Karya Hasrul Rizwan
6 stories
Al Kisah Di Sebuah Sekolah by zhafrannamadiberi
zhafrannamadiberi
  • WpView
    Reads 93,425
  • WpVote
    Votes 3,671
  • WpPart
    Parts 38
Ihsan hanya murid biasa di kelas sederhananya 4 Lestari. Dugaan tetap menimpa dan memberi seribu cerita padanya untuk mengharungi liku-liku lucu di sekolah menengah. Dari masalah buli dan masalah romantis.
Macho by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 3,559
  • WpVote
    Votes 195
  • WpPart
    Parts 14
Khalis dan Sufi, lelaki bunian yang mengawal keharmonian alam manusia dan mahkluk halus sejak berabad tahun yang lalu. Mereka yang juga digelar MACHO bergerak bersama di bawah pemerintahan Raja Abrah (Raja Bunian) dan menjadi pasangan pemburu makhluk halus yang amat digeruni dan ditakuti musuh. Di dunia moden kini, mereka hidup di dunia manusia tanpa mendedahkan identiti dan menjalani kehidupan yang normal dan tenang. Sehinggalah kehidupan Khalis yang selama ini angkuh dan bengis berubah apabila Azalea, seorang manusia yang berkerja sebagai gadis penghantar pizza bertandang di dalam kehidupannya. Tragedi yang berlaku menyebabkan Azalea terpaksa tinggal sebumbung dengan Khalis tanpa mengetahui dua orang pemuda tersebut adalah lelaki bunian yang buas dan mengerunkan. Hari-harinya yang dahulu suram dan gelap kini berubah. Kejadian haru-biru, lucu, dan kekacauan yang berlaku saban hari tanpa disedari telah membuka pintu cinta di antara Khalis dan Azalea. Khalis mula berasakan sesuatu, dan ia adalah cinta. Tanpa sedikit pun dia menyedari bahawa cinta juga adalah kelemahan yang boleh mematahkan kekuatannya. Juga meragut kegembiraannya tanpa empati.
BERCAKAP DENGAN JUN by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 7,549
  • WpVote
    Votes 216
  • WpPart
    Parts 7
Kematian ibunya meninggalkan kesan yang mendalam pada kehidupan seorang anak kecil. Sejak itu dia memencilkan diri dan hidup bersendirian di sebuah taman perumahan kosong dan terpinggir di ceruk hutan. Orang kampung mengatakan dia lelaki gila di rumah kosong. Masa berlalu dan dia membesar dengan menyara diri sebagai seorang penyeluk saku. Setiap hari dia keluar seperti orang yang bekerja, memakai pakaian yang kemas seperti ke pejabat namun melakukan kerja menyeluk saku di dalam transit di Kuala Lumpur. Dia lelaki yang cekap dengan mata yang menyihir dan magis di tangannya. Tidak pernah tertangkap dan tidak sesekali takut kepada apa-apa pun. Sehingga satu malam, seorang gadis muda melahirkan anak di taman perumahannya. Dia membantu melahirkan anak tersebut dan bermulanya detik itu, pada waktu dia memegang seorang anak kecil, seluruh kehidupannya berubah serta merta. Menjadi lelaki yang kecut dan ketakutan separuh mati.
CERPEN by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 87,609
  • WpVote
    Votes 2,694
  • WpPart
    Parts 11
Himpunan cerpen hilang akal.
LELAKI YANG TAK PUNYA APA UNTUK DIPERSIA by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 10,766
  • WpVote
    Votes 318
  • WpPart
    Parts 9
Kehidupan Monet berubah sama sekali setelah melanggar seorang gadis bergaun merah ketika pulang dari kerja. Di dunia yang dihuni Monet, orang yang dibunuh akan menjelma kembali selama lapan hari sebagai Roho yang boleh membalas dendam atas kematiannya. Monet seorang lelaki yang pendiam menjadi ketakutan apabila gadis yang bernama Arabella mula menjadi tetamu di rumahnya bermula saat kemalangan tersebut. Dia boleh sahaja mati selama tempoh lapan hari kerana Arabella boleh sahaja membunuhnya pada bila-bila masa. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tempoh yang singkat menerbitkan rasa cinta antara Monet dan Arabella di kediaman yang sempit, kisah dua manusia yang berada di alam yang berbeza. Menyingkap segala kisah lampau antara mereka dan membuka satu persatu rahsia dalam dunia yang penuh misteri.
FANTASTIK by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 22,221
  • WpVote
    Votes 737
  • WpPart
    Parts 12
Cinta tidak penah memihak kepada Ali. Biarpun berkali-kali dia mencuba untuk mencintai seseorang, cintanya tidak akan berbalas dan berkesudahan dengan sempurna. Fucking hell. Ali dah malas untuk menjadi lelaki baik setelah percintaannya dengan Anita berakhir pada malam tahun baru. Ali pulang tanpa air mata dan menanam azam yang baru. Dia mahu jadi seperti burung Phoenix. Yang bangkit dari abu, terbang ke udara dan membakar kembali semangatnya yang pudar. Ali mahu jadi badboy!