𝒮𝑒𝓁𝒻 𝐻𝑒𝒶𝓁𝒾𝓃𝑔
164 stories
Hey! Captain Zharyan Arayqarl by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 18,411
  • WpVote
    Votes 1,412
  • WpPart
    Parts 8
ZHARYAN ARAYQARL, anak kepada juruterbang hebat dan terkenal dari Zullian Airlines, Captain Zul Aaryan. Arayqarl, atau lebih mesra dipanggil Qarl, dilahirkan dengan karisma semula jadi yang sukar diabaikan. Wajahnya menawan, penuh senyum nakal yang selalu membuatkan ramai wanita terpikat, tetapi sikapnya yang playboy dan nakal itu menjadikan dia seorang yang sukar ditebak. Walaupun bersikap santai dan kadang-kadang kurang serius, Arayqarl mewarisi ketekunan dan kecekapan daddynya dalam menguruskan perkara penting. Dia bijak, tahu bila harus bergurau dan bila perlu tegas, tetapi prinsipnya jelas, jika dia rimas atau tidak berminat, hubungan itu tamat tanpa drama panjang. Namun, di sebalik sikap nakal dan playboynya, Arayqarl menyimpan satu rahsia kecil yang tiada siapa tahu, hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sejak pertama kali bertemu, Arayqarl merasakan sesuatu yang tidak pernah dia alami sebelum ini, detik-detik bersama perempuan itu membuatkan hatinya sedikit tergugat. Siapakah perempuan yang mampu menembusi benteng playboy Zharyan Arayqarl ini?
Most Wanted Mom by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 16,041
  • WpVote
    Votes 921
  • WpPart
    Parts 53
1st book | Guns n' Roses | Annaliese Jasmina | Ann ialah seorang wanita yang baru diberhentikan kerja selepas dituduh menyeleweng saham syarikat dan mempunyai skandal besar dengan seorang ahli perniagaan misteri. Dibesarkan di rumah anak yatim dan terbiasa memikul tanggungjawab sejak kecil, hidupnya kini terumbang-ambing. Gosip yang tersebar luas menjadikan namanya tercemar, dan tiada satu pun syarikat sanggup menerimanya semula. Dalam keadaan terdesak, Ann menemukan satu tawaran pekerjaan yang pelik iaitu jawatan sebagai seorang 'ibu' diperlukan dengan segera. Tanpa banyak soal, dia menerima tawaran itu selepas bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Haal, yang dianggapnya sebagai penyelamat. Tanpa membaca terma secara mendalam, Ann menandatangani kontrak yang kelihatan mudah, tapi mengikat. Namun, setibanya di rumah agam milik Haal, Ann segera sedar bahawa peranannya tidak seperti yang dibayangkan. "Terima kasih encik Haal sebab beri peluang untuk saya menjadi 'ibu' kepada anak-anak encik Haal," ANNALIESE JASMINA "Bila masa saya kata saya ada anak?" - HAAL "Habis tu saya kena jadi 'ibu' untuk siapa kalau bukan anak encik Haal?" - ANNALIESE JASMINA "Oh about that. Kenalkan adik-adik saya. Kami semua ada mommy issues. Jadi, awak akan jadi 'ibu' untuk kami semua. Welcome Ann," - HAAL "Huh...?" - ANNALIESE JASMINA "Hi our new mommy!" - ACE "Hi Ann," - ZEN "...." - KEN Dia tidak tahu bahawa langkahnya ke rumah itu akan membawanya ke dalam sebuah kisah yang bakal menguji batas kewarasan dan naluri keibuannya. Mampukah Ann bertahan menjadi 'ibu' yang tidak pernah dimintanya?Atau adakah dia sedang terperangkap dalam sesuatu yang jauh lebih gelap?
HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️ by RosieHaydar
RosieHaydar
  • WpView
    Reads 626,549
  • WpVote
    Votes 21,286
  • WpPart
    Parts 76
2nd HIS Series Arif Aihan x Eleanor Nadra *Kindly read Lee's: His Saviour dulu untuk lebih faham dan feel 😘 Eleanor Nadra seorang gadis ceria dan nakal di luaran tetapi hidup penuh luka dan duka. Dikongkong oleh bapanya tanpa sebab munasabah. Dibiarkan mencari kasih sayang dari orang luar. Pertemuannya dengan Arif Aihan iaitu adik lelaki kepada rakan baiknya telah menjentik satu perasaan. Perasaan ingin dekat dengan lelaki itu. Sikap prihatin dan mengambil berat lelaki itu padanya membuatkan Eleanor lebih berusaha untuk menawan hati kosong lelaki itu. "Saya nak jadi bini awak." Terus dicop biul oleh Arif Aihan apabila ayat itu diluah dari mulut Eleanor. "Awak tak suka saya ke?" "Suka, tapi sebagai adik." Eleanor pasrah tetapi jauh di sudut hati, tidak pernah dia berputus asa untuk memikat lelaki itu sehinggalah dia menghilangkan diri untuk mencari kebahagiaan yang rupanya palsu. "Kahwin dengan aku Lea. Aku akan jaga kau lepas ni." "Tapi awak anggap saya macam adik awak. Saya tak nak kahwin sebab awak kesiankan saya." Puas ditimbang baik buruk untuk menerima lamaran Arif Aihan dan akhirnya dia bersetuju. Dapatkah Eleanor mencuri hati lelaki yang asalnya menganggap dirinya sebagai adik itu bertukar kepada isteri? Dapatkah Arif Aihan melindungi Eleanor seperti mana dia telah berjanji kepada bapa wanita itu? 💫 Arif Aihan Arian - Tegas, kasar, protective 💫 Eleanor Nadra Emran Nor - Independent, manja 🌼 Konflik ringan. Saya tak nak bebankan fikiran saya yang dah terlalu berat ini dengan konflik berat. 🌼 Ampunkan saya kalau banyak ralat tatabahasa. Mungkin boleh leave komen di tepi untuk saya perbaiki? Thank you in advance! 🌼 Ini cerita kedua saya. Untuk lebih memahami dan mendalami jalan cerita, diwajibkan untuk baca 1st HIS Series, Lee's: His Saviour. 🌼 Dah baca nanti, vote and komen lah! Hihi Thank you! Start: 1.1.2024 End: 10.3.2024
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,902,003
  • WpVote
    Votes 19,352
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
KAPTEN HUD ESHAN: HIS TRUE LOVE - [TERBIT] by mawarputih58
mawarputih58
  • WpView
    Reads 1,139,645
  • WpVote
    Votes 10,004
  • WpPart
    Parts 14
TERBIT - di bawah rumah penerbitan HA Novels
ISTERI SEORANG TENTERA  by itswynaa
itswynaa
  • WpView
    Reads 430,358
  • WpVote
    Votes 18,049
  • WpPart
    Parts 48
[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis tersebut mencuba untuk masuk jarum. "It takes a strong women for a military man." - HARIZ JIBRAIL Itulah ayat yang sering dia jugakan untuk menolak gadis-gadis yang cuba mendekatinya. Baginya, tiada wanita yang akan dapat bertahan sebagai teman hidupnya. Tugas dia berhikmat pada negara sepanjang hidup. Dia tidak mahu menyiksa mana-mana wanita dengan risiko sebagai pejuang negara. "Aku nak kahwin dengan tentera. Tak langit, darat. Tak darat, laut." - SOFEA ADRIEANA Entah mengapa ayat ingin menikahi tentera sering meniti dibibirnya. Apabila dia ditemukan dengan Hariz Jibrail, seorang barista, dia terpikat dengan jejaka tersebut tanpa mengetahui kerjaya sebenar jejaka itu sebagai tentera laut. "Kau nak ke sampai tua jadi bujang? Tak ada seri nanti! Tak bersinar dimata dunia sebab bujang." - SOFEA ADRIEANA "Moon are alone too, but still shines." - HARIZ JIBRAIL Kalau dah namanya Hariz Jibrail, pasti ada aje alasannya. Tapi sifat Hariz yang itu juga membuatkan Sofea makin tertarik dengannya. Setelah dia melihat kegigihan gadis yang tidak pernah mengalah dalam mengambil hatinya, Allah mendetikkan rasa cinta pada gadis tersebut. "Jibrail. Nama malaikat yang diutuskan untuk sentiasa mendampingi Rasulullah. Dan aku Hariz Jibrail, Allah utuskan aku sentiasa mendampingi kau, Sofea Adrieana." Mahligai yang baru sahaja dibina kian dilanda ombak yang menimpa. Satu demi satu ujian diturunkan oleh Allah. Kuatkah Sofea Adrieana untuk memegang gelaran Isteri Seorang Tentera? Atau menyerah kerana lelah? 𓂃ֶָ֢𓍯𓂃 PLAGIAT DI LARANG KERAS ‼️ ©wynakim
DEAR MR HEARTBREAKER  by sweetcandyfaira
sweetcandyfaira
  • WpView
    Reads 13,094
  • WpVote
    Votes 108
  • WpPart
    Parts 1
STORY KETIGA FAIRA© Cinta bertepuk sebelah tangan? Adilia Sofia, gadis periang yang tidak pernah berputus asa dalam mendapatkan cinta seorang Zareth Zeyeen. Pelbagai cara dilakukan untuk medapatkan lelaki itu namun cinta Zareth yang terlalu utuh pada Ayana membuatkan cintanya sering ditolak. Namun disebabkan satu kejadian mereka disatukan dengan kerelaan hati masing masing. Apakah cinta Zareth bakal berputik buat gadis bernama Adilia Sofia atau Zareth hanya bakal mengangkat Adilia sebagai isteri tanpa cinta yang ditanggungjawabkan? Start: 2023
C | His Little Parrot by elvryss
elvryss
  • WpView
    Reads 551,269
  • WpVote
    Votes 28,549
  • WpPart
    Parts 54
"Can't you just shut up your pretty mouth," Syed Adam Darrius • Jejaka kacak berumur 27 tahun ini terkenal dengan sifat annoying nya. Dirinya yang agak sinis dan kejam sama seperti sepupu nya. Mata coklat terang yang menarik perhatian mana-mana gadis. Seorang COO of Delux Hotel. Anak tunggal dan sangat pandai berdikari. Berjumpa dengan seorang gadis dengan tidak sengaja dan sejak dari itu, dia dan gadis itu selalu terserempak sehingga lah perasaan aneh wujud di hatinya. "Encik, cuba encik senyum sikit. Asyik serius je. Semua orang takut tengok muka singa encik ni," Nur Adelaide Safrina • Gadis cantik berumur 20 tahun ini amatlah ceria perwatakannya. Dirinya yang amat peramah dan suka senyum itu membuat dirinya disenangi ramai. Namun, dalam sifat nya ceria itu tersimpan satu rahsia yang menyakitkan. Penderitaan, kesengsaraan hanya dia yang merasai nya. Berjumpa dengan jejaka itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan semuanya mula berubah. ❝𝑰'𝒍𝒍 𝒕𝒂𝒌𝒆 𝒄𝒂𝒓𝒆 𝒐𝒇 𝒉𝒆𝒓,❞ - Adam Darrius. Mampukah seorang jejaka sinis dan gadis yang ceria ini menggapai kebahagiaan bersama? Mampukah jejaka itu menahan telinga nya mendengar apa yang di katakan oleh si gadis? Dan mampukah mereka kekal bersama hingga hujung nyawa? 𝐀𝐝𝐚𝐦𝐱𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚𝐢𝐝𝐞 ♡︎ [ WARNING 📌 ] [ CRINGE ] [ A LOT OF TYPOS ] [ SWEET OVERDOSE ] [ GRAMMAR ERROR ] [ AKSI PEMBUNUHAN ] START ; 7 Januari 2022 END ; 15 April 2023
My Mr. Chef ❤{Completed}  by AmelAlana
AmelAlana
  • WpView
    Reads 1,701,769
  • WpVote
    Votes 61,065
  • WpPart
    Parts 81
Tekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang penting anak bukan bapak! Takkanlah si Wulan yang jelitawan inginkan suami yang sudah tua bangka? Tak ada kelas namanya! Namun, impiannya itu menyimpang jauh tatkala dia menjejakkan kaki ke Restoran Pasta Delight. Dia yang tidak pernah sekalipun jatuh cinta akhirnya terkena panahan cinta pada chef Raykal Hazizi. Seorang chef yang sangat segak dan penuh dengan karisma. Pelbagai cara yang Wulan lakukan demi untuk merebut hati chef idamannya tu walaupun acap kali dimaki hamun oleh si chef. Dia tabah. Katanya demi my chef... "Nama pun tak boleh nak tahu ke? Kedekutlah chef ni." "Tak ada sebab untuk cik nak tahu nama saya. Saya bukannya kenal dengan cik pun." "Siapa kata tak ada sebab?" Mata mereka saling berlaga. "Sebabnya awak tu bakal suami saya." Raykal merengus kasar. Kucar kacir hidupnya bila perempuan gila itu tiba-tiba muncul. Semua serba tak kena dia rasakan. Dia yang sememangnya terkenal dengan hati batu berubah menjadi lelaki yang paling sweet untuk cik bulan dia. "Aku mencintai kau kerana gigihnya usaha kau untuk mendapatkan aku. Sudikah kau jadi makmum aku buat selamanya?" Lamaran Raykal diterima tanpa berfikir panjang. Sungguhlah usaha dia selama ini tidak sia-sia. Gedik dia pun berjaya juga tundukkan chef hati batu itu. Kehidupan berumah tangga memang indah. Lebih-lebih hidup bersama orang yang dicintai. Namun, tidak semuanya menjanjikan kebahagiaan. Ujian tetap melanda walau utuhnya cinta antara mereka. Pelbagai cara yang Wulan gunakan demi menyelamatkan hubungannya bersama si suami daripada perempuan di luar sana. Termasuklah meminta tips hamil dengan kadar segera pada Dania, sepupu Raykal yang juga merupakan seorang doktor.