latte macchiato
6 stories
Dia, Bintang di Syurga by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 63,931
  • WpVote
    Votes 4,930
  • WpPart
    Parts 40
( inspirasi daripada kisah nyata ) "Dia, suami dari neraka yang masih ku anggap sebagai kiriman terindah daripada Tuhan." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. [ update everyday | spin-off bukan cinta sempurna ]
𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲 𝓜𝓲𝓵𝓲𝓴 𝓒𝓪𝓵𝓲𝓬𝓲𝓪 (𝓢𝓤)  by hannbell
hannbell
  • WpView
    Reads 245
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 9
|𝓒𝓪𝓵𝓲𝓬𝓲𝓪 𝓓𝓲𝓷𝓪𝓻𝓪 𝔁 𝓗𝓪𝓷𝔃 𝓜𝓪𝓵𝓲𝓺𝓾𝓮 | Calicia Dinara- Seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga berada namun tipikal perempuan sepertinya jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang kebun keluarganya. Ah, apa nak pelik? Sudah fitrah seorang perempuan. Tetapi, bukan itu yang menarik hati Calicia. Lelaki itu ada sesuatu... Hanz Malique- Tukang kebun? Dia juga lelaki tipikal. Kacak. Ya, semestinya semua ciptaan Tuhan kacak. Namun, di sebalik pesonanya sebagai tukang kebun, terselit sejuta rahsia yang disimpan. Auranya terlalu memikat sehingga Calicia terpukau untuk membongkar satu persatu rahsia itu. "This is not about status. Honestly, I'm attracted to you." - Calicia "Apa daya tarikan yang saya ada, Cik Calicia? Told you, saya hanyalah seorang tukang kebun. Tak lebih tak kurang." - Hanz Benarkah begitu? Apabila kotak pandora mula terbuka, Calicia nanar terhadap setiap plot twist yang menyerah. Dia tahu. Dia mula tahu. Hanz Malique bukanlah seorang lelaki kacak di balik imej tukang kebunnya. Dia... lebih daripada itu. Start: 9 Dec 2025 End:
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,007,962
  • WpVote
    Votes 67,942
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Bunga Untuk Leftenan (COMPLETED) by humairaamaulana
humairaamaulana
  • WpView
    Reads 258,126
  • WpVote
    Votes 10,956
  • WpPart
    Parts 44
Leftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- "Bunga itu bukan sekadar namanya, tapi sumber kekuatan untuk seorang perwira." ALERT 🚨 !!! BAHASA BELUM DIPERKEMASKAN DAN DIHALUSI.
Isteri Bukan Pilihan by AiniMursid
AiniMursid
  • WpView
    Reads 984,512
  • WpVote
    Votes 24,423
  • WpPart
    Parts 39
Cuba bagitahu sikit, isteri mana yang nak biarkan suaminya dengan perempuan lain? Okay, mungkin ada isteri orang lain yang baik hati tapi yang pastinya bukan aku! Bukan Ainan Syafeya! Sebagai isteri, aku memang akan gunakan pelbagai cara supaya dia pandang aku seorang saja. Memang aku akan goda dia habis-habislah senang cerita! Namun, siapa yang lebih pintar dalam menggoda? Siapa lagi kalau bukan Dalila, kekasih hati yang seharusnya berkahwin dengan Syafzan namun tak direstui oleh keluarga. "Sayang, you pilih. You nak isteri you atau you nak I? Kalau you nak I, you kena ceraikan dia. Now!" -Dalila "Eh, ewah-ewah suka hati nenek moyang awak je suruh Syafzan ceraikan saya. Dia suami saya, saya isteri dia, tak adanya dia tergamak nak ceraikan saya!" -Ainan Syafeya "Sayang... mana you pilih?" -Dalila "Ainan Syafeya binti Abdul Rashid." -Syafzan Fawaz "Haa... aku dah kata, suami aku mesti pilih aku punya..." -Ainan Syafeya "Aku ceraikan kau dengan talak satu. Kau tinggal je dalam rumah ni, biar aku yang pergi." -Syafzan Fawaz Aku tergamam. Begitu mudah Syafzan menjatuhkan talak? Benarkah Syafzan tak cintakan aku? Jika begitu, apa makna sayang dan cinta yang selama ini dia selalu ucapkan?
Bukan Cinta Sempurna ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 2,434,712
  • WpVote
    Votes 28,856
  • WpPart
    Parts 12
(Terbit PBAKL 2024) (ADAPTASI DRAMA AKASIA BUKAN IPAR SEMPURNA DI TV3) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022