🌺
6 stories
Sekolah Lama by HorrorCatalog
HorrorCatalog
  • WpView
    Reads 72,161
  • WpVote
    Votes 5,189
  • WpPart
    Parts 20
Anwar dan Farhan merupakan adik-beradik kembar. Mereka berpindah ke Manjung, Perak atas alasan kerja ibu dan bapa mereka. Mereka tinggal di rumah baharu yang berhantu. Sepanjang mereka tinggal di situ, mereka diganggu. Namun, gangguan mereka di rumah adalah amat kecil berbanding gangguan mereka di sekolah. Mereka juga ialah pelajar baru di SMK Dato' Hussein. Kehadiran mereka di sekolah itu disambut baik oleh semua orang pada mulanya, dan menyebabkan mereka suka untuk belajar ke sekolah itu, walaupun pada mulanya mereka enggan kerana tidak biasa dengan cara pembelajaran di situ Namun, sekolah yang kelihatan baharu itu sebenarnya menyimpan pelbagai rahsia yang masih belum terbongkar. Semakin lama mereka berada di sekolah itu, semakin banyak perkara yang pelik, yang dapat menaikkan bulu roma sesiapa sahaja yang melaluinya. Gangguan emosi, tragedi ngeri, dan dunia fantasi menjadi nyata apabila mereka berada di sekolah itu. Mereka tersepit di dalam jerat kerana semakin banyak rahsia sekolah itu yang dapat dikorek, semakin dalam penjara mereka. Mereka tidak tahu bahawa sebenarnya misteri di sekolah mereka berkait dengan misteri yang dilalui di rumah . Adakah mereka terselamat dari mimpi-mimpi ngeri ini? Nantikan. #28 in Horror 25/12/12 #30 in Horror 20/12/26 #41 in Horror 13/12/16 #56 in Horror 11/12/16 #82 in Horror 10/12/16 First updated 9/12/16
Hilang by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 57,514
  • WpVote
    Votes 3,238
  • WpPart
    Parts 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan program pertukaran pelajar dengan pelajar-pelajar dari sesebuah sekolah di Amerika Syarikat. Meskipun rasa hairan dan risau telah bersarang di hati, sekumpulan pelajar ini lebih berasa gembira dan tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan di AS bersama kawan-kawan. Sememangnya, malang tidak berbau. Kapal terbang yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan ke AS. Rasa hairan bertambah apabila kesemua penumpang kapal terbang itu telah terkorban, kecuali para pelajar 5 Sains 1. Hari berganti hari, mereka menunggu sahaja pertolongan yang entah bila kunjung tiba ke pulau yang tidak pernah terlukis di peta dunia itu. Bersama-sama, mereka berjuang untuk melawan trauma dan meneruskan kehidupan. Namun, perjuangan mereka dirasakan bagai akan berakhir apabila mereka menemukan sesuatu. Satu demi satu.
»ERROR« [ZombieMalay] by Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    Reads 161,549
  • WpVote
    Votes 15,821
  • WpPart
    Parts 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad untuk keluar dari daerah tersebut dengan selamat bersama rakan-rakannya. Namun semua itu bukanlah mudah. Sesiapa yang dijangkiti akan menjadi tidak waras dan hilang kawalan, mungkin lebih teruk. Tidak ada pilihan selain 'menghapuskan' mereka yang dijangkiti. Semua dugaan yang Ana dan rakan-rakannya hadapi adalah diluar batas kemampuan mereka. Terselamatkah mereka? Apakah yang sebenarnya berlaku disebalik misteri wabak tersebut? Dan sanggupkah Ana 'menghapuskan' andai ada antara rakannya dijangkiti? Ketahui dalam kisah ini
»Abolition« [ERROR#2] by Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    Reads 75,166
  • WpVote
    Votes 8,261
  • WpPart
    Parts 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua sangka ianya terhapus sekali bersama-sama dengan daerah Kudat tetapi sangkaan mereka meleset. Dalam kekecohan, Peter tekad untuk mencari Ana. Untuk menyelamatkan dunia, mereka perlu menyelamatkan satu-satunya penawar bagi wabak Ex-16 itu terlebih dahulu. Tetapi bagaimana jika... "Ana, saya perlu beritahu awak sesuatu. Dan saya harap awak bersedia." Dr Christine mengangkat wajahnya merenung Ana. "Apa dia?" "Awak telah dijangkiti."
Genesis | ERROR  [Side Story 1] by Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    Reads 3,439
  • WpVote
    Votes 342
  • WpPart
    Parts 10
Badai sekali lagi datang melanda. Tiada siapa yang tahu bila ia bermula atau dari mana datangnya ia. Dalam sekelip mata Pulau Mentani menjadi huru-hara akibat wabak yang dulu mengancam keselamatan seluruh dunia muncul sekali lagi secara tiba-tiba. Sekumpulan remaja tekad untuk keluar dari pulau tersebut ketika ribut badai bencana melanda, meragut ratusan nyawa tidak kira keluarga, rakan dan penduduk yang lain. Namun semua itu bukanlah mudah. Semua dugaan yang mereka hadapi adalah diluar batas kemampuan mereka. Terutamanya apabila kebenaran yang terbongkar bukan mudah untuk dihadam apatah lagi diterima. "Tragedi Daerah Kudat mungkin akan berlaku sekali lagi." "Semuanya telah berakhir." ! Notis ! Karya ini merupakan cerita sampingan daripada cerita siri ERROR. Dwibahasa - Malay & English