ainunfasihah0412's Reading List
199 stories
Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 363,393
  • WpVote
    Votes 15,637
  • WpPart
    Parts 66
○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
SYED HAYEER [𝐂]  by louisays
louisays
  • WpView
    Reads 42,492
  • WpVote
    Votes 1,798
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED & COMPLICATED] Medical Thriller with Psychological & Romance elements Syed Hayeer dan Dr. Nur Adra disatukan oleh kes-kes trauma yang orang lain tidak berani sentuh. Keganasan rumah tangga, luka tersembunyi, dan kebenaran yang terlalu mahal untuk didedahkan. Namun setiap langkah membawa mereka semakin dekat kepada Project Elysium, eksperimen terlarang yang memadam memori manusia. "Kalau kebenaran ni hancurkan hidup awak," suara Syed rendah, "awak masih nak saya teruskan?" Adra tidak berpaling. "Saya dah lama hancur. Yang saya takut... cuma hidup dalam penipuan." Apabila masa silam mereka sendiri terbongkar, garis antara keadilan dan keinginan mula kabur. Kerana ada luka yang bukan sekadar ingin disembuhkan, tetapi ingin dihadapi, walau risikonya kehilangan segalanya. *** - Memory Manipulation - Slow-Burn Romance - Trauma / Psychological #DomesticViolenceAwareness PERINGATAN: Kandungan untuk pembaca matang. Mengandungi tema keganasan domestik yang mungkin mencetuskan, ditangani dengan sensitiviti. [DONT COPY MINE!] 😠‼️ Sweet Witch, Louisa.
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 357,679
  • WpVote
    Votes 18,236
  • WpPart
    Parts 41
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞ Alaia Zanera, nama itu secantik gerangannya. Lemah lembut, manja dan sopan, itu antara karakter yang dimiliki gadis itu. Namun, tiada siapa tahu rahsia disebalik raut wajah polos itu. Hakikat sebenar, Alaia menyembunyikan sesuatu rahsia tentang dirinya. Selepas rahsia itu bocor, sudah tentu itu mengundang kemarahan keluarga Alaia. "Kenapa you setuju untuk kahwin dengan I, Nuh? Kenapa you setuju dengan permintaan papa? I berani kerat jari I yang I akan berubah, okay? Kita tak perlu kahwin." - Alaia Zanera. "Kau ni tak reti bersyukur ke?" - Hael Nuh. Ya. Itu arahan papa Alaia, Encik Adam. Gila, bukan? Tidak perlu rasanya mengheret Hael dalam masalahnya. Dia tidak mahu terikat dengan Hael. Dan dia juga yakin yang Hael juga tidak mahu terikat denganya. Hael Nuh, sebaris nama itu dulu sering dipuja Alaia. Siang dan malam, gerangan itu yang dicari Alaia. Hubungan kekeluargaan mereka cukup dekat. Dan kerna itulah, Hael patuh dengan arahan Encik Adam untuk berkahwin dengan puteri tunggalnya. Saban hari, perkahwinan yang mulanya terbina atas permintaan keluarga itu dirasakan lari dari paksi asalnya. "Isn't clear?" - Hael Nuh. "What?" - Alaia Zanera. "I have feelings for you." - Hael Nuh. Hael pilih untuk berterus terang tentang perasaan sebenarnya pada Alaia. Namun, segalanya terasa begitu pantas. Alaia masih dibelenggu kenangan dulu. Dia masih keliru dengan perasaan sendiri. Tapi Hael tidak mudah melatah. Hael masih tegar menanti dan cuba menambat hati si isteri. Namun... "I sakit Nuh... I sakit selagi bergelar isteri you. Tolong, lepaskan I. I don't want to be your wife anymore." - Alaia Zanera.
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 681,698
  • WpVote
    Votes 33,119
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance - stand alone] Qayl Zachary | Dian Antasya Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah. beautiful cover: @pplyoumayknow
DARREN ZAYYAN: HER MR PILOT | HIATUS by Raeyvva
Raeyvva
  • WpView
    Reads 199,927
  • WpVote
    Votes 10,922
  • WpPart
    Parts 52
[READ DESCRIPTION FIRST!!] 𝗛𝗲𝗿 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 | 𝖡𝗈𝗈𝗄 1 "𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧 𝐦𝐞𝐞𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐡𝐲𝐩𝐞𝐫 𝐠𝐢𝐫𝐥." DARREN ZAYYAN | IRDYNA DAHLIA "Handsome la, awak ni. Macam oppa!" - 𝗜𝗥𝗗𝗬𝗡𝗔 𝗗𝗔𝗛𝗟𝗜𝗔 Bermula dengan pertemuan di lapangan terbang, Irdyna Dahlia jatuh cinta dengan seorang jejaka yang digelarnya 'Mr Pilot'. "Demam eh?" - 𝗗𝗔𝗥𝗥𝗘𝗡 𝗭𝗔𝗬𝗬𝗔𝗡 Si jejaka pula berhati batu. Kata-katanya pula macam anak panah yang menusuk ke kalbu! Apa yang keluar dari mulutnya, semua bernas dan menyakitkan hati. Tapi itu bukanlah penghalang untuk Irdyna Dahlia sukakan jejaka tersebut. "Umi, kenapa Dyna nampak Mr Pilot dekat sebelah rumah kita?" - IRDYNA DAHLIA "Lah.. Dyna tak tahu ke? Darren tu kan anak Aunty Danina." - PUAN WARDAH "Yalah.. kenapa Dyna tak perasan?" - IRDYNA DAHLIA Walaupun bukan mudah untuknya mengambil hati Mr Pilot, Irdyna Dahlia tak akan mudah putus asa! Mampukah dia menakluki hati yang dah lama bertukar menjadi batu? ⚠️ Cringe❗ ⚠️ Heroin gatal, jadi kalau rasa tak suka watak over macam Irdyna Dahlia better JANGAN BACA. ⚠️ Be nice guys, books ni banyak cacat cela.. janganlah kasi hate comment pula, kitonyo manjo hmm 🥹 (masa sy pub book ni pun bnyk main je, tk fikir panjang dulu.) Sy nk unpub pun macam ada yang suka dengan book ni jadi tknklah mengecewakan diaorang pula 🥹 korang tak suka jangan baca awal² tau? Terima kasih 🥹🫰🏻 ⚠️ Read at your own risk❗ ⚠️ Hero redflag tapi sedikit green❗ ⚠️ Dilarang plagiat❗ Start : 18 September 2023 End :
𝐂𝐡𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | TERBIT by Liohayes
Liohayes
  • WpView
    Reads 536,505
  • WpVote
    Votes 11,188
  • WpPart
    Parts 11
Iris Jasmina. Dirinya dibenci ibu dan adik perempuannya tanpa sebab. Mungkin kerana pendidikannya tidak seperti adiknya, Puteri Qalisya yang bijak pandai. Namun di sebalik ketidakpandaiannya, Iris mampu berdikari sendiri. Keputusan Tan Sri Rahman untuk kahwinkan Puteri dengan pilihannya gagal saat Puteri bantah sekeras-kerasnya kerana dia masih punya dunia sendiri. Malah takut juga jika pilihan Tan Sri Rahman bukan seperti apa dia mahu. Kerana penolakan itu, Tan Sri Rahman mengutuskan untuk kahwinkah Iris dengan calon pilihannya. Mampukah Iris menolak? Apatah lagi bertemu dengan calon pilihan ayahnya yang ternyata... "Iffat. Dato' Iffat Hezryn. You can call me Iffat." Seorang Dato'?! Sukar untuk Iris percayai. Bagaimana pun, Iris dan Iffat menjalinkan hubungan suami isteri seperti biasa. Iffat yang tenang dan Iris yang lemah lembut. Adakah rumah tangga yang terbina kerana keluarga, akan bertahan sampai bila-bila? "Yes, she's nothing to you but she's my wife." -Dato' Iffat Hezryn.
The Greatest Love #3 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,071,851
  • WpVote
    Votes 68,167
  • WpPart
    Parts 74
The Greatest #3 TGMS 2 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Zachary dan Irina-dua jiwa yang sama, terpantul dalam satu cerminan. Mereka berkongsi personaliti yang dominan, ego yang tinggi, dan hati yang dingin. Sejak dahulu, mereka terbiasa hidup tanpa emosi, menjadikan hubungan mereka sekadar perjanjian tanpa rasa. Namun, selepas perpisahan itu, Irina kembali ke London, tempat di mana hatinya benar-benar berada. Dia memutuskan segala ikatan yang masih bersisa di Malaysia, meninggalkan masa lalu tanpa menoleh ke belakang. Zachary dan Irina kembali menjalani kehidupan masing-masing, tetapi kali ini sebagai individu yang berdiri sendiri. Tiada lagi ikatan yang menyatukan mereka seperti dahulu, tiada lagi perkahwinan yang bertahan atas dasar kontrak. Dua tahun yang pernah mereka habiskan bersama kini hanya tinggal kenangan yang membeku dalam sejarah. Namun, sejauh mana mereka mampu mengabaikan bayangan satu sama lain? Adakah perpisahan benar-benar menandakan sebuah pengakhiran, atau mungkinkah takdir masih mempunyai rancangan lain untuk mereka? Start: 26/3/2025 End: 23/4/2025 TW: STRONG F... LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK
𝐒𝐄𝐇𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐆𝐈𝐍𝐌𝐔 by _theserra
_theserra
  • WpView
    Reads 461,180
  • WpVote
    Votes 12,203
  • WpPart
    Parts 40
𝐀𝐢𝐝𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐟 || 𝐙𝐞𝐧𝐢𝐚 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 [ 𝐇𝐮𝐝𝐬𝐨𝐧 𝐅𝐚𝐦𝐢𝐥𝐲 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥. 𝟏 ] 'Mengapa di saat cinta mula berputik, takdir seakan membawa haluan berbeza?' Mereka bertemu dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Mereka jatuh cinta pada waktu yang tidak sesuai. Dan mereka terikat dalam permainan yang tidak pernah mereka pilih. "Aku datang atas urusan kerja, bukan masa lalu." - Zenia Hudson "Kerja ya? Atau untuk cuci dosa lama kau?" - Aidan Hanif Pertemuan semula selepas bertahun itu membuka kembali luka lama, bersama kenangan yang selama ini cuba dikuburkan. Ketika empayar Hudson berada di ambang kemusnahan, Zenia dipaksa membuat pilihan. Mengorbankan cintanya atau menyelamatkan legasi keluarga. "Aku boleh stabilkan reputasi Hudson." "Tapi dengan satu syarat." - Aidan Hanif "Syarat... apa?" - Zenia Hudson "Kahwin dengan aku." - Aidan Hanif Saat kebenaran mula terbongkar satu persatu, Aidan tersedar bahawa wanita yang hadir membawa cahaya dalam hidupnya adalah orang yang sama hampir memusnahkannya. "Aku tak pernah bencikan kau... aku cuma benci diri sendiri sebab masih pilih kau." - Aidan Hanif Namun, sejauh manakah cinta mampu bertahan saat kepercayaan dikhianati? Antara cinta dan tanggungjawab, mana satu yang patut dikorbankan? Read by your own risk. All Rights Reserved @_theserra [ in revamp process ]
BOW TO HER 2 by notsoayn
notsoayn
  • WpView
    Reads 41,417
  • WpVote
    Votes 3,286
  • WpPart
    Parts 7
The King of Loyalty. Wajahnya selalu menjadi igauan malam para wanita. Mata bekunya tidak berperasaan tetapi mampu meruntuhkan pertahan hati seseorang. Dia,lelaki tidak berperasaan yang selalu digila oleh wanita. Namun sayang,seorang wanita pun tidak berjaya menambat hatinya. Bekunya dirinya sehingga tiada sesiapa pun berani mendekati. Hanya mengangumi dari jarak jauh. Dirinya yang tidak bergaul dengan kaum hawa membuatkan semua orang membuat spekulasi sendiri. Sehingga ada yang menggelarkan dirinya 'gay'. Namun,jauh di dalam hatinya ada satu rahsia yang dikunci kemas. Tentang hatinya yang sudah berpenghuni. Tentang cintanya yang tidak pernah mati untuk si dia. Hanya dia dan tiada duanya. "Tempat seorang permaisuri adalah disisi seorang Raja"