We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Zariithazriin's Reading List
173 stories
DIA KEKASIH KU [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 387,592
  • WpVote
    Votes 14,618
  • WpPart
    Parts 67
Qayl Iskandar 💗 Kasih Nuwairah Qayl Iskandar seorang jejaka tampan yang sangat digilai ramai wanita. Tak kira tua atau muda. Mukanya tak ubah seperti orang barat dek kerana mempunyai darah campuran dari Greek dan Scotland yang asalnya dari belah Datuk Imran, papa Qayl Iskandar. Sejak dari muda sudah mempunyai business perhotelan sendiri tanpa dibantu oleh Datuk Imran. Katanya ingin berdikari. Dengan segala susah dan penat Qayl Iskandar, kini dia bergelar usahawan serta billionaire termuda di Asia. Kasih Nuwairah seorang gadis yang cukup kental dan kuat menghadapi segala ujian yang diberi. Tak pernah sekali dia mengeluh dengan kehidupannya. Walaupun dia bukan asal dari anak orang kaya, tapi Kasih Nuwairah sentiasa bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang diberi oleh Allah. Kasih Nuwairah juga merupakan seorang gadis sangat pandai berdikari. Terlebih lagi mencari duit sendiri. Dia hanya mengambil upah membuat kek untuk menampung perbelanjaan dia sepanjang belajar di universiti. Kasih Nuwairah tak nak susahkan ibu dan abah dia. Cukup lah mereka susah untuk menyekolahkan dia dahulu. Dalam satu kejadian tanpa sengaja, Kasih Nuwairah dan Qayl Iskandar ditakdirkan bertemu. Sejak dari pertemuan itu, hati Qayl Iskandar mula merasa sesuatu yang tak pernah dia rasa sebelum ini. Tapi terbalik bagi Kasih Nuwairah. Dia malah tidak merasa apa-apa. Bahkan dia merasa risih dan terganggu apabila Qayl Iskandar selalu mengacaunya. Start : 10/07/2024 End : 09/09/2024
RINDU YANG DICARI [ C ]  by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 471,643
  • WpVote
    Votes 21,551
  • WpPart
    Parts 54
-Hati yang tertutup akan dibuka jika keikhlasan itu lahir - Seorang lelaki berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Leftenan Komander dalam unit PASKAL. Bersifat tegas dan kurang berbicara dengan sesiapa. Cekap dalam melakukan sesuatu tugas. Namun dia masih berjuang dengan diri sendiri dalam mempertahankan rumah tangganya. "Awak memang nak berpisah ke?" - Isa Khaleed - Seorang wanita yang bekerjaya dalam dunia seni. Namanya dikenali satu Malaysia. Sikap karisma dan tegas membuatkan ramai menghormatinya dalam dunia seni. Namun dia memilih untuk berhenti dalam memperjuangkan rumah tangganya yang dibina selama 2 tahun. "Kita berdua dah hilang rasa. Lebih baik berpisah," - Kaysa Jameela - Dua hati yang dulunya indah bila bersama. Ketawa dan menangis sentiasa ada antara satu sama lain. Tetapi perasaan yang dulunya indah mula menjadi kelam dan menghilang. "Awak dah janji kan? Kenapa tak buat?" - Kaysa Jameela. "Awak ada hal awak. Saya pun sama. Jadi kenapa perlu pertikaikan?" - Isa Khaleed. - Adakah mereka akan bersatu? Selama beberapa bulan sebelum perpisahan dilaksanakan? Start : 21 Julai 2024 End : 28 September 2024 [ Story ke-16 ]
REVAMP | SHADOW WAVE : MISSION ALPHA by authorqistea
authorqistea
  • WpView
    Reads 8,627
  • WpVote
    Votes 325
  • WpPart
    Parts 4
Doktor Alya Natasya seorang pegawai perubatan tentera yang hidupnya teratur dan penuh disiplin. Bagi dia, lelaki bermotor besar hanyalah simbol kekacauan yang tidak pernah dia perlukan. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Leftenan Muda Arif Hakimi, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang dingin dan penuh rahsia. Ketua Shadow Wave Alpha di KD Satria itu seolah-olah membawa satu rasa asing yang tidak dapat Alya jelaskan. Pertemuan mereka bermula dengan sindiran dan rasa tidak suka, tetapi setiap kali mereka bertemu, Alya mula diganggu serpihan memori yang tidak lengkap - hujan malam yang membuat bergelora dan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk kembali. Tanpa dia sedar, Alya pernah mengenali Arif Hakimi sebelum satu tragedi di laut meragut sebahagian ingatannya. Dan Arif... masih setia menjaga kenangan yang Alya sudah hilang. Di tengah operasi laut, bahaya dan ribut yang tidak pernah berhenti laut telah menjadi saksi kepada cinta yang pernah wujud tetapi dilupakan. Kerana ada cinta yang tidak mati... walaupun namanya tidak lagi diingati.
TAKHTA DOSA ✅ by rianelys
rianelys
  • WpView
    Reads 23,348
  • WpVote
    Votes 777
  • WpPart
    Parts 52
06 | TAKHTA DOSA [COMPLETED] "Di atas takhta dosa, cinta menjadi taruhan" AYDAN FIRDAUS | HANEEN TALEA Aydan pernah percaya... Cinta itu cukup untuk melindungi segalanya. Bersama Elvina Alisa, dia bina dunia kecil mereka sendiri yang penuh janji, penuh harapan, tanpa menyedari bahawa di balik senyuman itu... tersembunyi satu pilihan yang bakal memusnahkan segalanya. Satu tawaran. Satu keputusan. Dan satu pengkhianatan yang tidak pernah terlintas di fikiran Aydan. Itu semua demi harta. Demi takhta. Demi kehidupan yang lebih tinggi nilainya daripada cinta. Sejak itu, dunia Aydan runtuh tanpa sisa. Namun kejatuhan itu menemukan dia dengan Haneen Talea. Seorang perempuan yang hadir tanpa niat, tetapi perlahan-lahan menjadi alasan untuk dia terus bernafas. Di antara dendam dan perasaan yang masih berbaki, Aydan terperangkap dalam permainan yang lebih besar daripada dirinya sendiri. Kerana di atas takhta dosa, setiap pilihan datang dengan harga dan tidak semua hati mampu bertahan... tanpa hancur. Publish: 3/4/2026
ILYA : SEADANYA DIRIMU (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,112,213
  • WpVote
    Votes 39,512
  • WpPart
    Parts 65
THIRD ⭐ ILYA X KHAIR ⭐ Selepas kematian Datuk Baharudin, Isterinya Datin Rubittah berkahwin semula bersama Malek dan mempunyai keluarga baru. Ekoran dari semua harta peninggalan arwah suaminya di letakkan ke atas nama Ilya,Datin Rubittah tidak betah dan mula mahu mengawal anaknya dengan mahu menjodohkan Ilya dengan anak tirinya Mikhail. Kerana tidak mahu harta tersebut jatuh ke tangan orang lain. Namun Ilya tidak suka dengan abang tirinya itu. Sikap playboy dan banyak skandal langsung tidak menarik minat dirinya untuk berbaik dengan lelaki itu. Pokoknya Mikail itu bukan calon pilihan hatinya. Disebabkan itu buatkan Ilya memilih untuk mencari calon suami dalam masa terdekat. Calon suami express,Calon suami yang diupah untuk larikan diri dari mamanya dan abang tirinya itu. __________________________ "Ini apa yang I boleh tawarkan pada you. Tapi perkahwinan ini ada syaratnya." Ilya Umara "Awak tengah beli maruah saya dengan duit ke sekarang ni?"- khair Nafiz "Tak,tapi kalau you rasa macam tu then yes."- Ilya Umara MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. Start: 15 may 2024 End : 24 July 2024
HIS GIRL | C by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 589,379
  • WpVote
    Votes 22,399
  • WpPart
    Parts 46
Karya pertama by syamimie⏳ Salam diberi sebagai pembuka bicara, Tanda hormat pada semua. Bertemu kita di karya pertama, Semoga kisah ini menyentuh jiwa. Pengenalan watak : Tengku Haiyan Mikael & Hawa Qaisara Affan Haqeem & Elvina Luffya Faiq Mukhriz & Ayuni Zahirah Tuan Maher Raees & Nurin Anita Tuan Maher Nadhir & Kasih Amylea story ni belum diubahsuai. not edited yet. so byk sgt kesalahan tatabahasa dan storyline pun byk kekurangan. dengan ikhlas hati, saya memohon maaf atas kekurangan saya. in sha Allah, kalau ada masa dan rajin, saya akan betulkan. start: 1/2024 end: 11/2025
My Grumpy Jealous Husband-TAMAT by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 807,083
  • WpVote
    Votes 10,599
  • WpPart
    Parts 46
Aliya berkahwin dengan Faliq. Lelaki dingin dan serius yang sukar menunjukkan perasaan. Pilihan Nenek Aliya dan Mama Faliq. Di sebalik wajah tegas dan sikap grumpy itu, tersembunyi seorang suami yang sentiasa memerhati - Faliq tidak suka bila setiap pandangan lelaki lain yang berani singgah terlalu lama pada isterinya. Faliq tidak menjerit. Dia tidak suka bertengkar. Dia juga bukan lelaki yang mudah meluahkan cinta. Tetapi bila melibatkan isterinya? Dia berubah. Dia cemburu. Aliya pula suka mengusik. Suka melihat rahang Faliq menegang. Suka bila tangan suaminya spontan melingkar di pinggangnya - seolah-olah memberi amaran tanpa perlu bersuara. Aliya pernah lari kerana menyangka Faliq masih menyimpan perasaan pada wanita lain. Namun Faliq tak pernah mengejar sesiapa dalam hidupnya. Saat Aliya hilang kerana merajuk cukup untuk meruntuhkan ego seorang lelaki bernama Faliq. Kini, dia bukan sekadar mencintai. Dia melindungi. Faliq mungkin lelaki yang dingin. Mungkin juga suami yang pendiam. Tetapi satu perkara yang pasti - Dia tidak pernah berkongsi apa yang menjadi miliknya. Dan Aliya? Dalam diam... dia menyukai cara suaminya cemburu. note: cerita ni untuk 18 ke atas sahaja!!
Haizel: Ms Astrophile by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 1,067,509
  • WpVote
    Votes 38,195
  • WpPart
    Parts 68
#not edited 𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 209,660
  • WpVote
    Votes 9,365
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.