hahasgjan's Reading List
3 stories
Misteri Tuala Wanita by chubspineapple
chubspineapple
  • WpView
    Reads 69,783
  • WpVote
    Votes 4,088
  • WpPart
    Parts 19
Masalah yang sering dialami oleh wanita dalam menguruskan sebuah benda yang dipanggil 'pad' atau bahasa sopannya iaitu 'tuala wanita'. Agak sedikit kotor bila terbayang jenis cecair pekat berwarna merah yang harus dibasuh dan dilumatkan sampai bersih. Tapi, itulah wajib dilakukan untuk kaum hawa yang mengalaminya pada setiap bulan. Jika dibiarkan, maka benda yang lain akan berlaku. Betul ke? Sesuatu di luar jangkaan atau itu dianggap perkara biasa? Jadikan ia satu pengajaran, bukannya satu permainan.
ILUSI by hazelhaven9
hazelhaven9
  • WpView
    Reads 1,097
  • WpVote
    Votes 59
  • WpPart
    Parts 10
ILUSI membawa imaginasi anda kedunia ke 2.Ilusi hanya sekadar mimpi atau 'dia' yang menjadikan Ilusi itu satu kenyataan.Menceritakan mengenai seorang penulis novel thriller terkenal,Hazel yang menulis melalui imaginasi tentang pembunuhan bersiri. Menerima surat dari peminat psiko yang ingin menjadikan imaginasi Hazel sebagai satu kenyataan.Pembunuhan demi pembunuhan berlaku seperti yang terkandung dalam novel ILUSI.Eisya dan Jen cuba merungkai misteri di sebalik pembunuhan yang berlaku dengan bantuan ASP Shahril. Maklumat daripada seseorang membuatkan kes ini lebih unik dan tidak dijangka. Dapatkah mereka mencari psikopat yang juga peminat misteri Hazel dan menghentikan pembunuhan dari terus berlaku lagi?
BAYANGAN by MurniAqilaNovelis
MurniAqilaNovelis
  • WpView
    Reads 7,016
  • WpVote
    Votes 206
  • WpPart
    Parts 26
BLURB BAYANGAN - MURNI AQILA Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tapi semua tanpa sedarnya. Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar. Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar. Apa yang dia alami ini mengelirukan fikirannya. Tak pasti apakah semua itu sekadar mimpi atau delusi. Dia hanya mahu bertemu dengan Hajar. Tapi kenapa seperti ada misteri yang mengekori? Sedangkan semua insan di sisinya baik-baik sahaja. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi. Dan apabila ia terbongkar, barulah kita sedar... realiti sebenarnya lebih menggerunkan daripada mimpi ngeri. "Nizam tak tahu apa yang jadi, apa yang Nizam dah buat. Kadang-kadang Nizam rasa macam dalam mimpi, tapi macam betul-betul jadi. Entahlah... Nizam macam tak berapa sedar, mak." - Nizam "Yang merisaukan mak uda sekarang ni, kenapa ada lebam-lebam kat lengan Nizam? Kat dada pun ada bekas-bekas luka warna hitam. Seumur hidup, tak pernah lagi Nizam kena macam ni." - Fauziah "Benda yang paling penting dan jadi bahan bukti cuma CCTV. Dan rakaman CCTV yang aku tengok tu membuatkan aku meremang." - Irwan "Saya rasa awak ni macam ada sesuatu yang misteri pasal awak, Nizam." - Hajar ********** Berminat nak beli novel ini? Copy link di bawah ini dan google: https://shopee.com.my/(BAHARU-%E2%80%BC%EF%B8%8F)-NOVEL-SERAM-BAYANGAN-MURNI-AQILA-i.38290312.6420256795