My Series favourite
4 stories
Tepat Memiliki  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 351,750
  • WpVote
    Votes 14,564
  • WpPart
    Parts 66
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
Cinta Yang Tertangguh by NurulHuda015
NurulHuda015
  • WpView
    Reads 35,069
  • WpVote
    Votes 883
  • WpPart
    Parts 61
Hancur. Itulah yang dirasakan oleh Daneen Ermina setelah pertunangannya terputus di saat-saat akhir. Hatinya yang luka membuatkan dia nekad membawa diri jauh dari segala kenangan pahit. Dia memilih untuk menetap di sebuah bandar asing, berharap jarak dan waktu mampu merawat kesedihannya. Di tempat baru, Daneen bertemu dengan Razin Ilman, seorang lelaki yang hadir tanpa diduga. Rizwan bukan sahaja menjadi tempat Daneen meluah rasa, tetapi juga menjadi pengubat luka yang selama ini menghantuinya. Sikapnya yang matang, sabar, dan penuh perhatian membuatkan Daneen kembali belajar untuk tersenyum. Namun, dalam diam, perasaan yang sepatutnya hanya sekadar penghargaan mula berubah menjadi cinta. Malangnya, ia hanyalah cinta yang tidak bersambut-hanya bertepuk sebelah tangan, dengan senyuman yang sama, tidak pernah melihat Daneen lebih daripada seorang sahabat. Daneen terperangkap dalam perasaannya sendiri. Haruskah dia terus bertahan dengan harapan kosong atau melangkah pergi sekali lagi, kali ini untuk benar-benar mencari kebahagiaan yang sepatutnya miliknya?
[C] Encik Psycho Stalker by Ameownies
Ameownies
  • WpView
    Reads 22,023
  • WpVote
    Votes 636
  • WpPart
    Parts 17
𝐊𝐚𝐢 𝐀𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐭𝐮𝐡 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐰𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐫𝐚. 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝐛𝐚𝐭𝐚𝐬..𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐢 𝐤𝐞𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐑𝐨𝐬𝐞. 𝐊𝐚𝐢 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐨𝐛𝐬𝐞𝐬 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐬𝐞 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐧𝐲𝐚. 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐊𝐚𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐛 𝐩𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐬𝐭𝐚𝐥𝐤𝐞𝐫.. 𝐈𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 "𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐒𝐭𝐚𝐥𝐤𝐞𝐫". 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 : 21 𝐌𝐄𝐈 2022 𝐄𝐍𝐃 : 2 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 2022 𝐂𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐁𝐲 : @ohariessa
My Husband Mr Bully? by starsvanilla
starsvanilla
  • WpView
    Reads 1,713,941
  • WpVote
    Votes 82,254
  • WpPart
    Parts 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwin dengan calon pilihan papanya. Dan paling teruk pilihan papanya ialah Adrian Harris! Adrian Harris. Namanya cukup gerun apabila disebut. Adrian memiliki pakej yang lengkap iaitu kacak, pandai, kaya, dan berbakat. Tetapi dia ialah pembuli?! You are really bad guy Adrian. "Awak ni tak cukup ke dah hancurkan zaman sekolah saya? Apa yang awak nak lagi daripada saya?"- Mia Elysha "Aku ni macam chewing gum. Kalau dah lekat, kau susah nak tanggalkan"- Adrian Harris Apa akan jadi apabila senior yang selalu bulinya muncul kembali? Saksikannya dalam novel My Husband Mr Bully?