NurEzlin1's Reading List
3 stories
DERITA DALAM JANJI by atiqahzainalll
atiqahzainalll
  • WpView
    Reads 3,238
  • WpVote
    Votes 138
  • WpPart
    Parts 26
AMISHA AMEENA percaya hidupnya sudah cukup sempurna. Kerjaya yang dibanggakan, keluarga yang menjadi tempat pulang, dan kehidupan yang berjalan seperti yang dirancang. Tiada apa yang perlu dikejar, tiada apa yang perlu dipersoalkan, sehinggalah Kapten Danish Danial hadir tanpa diundang. Lelaki yang hadir membawa ketegasan, rahsia dan sebuah dunia yang tidak pernah Amisha kenali. Pertemuan mereka perlahan-lahan mengubah sesuatu dalam hati Amisha. Cinta yang pada awalnya tidak pernah diminta, akhirnya menjadi sesuatu yang paling sukar untuk dilepaskan. Namun, cinta bukan selalu tentang dua hati yang memilih untuk bersama. Ada rahsia yang mampu meretakkan kepercayaan. Ada pengorbanan yang terpaksa disembunyikan. Ada ujian yang membuat dua manusia mula mempersoalkan adakah cinta benar-benar cukup untuk mempertahankan sebuah hubungan? Dan apabila cinta mereka mula goyah, Amisha terpaksa memilih antara mempertahankan lelaki yang dicintainya atau merelakan sesuatu yang mungkin sejak awal bukan ditakdirkan untuk kekal. Kerana tidak semua yang kita cintai ditulis untuk menjadi milik kita selamanya. Jadi, apa yang sebenarnya menggoyahkan cinta mereka? Ujian apakah yang menanti di penghujung perjalanan? Dan apabila hati sudah terlanjur memilih, adakah cinta mereka akan tetap dimiliki, atau akhirnya menjadi sebuah kenangan yang terpaksa direlakan?
Irene: The Lost Witch [✔️]  by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 489,992
  • WpVote
    Votes 66,112
  • WpPart
    Parts 200
(Ini season 1 dan 2) Aku dihukum mati tetapi aku telah kembali semula ke 8 tahun lalu. Membunuh keluarga diraja memang satu kesalahan yang besar dan itulah apa yang telah aku lakukan. Aku membunuh dia lalu aku dihukum mati. Aku sudah menjangka semua ini akan terjadi tetapi aku tidak menjangka bahawa aku akan kembali semula pada umur aku 17 tahun. Apa yang sudah terjadi? Masa sudah diputarkan. Siapa yang lakukan? Aku mahu mencari siapa orang itu namun aku juga ingin membalas dendam. Membalas dendam atas kematian aku. Sikit demi sedikit aku cuba membalas dendam dan disebabkan dendam aku itu aku mengetahui sesuatu yang disorokkan oleh ayah aku selama ini. Aku tersedar bahawa aku adalah... Start: 1.7.2021 End: 31.12.2021