honeybee34's Reading List
33 stories
Hud Hudzaifah [OG] by maleekaa
maleekaa
  • WpView
    Reads 849
  • WpVote
    Votes 60
  • WpPart
    Parts 4
Sipnosis: Pernah dengar tentang cinta pandang pertama? Itulah yang dirasakan Adella Catalina tatkala pertama kali berjumpa lelaki pujaannya, Leftenan Hud Hudzaifah. Hanya mendengar namanya saja, Adella sudah rasa berdebar tidak keruan. Setiap hari, setiap jam, gadis itu tak putus-putus mahu menarik perhatian lelaki itu. "Hud, awak rasa tak bumi ni bergoncang? Sebab hati saya rasa bergoncang bila ada dekat dengan awak!"-ADELLA CATALINA "Kau bukan hati bergoncang. Kau tu otak yang bergoncang. Bukan setakat bergoncang, dah jadi gempa bumi kut dalam otak kau. Itu yang tak betul."-HUD HUDZAIFAH Bermacam cara dicuba Adella untuk memikat hati Hud. Tapi gadis itu tak kenal istilah putus asa. Kalau dia mahu, dia tetap akan cuba. "Hud, saya ada buat nasi goreng untuk awak."-ADELLA CATALINA "Puih! Kau letak secubit garam ke kau letak satu bekas terus? Masin sangat ni, boleh kena darah tinggi aku."-HUD HUDZAIFAH Bahagia mereka terasa manis, namun tidak lama. Datang pula ujian yang melanda, menguji kesetiaan dan kepercayaan. Kadang manusia tak lari dari sifat dengki, dan pengkhianatan boleh muncul dari arah yang tidak disangka. "Aku tak tahu kau boleh jadi racun untuk aku. Kenapa kau buat aku macam ni?"-ADELLA CATALINA "Aku minta maaf."-? Tanpa diduga, keputusan yang dibuat oleh si 'dia' bakal menggoncang hidup Adella. Apakah keputusan itu? Mengapa 'dia' sanggup meruntuhkan kebahagiaan yang baru mula dirasa? ⚠️ Maafkan saya kalau tatabahasa semua tu teruk. Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Minta maaf juga kalau cerita ini agak membosankan. Terima kasih kalau korang sudi singgah cerita yg cringe ni. Apa-apapun, happy reading 💞
Pengantin Buat Nelayan (COMPLETE) by saraimani99
saraimani99
  • WpView
    Reads 240,440
  • WpVote
    Votes 12,312
  • WpPart
    Parts 48
Pengantin Series: Book 1 Blurb: "Apa ni! Gelinya! Kau buta ke! Tak nampak ke aku tengah jalan!" -Mellisa Dayana Pertemuan pertama yang mencetuskan persepsi Mellisa Dayana, seorang artis terkenal terhadap Athif Najmi, nelayan kampung yang tiba-tiba muncul bersama tong ikan. Tanpa disangka, mereka bertemu lagi di perkampungan nelayan buat kesekian kalinya. Setiap kali bertemu, tentu ada isu yang menyakitkan hati masing-masing. Sampaikan suatu hari, kerana satu kejadian, hati Athif mula berbisik cinta. "Cik Mellisa tengah shooting ke? Cik berlakon sebagai duyung?" - Athif Najmi "Ya, encik nelayan. Kau dah rosakkan aku punya scene...." - Mellisa Dayana Antara artis terkenal dan nelayan, ada jurang yang sangat besar. Dengan status Mellisa yang telah bertunang, Athif tidak mampu berangam tinggi. Takdir atau ujian? Mellisa ditinggalkan di hari perkahwinan kerana fitnah di mana Mellisa ada hubungan sulit dengan Athif. Kerana sekeping gambar, segala yang Mellisa kecapi hilang begitu sahaja. Athif sanggup menggalas tanggungjawab dan menikahi Mellisa. Cuma, kebahagiaan tidak semudah yang disangka. Masih jauh perjalanan mereka.
ALTHAF DAFFA (C) by fyrrose
fyrrose
  • WpView
    Reads 689,916
  • WpVote
    Votes 21,851
  • WpPart
    Parts 98
Gara-gara sang lelaki yang sepatutnya menjadi suami kepada Faaeqa Farha lari pada hari akad nikah mereka. Cukup malu dan terasa di khianati menyelubungi diri. Tiba-tiba... "Biar saya jadi pengganti"- Althaf Daffa Faaeqa seakan tidak percaya dan tak terima apa yang dia dengar. Pelbagai persoalan kenapa dia sanggup ganti tempat bekas tunangnya. Kenapa dia sanggup bernikah dengannya. Akhirnya dia setuju atas pujukan keluarga. "Hai, my little wife. You're mine now. From this day forward, you belong to me"- Althaf Daffa "Dalam mimpi awak"- Faaeqa Farha "Don't tempt me. Nak tak nak kau kena terima yang aku suami kau, shorty"- Althaf Daffa Althaf Daffa, ayah saudara kepada bekas tunangnya. Faaeqa pada mulanya tidak terima akhirnya redha si dia menjadi suami walaupun umur beza 14 tahun. Pelbagai dugaan bila menjadi isteri kepada si duda tua. Macam-macam cara Faaeqa cuba buat Althaf jengkel terhadap dia tapi gagal. Ada saja balasan si suami tua membuatkan Faaeqa tercabar. Akhirnya Faaeqa terjatuh cinta kepada Althaf Daffa yang tidak jemu dan sentiasa sabar akan diri nya. Tetapi tak semesti dalam perkahwinan sentiasa bahagia. Perkahwinan mereka di uji apabila bekas tunang iaitu Ezzat Daniel kembali menghantuinya. "Banyak-banyak lelaki kenapa bapak saudara aku, kau kahwin ?!"- Ezzat Daniel "Suka hati aku lah nak kahwin dengan sesiapa pun ! Kau ingat siapa yang tinggal siapa !"- Faaeqa Farha Adakah perkahwinan mereka akan kekal ? Adakah Ezzat akan berjaya merampas Faaeqa dari Althaf ? Adakah Althaf akan sentiasa melindungi isterinya ? "I don't care if you're my niece but I never let you touch what mine"- Althaf Daffa START: 08/01/2025 END: 30/9/2025
ONTI GUN : MILIK UMAN by Itsmechinta
Itsmechinta
  • WpView
    Reads 1,173
  • WpVote
    Votes 128
  • WpPart
    Parts 7
Anggun Baiduri x Qief Al Hakim [ BACAAN AWAL ] Kehilangan cinta pertama bukanlah perkara yang mudah untuk Qief lupakan. Tambahan pula, Siti Humairah pergi meninggalkannya setelah berjuang melahirkan zuriat sulung mereka, Nu'man Al Fateh. Qief makan masa hampir 3 tahun untuk pulih dari luka lalu. Kini tanggungjawabnya ialah membahagiakan Nu'man. Namun permintaan Nu'man padanya kali ini membuat Qief termenung sendirian. "Uman nak Onti Gun jadi mama Uman." - Nu'man. "Jangan nak merepek, Nu'man Al Fateh." - Qief Mampukah Anggun menjentik hati Qief yang sudah beberapa tahun tertutup rapat? Ending... dalam manuskrip 🤗
UZAIR : KALI KEDUA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 968,587
  • WpVote
    Votes 36,201
  • WpPart
    Parts 82
FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit hati,mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing. Selepas empat tahun,mencari semula dan bertemu semula bekas isterinya itu bila kebenaran mulai dibongkarkan satu persatu. -------------------------------------------- "Aku nak Isteri aku balik." - Ahmad Uzair "Lebih baik kita tak balik semula dan bawa jalan masing-masing." - Nurul Sofea 🔴GARIS MASA DAN PERJALANAN PENCERITAAN DI BAB AWAL AKAN CEPAT, JIKA TIDAK FAHAM DAN PENING JANGAN TERUSKAN BACAAN ANDA.BOLEH BERLALU KE CERITA YANG LAIN YANG JALAN PENCERITAANNYA LEBIH MUDAH DIHADAM DAN MUDAH DIFAHAMI OLEH OTAK KALIAN. MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. Start :25 SEPT 2024 End:3 DEC 2024
Si Manis Saya by embunseroja
embunseroja
  • WpView
    Reads 726
  • WpVote
    Votes 32
  • WpPart
    Parts 4
"Awak tipu saya, Redza! Awak pandang saya rendah sangat sampai sanggup tipu semua ni. How... could you?" - Lili Azalea "Because you only respect what shines, Lili. And not my true self. Peluh, lumpur dan busuk tanah semua ni tak sesuai dengan awak." - Redza Hadif Nama bunga-bunga dah sedap tapi bila diajak berkebun laju kaki Lili Azalea membuka langkah seribu berteduh di teratak miliknya dan Redza. Tak nak! Tak sanggup! Panas! Peluh! Serangga! Lili nak balik rumah mama sekarang juga! Itulah bentak hati Lili kala itu. Sungguh dia tertipu dalam perkahwinan ini Sekilas suaminya yang sedang berkebun Lili renung tajam. Sangkanya Redza setaraf macam Lili. Ada rumah yang selesa macam Lili. Pendidikan setaraf macam Lili. Tapi bila dah diijab kabulkan lain pula cerita. Terjojol biji mata Lili Azalea, bila Redza berhentikan kereta di 'rumah' mereka seminggu lepas. Memang la depan ini rumah, tapi bukan rumah yang Lili nak! Suaminya memang tampan, baik, bertanggungjawab dan juga he is a cheater! Bentak hati Lili lagi. Fikiran Lili kembali melayang ke pertemuaan pertama dia dan Redza. Lelaki itu segak menggayakan suit, nampak berkarisma. Sempat telinga Lili menangkap bait kata daripada mulut Redza. He is very eloquent! Oh, and he is eloquent, alright?! Sebab baris ayat daripada mulut Redza dah berjaya menipu Lili. Ini bukan cerita Catch Me If You Can dan bukannya Truman Show yang bodoh-bodohkan Lili. Tapi ini realiti yang menggigit sama macam nyamuk yang tengah menggigit Lili dengan galak kala ini. Tangan Lili digawang-gawang menghalau nyamuk yang makin banyak. Ish! Suami Lili penipu! And he is also sly as a fox! Sebab dah berjaya memperdayakan Lili!
My Ice Prince Hubby ❄✔ by BabyUmao
BabyUmao
  • WpView
    Reads 3,980,556
  • WpVote
    Votes 145,129
  • WpPart
    Parts 78
Ain Airana mengharap hidupnya di Addam Lincoln University akan baik2 saja. Namun, sejak dari hari pertama Ain Airana berada di universiti itu, dia sering bertembung dengan anak Dato' Syukri, Amirul Aiman. Aiman seorang 'Ice Prince' yang dingin dan pendiam tetapi sangat popular di kalangan pelajar universiti itu. Namun kehadiran Ain Airana betul2 mencabar kesabaran dirinya. "Did you do this on purpose, Miss Airana?" -Amirul Aiman "MAAF MAAF MAAF! SAYA BETUL2 TAK SENGAJA!!" -Ain Airana Sehinggalah satu kejadian telah memaksa mereka untuk berada dalam suatu ikatan perkahwinan. Namun,kedinginan si suami hanya membuatkan hati Ain terluka. Tetapi Ain nekad untuk memikat hati suaminya. Mampukah Ain Airana mencairkan hati ais Si Hubby a.k.a Ice Prince itu?
Give Me Your Forever | COMPLETED by nanabananamy
nanabananamy
  • WpView
    Reads 933,528
  • WpVote
    Votes 31,262
  • WpPart
    Parts 54
- Editing in progress- Adam Afham x Nadiya Aleesa Nadiya Aleesa menjadi ibu tunggal sebaik sahaja putera kecilnya, Amsyar, menjengah dunia. Luka perkahwinan yang musnah dek orang ketiga memaksanya membina hidup semula, demi anak yang menjadi punca kekuatannya. Adam Afham, yang berpegang dengan prinsip hidup just go with the flow, tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukan dia dengan Nadiya. Satu pertemuan menjadi dua, dan pertemuan ketiga membuatkan dia yakin, ini bukan lagi kebetulan. "Saya tahu awak boleh besarkan Amsyar sendiri. Saya tahu awak kuat. Tapi kuat macam mana pun awak. Saya tahu, awak tetap perlukan bahu untuk bersandar, kan?" - Adam Adfham Namun, ketenangan mula tergugat apabila Muaz Naufal, bekas suami yang pernah menghancurkan hatinya, muncul menuntut peluang kedua pada saat Nadiya sedang membuka pintu hati untuk Adam. "Bagi saya peluang untuk betulkan kesilapan saya sebelum ni? Saya janji, selagi saya ada dengan awak. Saya akan buat awak bahagia lebih daripada sebelum ni." - Muaz Naufal. Antara masa lalu yang pernah melukai, dan masa depan yang menjanjikan harapan, Nadiya harus memilih. Tetapi ini bukan sekadar tentang dirinya sendiri.Ada Amsyar, yang perlu diberikan keutamaan.
Ameliazone [C] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 354,003
  • WpVote
    Votes 12,944
  • WpPart
    Parts 55
Amelia Helena. Gadis selamba yang berterus-terang dengan perasaannya membuatkan Azrul Aqeel menganggap gadis itu menakutkan. Azrul Aqeel yang jual mahal, akhirnya dipinang oleh keluarga Amelia gara-gara umurnya yang dikategorikan sebagai bujang terlajak oleh abang, kakak dan ipar-duainya. Sekali ditolak Aqeel, beratus kali Amelia mencuba. Semakin Aqeel menjauh, semakin Amelia mendekat. Akhirnya, sebuah ikatan suci terbina walaupun pada awalnya bermula dengan bertepuk sebelah tangan. "Kau tak patut wujud dalam hidup aku." - Aqeel "Saya tak akan ganggu hidup awak dah." - Amelia Namun, untuk mengecapi bahagia juga memerlukan sebuah perjuangan. Dan tiada perjuangan tanpa rasa sakit. - Start: 26 Disember 2024 End: 14 Mac 2025
Mencari Bahagia [C] by findaemira
findaemira
  • WpView
    Reads 314,791
  • WpVote
    Votes 11,145
  • WpPart
    Parts 60
Auni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spekulasi tentang hidupnya yang dia tidak akan dapat merasakan perasaan bahagia yang sebenar. "Bahagia tu bermula dengan diri sendiri. Kau? Bahagia bermula dengan orang lain" - Hazeem Irsyad "Aku cuma nak orang bangga dan hargai aku je Hazeem," - Auni Hazeem Irsyad, jejaka periang tetapi tegas, seperti maksud namanya juga. Namun apabila Hazeem Irsyad tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, Auni mula percaya dengan spekulasinya selama ini. "Saya dah minta izin abang awak untuk izinkan kita berkenalan" - Muhammad Asri Auni cuma senyum dan tidak menghalang niat baik Asri. Mungkin betul apa yang Hazeem Irsyad pernah katakan padanya- Bahagia itu bermula dengan diri sendiri. - Start: 17 September 2024 End: 22 November 2024