THRILLER🧡🧡🧡
6 stories
PENUNGGU by SitiNovelis
SitiNovelis
  • WpView
    Reads 964
  • WpVote
    Votes 73
  • WpPart
    Parts 17
Gelagat sekumpulan anak-anak muda yang diketuai oleh Raymond Tan, yang berdegil untuk meneruskan ekspedisi mereka meneroka Gua Hitam akhirnya mengundang celaka. Tragedi bermula apabila Meilina dilarikan suatu 'lembaga' berwarna putih nun jauh ke dalam perut gua. Mujurlah, Meilina ditemui dalam keadaan selamat. Pengalaman ngeri terus mengekori mereka walaupun setelah keluar dari perut Gua Hitam. Seorang demi seorang mula ditimpa petaka. SIAPAKAH YANG TERSELAMAT DAN SIAPAKAH YANG BAKAL BERDEPAN DENGAN MAUT?
Projek Seram Restroom - Jalan Kematian by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 13,719
  • WpVote
    Votes 269
  • WpPart
    Parts 7
"Pilihlah...aku beri kau dua pilihan..." Satu demi satu ahli Geng Berlima ditemui mati di dalam tandas di Kem Serikandi. Semuanya terjadi apabila mereka menyumbat salah seorang serikandi di dalam tandas di kawasan larangan kem itu. Apa kaitannya kematian ahli Geng Berlima dengan serikandi yang menjadi mangsa kenakalan mereka? Mengapa kematiannya mesti berlaku di tandas?
Projek Seram Tren - Ghaib by dsuzish
dsuzish
  • WpView
    Reads 2,562
  • WpVote
    Votes 111
  • WpPart
    Parts 6
"Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! " Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila ketiga-tiganya hilang tanpa dikesan di Stesen Keretapi Lama secara tiba-tiba. Apakah yang terjadi kepada mereka? Adakah ada yang terkorban akibat kemarahan roh tidak tenteram yang mengganggu tiga perompak itu?
Projek Seram Terowong by SyasyaDeLuna
SyasyaDeLuna
  • WpView
    Reads 443
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 1
SINOPSIS / TEROWONG LRT - A. DARWISY ~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~ Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri? TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN - SYASYA BELLYNA ~kau ghaib pendamping berganti~ Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan? GHAIB - ZAIFUZAMAN AHMAD ~kebenaran yang kau cari ada di sini~ Detektif Riza diminta untuk menyiasat tentang kehilangan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah lama dan elit. Bagaimanapun dia enggan untuk mempercayai yang sekolah itu berpuaka biarpun cerita itu tersebar luas. Melalui siasatannya dia berasa keliru kerana dihimpit dengan kehilangan misteri yang tidak meninggalkan jejak. Bertambah lagi apabila Jessica, teman rapat Mimie turut hilang. Bagaimanakah Detektif Riza berjaya menyelongkar rahsia di sebalik kejadian ini?
𝑹𝑶𝑺𝑬 𝑶𝑭 𝑶𝑹𝑰𝑬𝑵𝑻-𝒘𝒓𝒊𝒕𝒆𝒏 𝒃𝒚 𝑺.𝑲𝑨𝑼𝑺𝑨𝑹𝑰 by joycux
joycux
  • WpView
    Reads 1,151
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 82
Banglo House of Ophelia telah diberi nama baru sebagai Rose of Orient setelah dibeli oleh seorang wanita elit bernama Doris Ong. Kejadian aneh dan orang hilang bermula semula. Inspektor Sabirin yang baru pulang dari selatan Thailand telah berhadapan dengan kes orang hilang itu. Elyas Khusairi yang berada di China untuk penggambaran filem Sumpahan Ling Chi cuba menyiasat rahsia di sebalik kes ke atas pisau hukuman Ling Chi itu. Inspektor Sabirin terpaksa meminta khidmat kumpulan Xtreme Parahunters (XTPH) untuk mencari laluan alternatif ke dalam terowong di bawah banglo itu bagi membuktikan kejadian hukuman Ling Chi telah bermula semula. "Tak ada yang dapat menamatkan sumpahan ini selagi darah kau dan aku tidak bersatu." - Xiao Li "Itulah kehidupan.Pertarungan antara mengikuti jalan TUHAN atau jalan syaitan." - Sabirin "Kau dah dipermainkan oleh puaka tu.Kalau kau tersilap langkah, kau jugak akan terjebak dalam perangkap dia." - Jade
BAYANGAN by MurniAqilaNovelis
MurniAqilaNovelis
  • WpView
    Reads 6,991
  • WpVote
    Votes 206
  • WpPart
    Parts 26
BLURB BAYANGAN - MURNI AQILA Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tapi semua tanpa sedarnya. Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar. Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar. Apa yang dia alami ini mengelirukan fikirannya. Tak pasti apakah semua itu sekadar mimpi atau delusi. Dia hanya mahu bertemu dengan Hajar. Tapi kenapa seperti ada misteri yang mengekori? Sedangkan semua insan di sisinya baik-baik sahaja. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi. Dan apabila ia terbongkar, barulah kita sedar... realiti sebenarnya lebih menggerunkan daripada mimpi ngeri. "Nizam tak tahu apa yang jadi, apa yang Nizam dah buat. Kadang-kadang Nizam rasa macam dalam mimpi, tapi macam betul-betul jadi. Entahlah... Nizam macam tak berapa sedar, mak." - Nizam "Yang merisaukan mak uda sekarang ni, kenapa ada lebam-lebam kat lengan Nizam? Kat dada pun ada bekas-bekas luka warna hitam. Seumur hidup, tak pernah lagi Nizam kena macam ni." - Fauziah "Benda yang paling penting dan jadi bahan bukti cuma CCTV. Dan rakaman CCTV yang aku tengok tu membuatkan aku meremang." - Irwan "Saya rasa awak ni macam ada sesuatu yang misteri pasal awak, Nizam." - Hajar ********** Berminat nak beli novel ini? Copy link di bawah ini dan google: https://shopee.com.my/(BAHARU-%E2%80%BC%EF%B8%8F)-NOVEL-SERAM-BAYANGAN-MURNI-AQILA-i.38290312.6420256795