yoshirays
Sarah Arissa seorang gadis berdarah belanda yang mempunyai kecantikan yang luar biasa. Siapa sahaja yang tidak tertarik dengan gadis jelita ini. Kata ramai orang beruntung teman lelakinya mempunyai teman wanita seperti Sarah. Namun segalanya berubah apabila Irfan reman lelakinya membuat keputusan untuk melarikan diri sehari sebelum perkahwinan. Dek kerana kecewa yang dialaminya, Sarah membawa diri ke tempat orang. Dan disini bermula kisahnya bersama seorang jejaka yang bernama Adam.
"Ini ayam bakar awak. Kalau saya yang bakar jadi special tau. Sebab saya buat penuh dengan kasih sayang." -Adam Samad
Pertemuan yang langsung tidak dijangkakan itu, membawa nya ke pertemuan seterusnya. Bagaikan takdir, setiap pertemuan itu, pasti si gadis berada dalam kesusahan membawa terbitan cinta pada sang jejaka buat gadis jelita itu. Cinta tersebut akhirnya membawa mereka ke alam perkahwinan yang bahagia.
Sehinggalah terjadinya perkara yang tidak diingini.
"Lepaskan aku, aku bukan milik kau tetapi dia."
Adam buntu. Kejadian berlaku selepas suami tidak jadi Sarah muncul kembali. Apakah keputusan Adam? Adakah dia melepaskan surihati nya, atau berteguh atas dasar cinta mereka? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka? Segalanya dalam Kisha cinta Sarah Dan Adam.