lufianalysandra's Reading List
1 story
Unexpected Connection: Panggilan Cinta! by Wagnerrruf
Wagnerrruf
  • WpView
    Reads 6
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
Orang-orang tua pesan, kalau benci, lama-lama sayang. Bagi Adli, gadis yang berani menentang dia adalah si dara yang tiada rasa hormat, selaras dengan dirinya yang terang-terangan anak emas, rupanya cantik dan menawan. Langsung tak diketahuinya yang gadis yang dilabel sombong itu adalah anak ahli korporat terkenal yang disorok-sorok. "It's rude to interrupt." -Dayang Nadiya "Well, it's also rude to make someone cry!" -Adli Azfasyah Pada Dayang pula, hati perempuannya ditapa lelaki misteri yang suaranya garau, membawa ketenangan pada galau di dalam diri. Dirinya bagai terbuai-buai dengan janji si teruna yang memberi jaminan bahawa dia akan selamat dari malapetaka. Tapi, itulah. Tengah-tengah berangan pasal Prince Charming, datang pulak mamat botak dalam hidupnya, asyik mencari pasal dan sering membuatkan dia terlupa dengan Prince Charming. Banyak pertemuan tak dirancang, semuanya bagaikan anjing dengan kucing. Asal berjumpa, asyik bertelagah. Dari sekecil-kecil zarah, ke sebesar-besar matahari. Dua-dua menyampah dan geram dengan masing-masing, dan hati Adli mula terpaut dengan sikap selamba Dayang. Malangnya, apabila diketahui hati Dayang telah dimiliki, jantung Adli berkecai dengan cinta yang tak kesampaian. Kemunculan bekas kekasihnya tak membantu, tambahan dengan lelaki yang mengaku dirinya sebagai kawan lelaki rapat Dayang, lagilah! "You cakap apa ni?" -Dayang Nadiya "Aku tak sekufu dengan dia, siapalah aku ni?" -Adli Azfasyah Dengan perasaannya yang bertepuk sebelah tangan, mereka lama kelamaan balik ke takuk lama, namun hanya tidak bersuara ketika bersua. Tiada lagi perbalahan kecil atau besar yang membawa mereka semakin rapat. Takdirkah, mereka berdua menjadi rapat hanya untuk berpisah pada kemudian hari? Adilkah bagi Adli, apabila perasaan Dayang yang berkecamuk dan berbelah bahagi? Melepaskan Prince Charming, demi lelaki yang hancur hatinya demi perhatian daripada dirinya?