kalau you tak bagi I sentuh you, you should tell me earlier, Amy."- Dean. Keadaan yang sudah sedia keruh menjadi makin gelap bila tiba-tiba wanita bernama Elisa muncul. Amylea terus jadi buntu. Yang dia tahu, Dean tak pernah ada hubungan dengan mana-mana wanita sebelum ini. Jadi, apakah Elisa itu adalah alasan Dean untuk membuatkan mereka terpisah jauh? *** Cerita dan watak dalam karya ini adalah imaginasi penulis semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati dan tidak boleh dianggap sebagai benar. Plagiarism is a crime. Don't copy
Cinta Jangan Pergi ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,247,473
  • WpVote
    Votes 87,506
  • WpPart
    Parts 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Dahlia, yang tidak menjangka akan terpaut hati pada bekas suami kawan baiknya sendiri. Antara cinta dah persahabatan, yang manakah menjadi pilihan Hana? Mula : 27 April 2017 Tamat : 20 Februari 2019