NorainiAbuBakar510's Reading List
34 stories
Cuma Cinta Express by darimatapena
darimatapena
  • WpView
    Reads 207,437
  • WpVote
    Votes 3,411
  • WpPart
    Parts 28
Athira gadis muda yang baru berusia 19 tahun dan berasal dari Tangkak Johor. Dia telah kehilangan kasih seorang ayah sejak lima tahun lalu. Dia hanya tinggal bersama ibu dia dikampung. Athira yang mahu merubah nasib cuba menerima tawaran untuk belajar di sebuah Universiti di selangor. Namun kehadiran dia ditempat baru mengundang titik hitam dalam hidup. Athira diganggu seorang lelaki yang berhidung belang. Risau akan terjatuh dalam dangkapan seorang lelaki yang cuba mencemarkan maruah dia. Dia cuba sedaya upaya menyelamatkan diri. Hingga dia lupa bila nasib tidak memihak pada dia. Dia harus menerima kenyataan yang dia akan tersungkur juga dengan nasib malang. Dia Azran Hakimi sudi menghulurkan pertolongan. Namun dek kerana nafsu yang menguasai diri pertolongan itu bertukar mimpi buruk pada gadis itu. "Kenapa Fatin yang dapat cinta? Dan dia cuma tempat lelaki itu melampiskan nafsu sahaja?" Airmata nya semakin laju mengalir. -Nurathira- "Kau selalu cakap aku gunakan kau sebab nafsu kan. Kau tak nampak apa yang aku cuba sampaikan? Kau tahu tak aku sayang dan cintakan kau sepenuh hati aku. Tapi kau tetap layan aku macam perogol!" -Azran Hakimi- "I still love you Azran. Kalau you berubah fikiran. I masih ada untuk you. Sentiasa ada untuk you" -Fatin- Benci yang dia tanam. Namun sebalik nya tumbuh di dalam hati. Sikap lelaki yang di anggap pemusnah masa depan bertukar persepsi menjadi insan yang setia mendampingi. Namun dia sendiri tak pasti. Apa sebenarnya yang terbuku dihati lelaki itu. Apakah cuma rasa bersalah atau pun cinta? Beautiful Cover By- @bunnyaf PERSONA AWARD 2020 CATEGORY: LUCKY AWARD WINNER🎖️ PS/dilarang plagiat sama sekali! 💯 idea sendiri. Baca dulu jangan skip. Amaran ada sedikit adegan 🔞 Jangan lupa vote okay🤗 Happy reading 💕
Bicara Sunyi Sebuah Kasih [Revising] by naqira_98
naqira_98
  • WpView
    Reads 161,741
  • WpVote
    Votes 4,343
  • WpPart
    Parts 49
Alya, gadis bisu yang tidak pernah didengari suaranya-bukan kerana dia tidak mahu bersuara, tetapi kerana dunia tidak pernah mahu mendengar. Hidup dalam bayang-bayang penderitaan dan layanan keluarga yang mencarik maruah, dia dipaksa menikahi Faris, lelaki misteri yang disangkakan biasa, namun rupa-rupanya seorang Mejar dalam pasukan elit 21 Grup Gerak Khas Tentera Darat Diraja Malaysia (21 GGK TDM). Perkahwinan itu bukan tentang cinta, tapi pengorbanan. Dua jiwa yang tak pernah saling mengenali kini berkongsi satu atap, satu takdir. Alya dengan dunia sunyinya, dan Faris dengan rahsia perjuangannya. Dalam diam, kasih mula bercambah. Dalam senyap, luka lama cuba disembuhkan. Namun, kehidupan mereka tidak pernah mudah. Ketika misi sulit negara mula menyentuh pintu rumah, dan rahsia masa silam mengintai bahagia yang baru tumbuh, adakah hati mereka cukup kuat untuk bertahan? Bicara tidak perlu suara, tapi cukuplah kasih yang memahami dalam diam, dan cinta yang berjuang dalam sunyi. Mejar Faris 21 GGK X Alya
Jiran Sebelah Rumah ✔ by mehruniii_
mehruniii_
  • WpView
    Reads 39,668
  • WpVote
    Votes 2,096
  • WpPart
    Parts 19
"Mawar! Mawar!" -Aniq Fareez "Kau nak apa? Sibuk panggil aku! Aku tengah jemur kain ni, jangan kacau boleh tak? Kalau tak, kau yang aku jemur nanti!" -Mawar Syahfarani "Aku nak kau---" -Aniq "What?! Aku tak nak kau lah!" -Mawar "Perasan gila kau ni. Aku tak habis cakap lagi. Aku nak kau tolong panggilkan abang kau. Dia tak jawab call aku." -Aniq "Ouh..." -Mawar *Aniq merenung Mawar* "K-kau dah kenapa nak tenung aku macam tu? Tak pernah nampak perempuan cantik eh? - Mawar "Ouh, kau cantik ke? Baru aku tahu. Cantik tapi pekak tak guna juga kan?" -Aniq "Amboiii. Aku tak pekaklah! Hmph, daripada kau tu, harap je hensem tapi perangai biadap!" -Mawar "Satu, terima kasih puji aku hensem. Dua, orang biadap tak ucap terima kasih. Tiga, kau pekak ialah satu fakta. Bukti? Aku minta tolong panggilkan abang kau, tapi kau tercegat dekat situ sambil merenung muka aku yang hensem ni buat apa? Hmm?" -Aniq *Mawar blushing sebab malu dan menahan marah* 'Aku benci jiran sebelah rumah'. jerit hati Mawar. ***** Hi guys. Thanks for checking out my story. I hope you guys enjoy as this is my first time writing up a story. So, feel free to drop a comment as I do hope to improve my writing. I wish you guys can help me enhance my motivation by voting me and my story. Thank youuu! Disclaimer: I don't own any pictures cited in this novel and the book cover belongs to the artist. 🌟Achievement #1- neighbour #1- shortnovel
KERANA KASIH (U) by xoxmizzxox
xoxmizzxox
  • WpView
    Reads 98,678
  • WpVote
    Votes 2,845
  • WpPart
    Parts 15
Sinopsis: kisah tentang seorang gadis yang berusaha mencari pekerjaan setelah lama menganggur. akhirnya dia mendapat satu pekerjaan iaitu menjadi nanny kepada seorang anak lelaki yang kaya raya. pada mulanya dia menyangka yang dia akan menjaga seorang kanak kanak kecil namun sangkaannya meleset sama sekali. Rupa-rupanya dia di suruh menjaga seorang pemuda yang tidak dapat berjalan akibat kemalangan di jalanraya. masalahnya pemuda itu sangat cerewet, pemarah dan pesimis. mampukah dia bertahan dengan pekerjaan barunya itu atau pun tidak? semuanya kini terletak pada dirinya sendiri... # P/s: it's okay if u didnt want to vote or comment in every pages I posted here. By the way thanks for reading this story... huhu
THE BEGINNING: UNKNOWN HAZRAN by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 88,273
  • WpVote
    Votes 8,480
  • WpPart
    Parts 16
[INI ADALAH POV UNKNOWN] Hazran Tuah hanyalah bayang, mengikuti Sufi Leila dalam diam, memerhatikannya dari jauh tanpa berani mendekat. Hidupnya sebelum ini kosong, tanpa arah, sehingga pertemuan di bawah jambatan itu menghidupkan sesuatu dalam dirinya, rasa ingin mengenali, ingin mendekati. "Siapa dia, sampai buat aku rasa macam ni?"-Hazran Namun, dunia tidak pernah memandangnya dengan belas. Dia sedar siapa dirinya-manusia yang dipandang hina, yang hanya layak bersembunyi di balik gelap. Maka, dia terus menjadi bayang, mengenali dari jauh, meski setiap senyuman gadis itu semakin menjerat hatinya. Tapi, adakah dia berhak merasai cinta? Atau takdirnya sekadar menjadi bayang yang tidak pernah terlihat? "Kalaulah aku dilahirkan normal macam manusia yang lain, pasti aku dah boleh dekat dengan kau. Malang sekali, cinta tu cuma untuk manusia yang sempurna..." "Takkan sesekali layak untuk orang gila macam aku."
+10 more
His Little Butterfly (Spin Off Kuntuman Mawar Milikku) by nurshaza
nurshaza
  • WpView
    Reads 361
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 18
-Masih dalam pembikinan-
Kau Lupa Janji [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 628,306
  • WpVote
    Votes 20,743
  • WpPart
    Parts 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa. APRIL ISABELLE Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan. "Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!" "Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!" Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan. "Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..." "Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia. Atau... Sesuatu terjadi pada wanita itu? "I Hanania, tunang Qays Jareed" "Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." "Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" "Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" "Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" __________________ Aku selalu memikirkan masa depan, Antara kita berdua hidup bersama, Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati, Kau pintaku memutuskan perhubungan. Mudahnya, kau lupa pada janji... Kau lupa janji.
Pencuri Hati! Mrs Doktor.. by NurulHuda015
NurulHuda015
  • WpView
    Reads 812,804
  • WpVote
    Votes 27,616
  • WpPart
    Parts 5
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang bertahun-tahun dibina akhirnya rebah dalam sekelip mata. Bila cinta yang disulam dengan kepercayaan akhirnya ditebuk janji palsu, Aira Adriana, seorang doktor muda yang berdedikasi, akhirnya akur - bukan semua luka boleh dirawat. Pengkhianatan Taufiq Aydan, lelaki yang pernah dia rancang untuk dinikahi, telah meninggalkan parut yang dalam. Ditambah dengan tekanan kerjaya sebagai doktor pelatih, Inara membuat keputusan drastik tinggalkan semua kenangan, dan mula semula. Dia tak sangka, hadirnya satu lagi 'ujian'. Jiran barunya, Muaz Zaydan, seorang chef muda yang terlalu relaks untuk difahami, terlalu tenang untuk dipercayai. Menyakat, menyibuk, tapi tahu bila perlu diam dan hadir tanpa paksa. "Kenapa awak selalu muncul masa saya penat, Adrian?" "Sebab saya tahu... awak dah lama letih sorang-sorang." Perlahan-lahan, Aira mula membuka ruang. Tapi tepat ketika hatinya hampir pulih, satu kebenaran muncul - menyentap segalanya. "Awak tipu saya. Siapa sebenarnya perempuan tu, Adrian?!" "Saya... saya tak pernah nak permainkan awak, Aira..." Dikhianati sekali lagi. Kali ini, Aira tekad. Dia takkan terperangkap dalam luka yang sama. Cukuplah sekali dia belajar, cinta tak semudah yang digambarkan dalam buku teks perubatan. "Kalau saya tahu awak akan buat saya macam ni, saya takkan pernah buka grill rumah tu. Saya takkan pernah balas senyuman jiran sebelah." "Selamat tinggal, Adrian" Namun, takdir tak pernah menulis cerita dengan satu penamat. Dan kali ini, antara sakit dan sembuh - siapa sebenarnya yang akan menyelamatkan siapa? Cover: Theayraa
Seusai Senja Engkau Pergi by Syashah2709
Syashah2709
  • WpView
    Reads 964
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 78
Sedikit coretan kata dari atma. Terpesong akan manis cinta, menukar rasa menjadi tawar. Sedih dan tangis diselebungi dengan senyuman semata mahu orang sekeliling berasa senang. Namun hakikatnya, sakit robek jiwa tiada sapa yang tahu. Biarlah naskah ini menjadi saksi akan segala luahan rasa. Pedih, tawa, manis, susah sedih ku bukukan buat tatapan supaya sedalam mana pun luka, sembuh akan hadir selagi kita mengikhlaskan.
Kompilasi Monolog by ZairulNazmy
ZairulNazmy
  • WpView
    Reads 53,620
  • WpVote
    Votes 3,265
  • WpPart
    Parts 73
Monolog dalaman tentang diri sendiri dan manusia sekeliling. Aku tulis berdasarkan kisah peribadi. Bukanlah karya agung dan tidak juga mengharapkan publisiti. Moga tulisan ini boleh menjadi pembakar semangat bagi mereka yang jatuh.