ukaynazain
- Reads 6,889
- Votes 281
- Parts 23
Maryam pernah mempertaruhkan seluruh kepercayaan kepada Asyraf selama bertahun-tahun. Malangnya, majlis perkahwinan yang diimpikan tidak pernah menjadi kenyataan.
Sebaliknya, dia ditawarkan oleh cadangan gila bakal mentua tak jadinya agar dia mengahwini Azra'ie. Pak cik kepada bekas tunangnya! Demi maruah keluarga, Maryam terpaksa bersetuju menjadi isteri lelaki itu.
Namun, tiada siapa menyangka bahawa perkahwinan yang awalnya penuh bahagia menjadi selumbar yang paling menyakitkan. Belum seminggu usia perkahwinan, muncul pula kekasih pertama lelaki itu tepat ketika percutian bulan madu mereka.
"Lama tidak berjumpa, Azra'ie. Apa khabar?" - Eiza
Eiza, yang dalam diam berjaya mengubah pendirian Azra'ie. Ditambah pula dengan kata-kata Intan, wanita yang tidak pernah berputus-asa mengejar Azra'ie membuatkan keadaan bertambah teruk.
"I bukan nak bagi you bergaduh dengan Azra'ie or whatsoever tapi I sebenarnya sangat simpati dengan you, Maryam. Cincin yang you pakai sekarang ni adalah cincin sama yang Azra'ie pernah hadiahkan pada Eiza dulu. Hubungan mereka terputus disebabkan umi Azra'ie tak restui hubungan mereka." - Intan
Kecewa dengan kenyataan itu, Maryam meminta penjelasan. Sayangnya, sikap berdiam diri Azra'ie telah memusnahkan kepercayaannya.
"Baliklah, Maryam. Saya ingat awak faham diri saya. Tapi rupa-rupanya awak tetap dengan sikap awak sebelum ni. Tahu tak kenapa Asyraf lepaskan awak? Tahu kenapa dia tak ada perasaan sedih selepas putus tunang dengan awak? Sebab, awak tu tak ada apa-apa Maryam!" - Azra'ie
"Awak halau saya? Saya nak ingatkan awak Azra'ie. Selangkah saya pergi dari sini, saya bersumpah dengan nama Allah... hubungan kita berakhir! Saya tak mampu bersuamikan lelaki seperti awak. Saya dah tak mampu angkat awak sebagai imam dalam hidup saya!" - Maryam
Lalu, perpisahan benar-benar terjadi. Bertahun mereka mengambil jalan hidup masing-masing namun, takdir Tuhan tiada siapa tahu? Satu insiden kembali mempertemukan mereka semula.