SitisalwaBintiJamil's Reading List
163 historias
Takdir terakhir kita [C]  por luving_belle
luving_belle
  • WpView
    LECTURAS 1,315,596
  • WpVote
    Votos 2,961
  • WpPart
    Partes 3
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
AKHIR YANG TIDAK PASTI por ByHannyyn
ByHannyyn
  • WpView
    LECTURAS 198
  • WpVote
    Votos 2
  • WpPart
    Partes 27
"Kadang cinta tak perlukan janji untuk setia, tapi perlukan kekuatan untuk terus percaya." Hanna Mikayla, seorang peguam muda yang berdiri teguh dalam prinsip, bertemu cinta dalam diam dengan Aryan Nufael yang merupakan seorang anggota pasukan khas yang hidupnya selalu di hujung senjata dan rahsia. Bila cinta bertemu dengan tanggungjawab, adakah mereka mampu bertahan dengan ujian yang tak pernah dijangka? "Akhir Yang Tidak Pasti" bukan sekadar kisah cinta dua insan dari dunia berbeza ia kisah perjuangan, pengorbanan, dan kesetiaan yang diuji oleh waktu dan takdir. Antara janji yang terikat dan takdir yang belum selesai... beranikah mereka hadapi akhir yang tidak pasti?
My Supernova [ C ] por hdiyanna
hdiyanna
  • WpView
    LECTURAS 182,136
  • WpVote
    Votos 7,897
  • WpPart
    Partes 34
" Villain created by pain. " Nova Leora Bekerja sebagai pakar psikiatri. Dengan hasil kejayaannya, dia dinobatkan sebagai pakar psikiatri berjaya. Tugas terbaharunya pula, merawat kesihatan mental Tuan Muda Asher Gabriel kembali normal Tuan Muda Asher Gabriel Lelaki kejam tidak berperasaan. Sebelum Leora, ramai sahaja pakar psikiatri yang ditugaskan merawat kesihatan mental dirinya, namun mereka menjadi serik kerana perangai Gabriel yang panas baran Dengan kehadiran Leora, Gabriel pasti gadis itu juga tidak mampu merawat dirinya. "Kau takkan berjaya rawat aku." - Asher Gabriel "Kalau saya berjaya?" - Nova Leora "Aku akan bagi kau 'penghargaan' terbesar," - Asher Gabriel Leora dapat membuktikan dirinya berjaya. 'Penghargaan' yang dimaksudkan Gabriel adalah menjadi miliknya. Leora menolak, membuat Gabriel bertindak kasar padanya. Bala! Bala! Bala! "Lari, My supernova. Kalau aku dapat tangkap kau, aku kurung sampai bila bila," - Asher Gabriel "Lepas Gabriel! Lepas!" - Nova Leora "Tolong aku Nova.. kau seorang je yang faham aku.." - Asher Gabriel Setiap tindakan Gabriel sekejap kasar, sekejap lembut pada dirinya, membuatkan dia bingung! Apakah pengakhiran Nova Leora? psychopath x physiatrist ?
AFFAN_ADRA | In Editing por MissHumairah27
MissHumairah27
  • WpView
    LECTURAS 682,605
  • WpVote
    Votos 25,974
  • WpPart
    Partes 94
Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhanabdan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki. Barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki. Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah. 'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.' 'Fii Amanillah, the guy I odore the most' Affan Adry bin Mohd Fathi. Pemilik kafe yang tenang dan berprinsip. Lelaki yang tidak banyak bicara, tetapi diam-diam menyimpan rasa pada seorang gadis yang sering hadir ke kafenya. Ketika hati sudah memilih, takdir datang menguji dengan sebuah perpisahan. 'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa) Satu kejadian mengubah segalanya dan memisahkan mereka. Bertahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula. 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa] Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam. Diungkap dalam doa dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa cinta yang sebenar bukan sekadar tentang memiliki, tetapi sebuah amanah dari Allah.
HANYA INGIN KAU TAHU (TERBIT) por msroses_
msroses_
  • WpView
    LECTURAS 625,206
  • WpVote
    Votos 929
  • WpPart
    Partes 10
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white rose.." - Haris Wafi
Dia Amanah Buatku | 𝐂 por flowerryian
flowerryian
  • WpView
    LECTURAS 286,300
  • WpVote
    Votos 11,735
  • WpPart
    Partes 62
KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End - 7/5/2025
Peluang Kedua Buatku (S2) por oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    LECTURAS 1,114,765
  • WpVote
    Votos 69,643
  • WpPart
    Partes 58
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)
My Kings Cobra por husmet
husmet
  • WpView
    LECTURAS 22,205
  • WpVote
    Votos 1,109
  • WpPart
    Partes 21
Rose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke sekolah di Melaka dia menjadi tak keruan apabila namanya dipindahkan ke SK Kem Terendak Sungai Udang Melaka.Rose amat tidak gemar kerana sekolah itu berhampiran Kem "askar". Kenapalah dalam banyak-banyak sekolah dekat dengan kem askar juga aku dapat hmm umi Rose tak nak eee tak sukanya-Rose Zinirah Aleef Zahreen-Perwatakan yang sangat tegas dan digelar sebagai "cobra"oleh anak buahnya di Kem.Sebut sahaja cobra mesti seluruh Kem Sungai Udang itu kenal dengan muka yang beku tetapi sekali buka mulut ayat berbisa yang keluar seperti gelarannya ular tedung merupakan anggota GGK (Grup Gerak Khas)Tentera Darat Diraja Malaysia dengan pangkat Leftenan. "DATANG TAK DIUNDANG , JIKA RAGU HARAP PULANG"hadam ayat ni betul-betul sebelum pilih nak masuk ke alam komando-Leftenan Aleef Zahreen Disebakan traumanya dia pilih untuk menghindari lelaki yang berkerja "askar"namun siapa sangka yang dibenci itulah ternyata jodoh di masa hadapan. Dia masa lalu kau dan aku mungkin masa depan kau , mana tahu jodoh ,maut tuhan yang tentukan jangan ingat lelaki yang kerja askar ni semua perangai sama dengan mamat tenuk tu jangan dibenci sangat kang mendapat kau lelaki kerja askar baru padan muka-Aleef Zahreen Ish ayat bukan main dah lapuk la bang ayat tu saya memang dah tutup siap-siap pintu hati untuk lelaki kerja askar ni titik awal-awal ja manis padahal kuat test market kat sosmed dasar buaya-Rose Zinirah # dilarang plagiat rekaan semata mata NEW WERSION start:18 NOVEMBER 2024 completed:
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝑻𝒂𝒏𝒑𝒂 𝑹𝒂𝒈𝒖  por hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    LECTURAS 33,895
  • WpVote
    Votos 418
  • WpPart
    Partes 4
[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan itu, hatinya kerap dirundung ragu. Menjadi salah satu asbab dia memilih untuk sendirian. Namun hadirnya Hakim secara tiba-tiba ke dalam hidupnya menyedarkan dia bahawa berpasangan itu sebenarnya indah. Segala keraguan cuba ditepis saat dirinya berasa seolah sudah jatuh cinta pada lelaki itu. (akan sambung sinopsis lepas dh complete) cover : liz
Al-Asraar : His Flower from Paradise | ½ C por cikbulann__
cikbulann__
  • WpView
    LECTURAS 55,840
  • WpVote
    Votos 2,806
  • WpPart
    Partes 69
Kisah ini memaparkan unsur jenayah dan keganasan sebagai iktibar dan peringatan kepada pembaca. Segala perbuatan salah dalam kisah ini tidak wajar diteladani. Semoga Allah melindungi kita daripada fitnah dunia. Sinopsis>> Bahagian 1: His Flower from Paradise Eshal Erhal begitu, Ezzan Eidlan begini. Bukan dia yang mencari bunga, dan bukan dia yang mencari taman. Tapi bunga itu telah pun mekar, dan taman itu telah pun terbuka. Tanpa sedar, Eidlan telah menanam sesuatu yang dia sendiri tak berniat menyemai. Tanpa sengaja, Eshal telah pun berakar di tempat yang tak pernah dia rancang untuk singgah. Mereka melangkah bersama, seolah-olah menaiki tangga kejayaan yang tidak berkesudahan. Seperti permainan dam ular, setiap langkah mereka penuh dengan harapan dan kemenangan di depan mata, namun tersembunyi di bawahnya adalah jurang yang boleh merubah segalanya. Ketika dunia mereka kelihatan sempurna, siapa sangka bahawa takdir akan membawa mereka ke dalam permainan yang lebih berbahaya daripada yang mereka duga? Bahagian 2 : Rahsia