BungaLion
- Reads 794
- Votes 183
- Parts 26
"Ya, manusia tidak memilih untuk terluka.
Tapi kita boleh memilih untuk bahagia."
Elia Suraya seorang pakar psikologi, isteri yang dikhianati, ibu kepada sepasang kembar yang menjadi penguatnya. Setelah talak jatuh, Suraya belajar memeluk sunyi, memulihkan hati, dan berdiri sendiri... hinggalah takdir menemukan dia dengan Ahmad Haliq.
Haliq, peguam muda yang diapit skandal, pengkhianatan, dan dilema antara cinta dan maruah. Pertemuan janggal di antara Haliq dan Suraya membawa mereka ke lorong rahsia, membuat luka lama berdarah kembali. Nadya, Instafamous cantik yang menjadi racun kepada segalanya. Dan di sebalik ego dan kuasa, Dato' Seri Azran masih mahu memegang tali hidup yang bukan lagi miliknya.
Dalam pergelutan kuasa dan skandal, mereka harus memilih: memaafkan atau membiarkan luka terus membarah. Kerana di balik awan mendung, bahagia yang sederhana selalu menunggu.
"Kadang-kadang, rahsia paling jujur hanya mampu saya bisik pada awan..."