plusterhati
- Reads 1,761
- Votes 317
- Parts 20
Cerita ini mengisahkan dua insan yang dipertemukan melalui sebuah perjalanan merentasi masa.
Dalam realiti asal, Natasha atau Tash dan Amirul Amir atau Amir merupakan pelajar universiti berusia 24 tahun. Tash masih bertunang dengan Haikal, 25 tahun, manakala Amir pula masih bersama kekasihnya. Tash tidak begitu menyukai Amir dan menganggapnya seorang yang menyebalkan.
Segalanya berubah apabila Amir tiba-tiba merentasi masa dan kembali ke suatu titik ketika dirinya berusia 17 tahun, sedangkan Tash yang ditemuinya ketika itu berusia 20 tahun. Ketika itu, Tash merupakan selebgram novelis terkenal, manakala Amir pula dikenali di Instagram dan TikTok.
Anehnya, hubungan mereka pada masa lalu jauh berbeza. Tash tidak membenci Amir, malah mereka semakin rapat sehingga Amir mula mengenali sisi lain Tash.
Pada usia 17 tahun, Amir dikhianati kekasihnya sendiri sehingga hubungan mereka berakhir. Dalam masa yang sama, Amir mengetahui Haikal bakal mengkhianati Tash dengan best friend-nya sendiri, menyebabkan hubungan Tash dan Haikal turut berakhir.
Namun apabila Amir kembali ke realiti asal pada usia 24 tahun, semuanya berubah. Kekasih yang sepatutnya meninggalkannya ketika berusia 17 tahun masih berada di sisinya, manakala Tash masih bertunang dengan Haikal dan tetap tidak menyukainya.
Mengapa masa lalu Amir begitu berbeza daripada realiti yang sedang dijalaninya?
Mengapa Tash yang pernah rapat dengannya pada masa lalu kini langsung tidak menyukainya?
Dan setelah mengetahui pengkhianatan Haikal, adakah Amir mampu mengubah takdir Tash tanpa mengubah realiti mereka sendiri?
Adakah perjalanan merentasi masa itu membawa Amir kepada Tash untuk sebuah tujuan tertentu, atau semuanya hanyalah mimpi ngeri Amirul Amir?