metaphuer's Reading List
2 stories
Dia, Dalam Ceritaku by shirawrote
shirawrote
  • WpView
    Reads 23,752
  • WpVote
    Votes 1,565
  • WpPart
    Parts 98
Camellia Husna dan Gibran Daniel-dua jiwa berbeza yang bertemu dalam takdir yang tidak dirancang. Seorang introvert yang lebih selesa tenggelam dalam dunia penulisan, seorang lagi bintang kampus yang menjadi kegilaan ramai. Dalam diam, mereka menyulam cinta, jauh dari mata dunia, sejak zaman universiti lagi. Namun, setelah Gibran melangkah ke dunia hiburan dan menjadi bintang yang digilai ramai, jurang antara mereka semakin melebar. Camellia yang selesa di balik tabir gagal mengikut rentak dunia Gibran yang penuh cahaya dan perhatian. Dalam satu pertengkaran besar, hubungan yang mereka bina sekian lama berakhir dengan luka yang dalam. Beberapa tahun berlalu, Gibran kini seorang pengarah muda dengan syarikat produksinya sendiri. Namun, satu perkara masih menghantui fikirannya-dia tidak pernah menemui seorang penulis skrip yang dapat memahami visinya seperti Camellia. Dan kerana itu, dia kembali mencarinya. Tapi kali ini, Camellia bukan lagi gadis yang sama. Adakah cinta lama mereka masih punya ruang untuk dibaiki? Atau adakah mereka hanya sekadar watak dalam cerita yang sudah tamat?
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,425
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.